January 15th, 2019

Sedang hamil anak keduanya, hasrat pelakon Syatilla Melvin yang teringin sekali untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya termakbul.

Memuat naik foto imbasan bayi di akaun Instagramnya, Syatilla berkongsi berita gembira beliau bakal melahirkan anak perempuan. Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu juga meluahkan rasa syukur tidak terhingga di atas rezeki yang dikurniakan.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Syatilla dan Sam serta mendoakan agar segalanya dipermudahkan buat mereka. Semoga ibu dan bayi didalam kandungan sihat.

Tahniah kami ucapkan kepada Syatilla dan Sam, mesti bayi perempuan nanti akan mewarisi kecantikan ibunya.

October 17th, 2018

Lebih privasi dalam kehidupan peribadinya, pelakon Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin tidak dilabelkan sebagai pasangan selebriti yang digilai ramai, kata orang tiada istilah ‘couple goals’.

Mengakui dirinya bukanlan seorang yang romantik, Sam bagaimanapun seorang ‘family man’ yang setia pada isterinya dan seorang bapa yang penyayang. Itu lebih bermakna dan penting.

Sam sebenarnya sensitif sikit  pasal family ni. Sam tak banyak share benda yang Sam buat and terus upload kat ig. Melainkan benda tu tentang kerja atau shooting lakonan Sam untuk orang nak tahu tentang industi hiburan tempatan.

Kadang-kadang saya terfikir yang saya ni pun bukanlah romantik sangat, nak tenung mata lama-lama. Tapi yang paling penting Sam jenis bapa yang penyanyang untuk Syerif dan suami yang setia untuk Syatilla.

Fuh! Memang respek habis dekat Sam yang tidak perlu terlalu menjaja kisah peribadinya dan kemesraan bersama isteri tercinta hanya untuk mendapat gelaran pasangan selebriti popular. Biarlah bahagia yang dikecapi hanya mereka sekeluarga yang merasa. Tidak perlu nak tayang.

Sumber Berita : Media Hiburan

September 27th, 2018

Dikurniakan rezeki untuk hamil sekali lagi selepas keguguran sekitar bulan Julai lalu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin teringin untuk menimang cahaya mata perempuan pula.

Menerusi akaun Instagramnya, Syatilla meminta peminat untuk mendoakan agar impian beliau itu termakbul satu hari nanti.

Hasratnya itu mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang turut mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Syatilla dan Sam sah bergelar suami isteri pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia setahun.

January 22nd, 2018

Minggu lalu, pelakon Syatilla Melvin menerima pelbagai kecaman dan teguran daripada netizen yang mengatakan beliau terlalu bergurau kasar dengan menggocang tangan anaknya Syeriv Samheizy. Mereka bimbang ia boleh mendatangkan kecederaan kepada Syeriv memandangkan tulang bayi sangat lembut.

Tidak cepat melatah dengan segala percakapan tentang cara beliau itu, Syatilla yang tidak menyangka isu tersebut menjadi besar menjelaskan beliau tidaklah begitu kasar dengan anaknya itu seperti yang ditonton oleh netizen.

Sebenarnya, tindakan saya menggoncang tangan Syeriv itu tidaklah kasar seperti yang disangka netizen. Kalau ada orang yang cakap tindakan itu menyakitkan anak dan menyebabkan tulangnya patah, tidak sama sekali kerana saya tahu apa yang saya lakukan.

Ibu mana yang tidak sayangkan anak, malah Syeriv adalah nyawa bagi saya. Kalau difikirkan semula, tidak logik bagi seorang ibu melakukan sesuatu yang boleh menyakiti anak sendiri. Saya akui memang seorang yang kasar tetapi tidak dengan anak kerana dia masih kecil dan tidak mungkin untuk saya menyakitinya.

Syatilla juga memberitahu beliau tidak memarahi netizen yang membahas video tersebut malah berterima kasih dan menghargai mereka yang mengambil berat serta sayangkan Syeriv.

Sumber Berita : Kosmo Online