Written by Bella | September 10th, 2019

Meskipun berkali-kali penyanyi Sufian Suhaimi mengatakan dia sudah ‘move on’, masih ada segelintir netizen yang tidak berhenti mengungkit kisah silamnya.

sufian suhaimi

Baru-baru ini  Sufian tampil mempertahankan dirinya dan menemplak seorang wanita yang menuduh dia sengaja berpenampilan selekeh kerana ingin terus menagih simpati bekas tunang, Elfira Loy.

Sufian berkata, tidak perlu lagi netizen terus mengaitkan dirinya dengan bekas tunang. Elfira pun sudah berkahwin dan bakal bersalin tidak lama lagi.

sufian suhaimi ditegur selekeh

Sebenarnya, benda itu tidak patut diungkit pun. Sudah lama sangat cerita itu. Orang itu pun sudah nak ada anak.

Kalau dia ingin cakap pasal penampilan atau suruh saya gembira, saya okey. Tapi kalau kaitkan seolah-olah imej ‘selekeh’ membuatkan orang lain rasa bersalah, itu yang saya terpanggil untuk balas komen mak cik tersebut supaya tiada lagi orang ungkit tentang hal seperti itu.

mak cik bawang tegur sufian suhaimi selekehrespon sufian suhaimi

Dalam pada itu, Sufian memberitahu dia telah memadam komen “pedas” tersebut disebabkan terlalu banyak kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap mak cik berkenaan.

Saya rasa perkara itu biadab berlaku dalam laman sosial saya dan saya tidak suka perkara negatif.

sufian suhaimiRasanya memang netizen dah boleh berhenti mengaitkan mereka berdua lagi. Sufian pun kata dia dah lama melupakan kisah cinta lalu dan boleh memiliki teman wanita pada bila-bila masa sahaja.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | April 15th, 2019

Sejak memenangi Persembahan Terbaik menerusi lagu Di Matamau di AJL33, populariti Sufian Suhaimi semakin meningkat naik. Malah, ia membuatkan beliau semangat untuk menghasilkan karya baharu.

Kali ini, Sufian bakal mengeluarkan buku puisi tulisannya sendiri berjudul Sanandika Sufian Suhaimi. Koleksi puisi itu akan menggunakan tajuk lagu-lagunya dan bakal diterbitkan beberapa bulan lagi.

Buat masa sekarang saya memang sibuk nak menguruskan pelbagai perkara dan antaranya saya sedang menulis buku puisi. Buku tersebut merupakan koleksi puisi yang saya tulis sendiri dengan menggunakan tajuk lagu tapi jalan cerita yang berbeza.

Buku itu sudah siap dalam 70 peratus dan saya mula menulis Februari lalu. Insya-Allah lagi beberapa bulan akan diterbitkan.

Menurut Sufian, beliau akan berkongsi kisah cintanya, keluarga dan kerjaya di dalam puisi nukilannya itu.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | April 10th, 2019

Selepas setahun tidak berkarya, akhirnya penyanyi Sufian Suhaimi melancarkan single terbarunya bertajuk Mencuba dan turut memuat naik muzik video lagu tersebut di YouTube.

Bagaimanapun, muzik video lagunya itu dikatakan sedikit sebanyak mengimbau kembali kisah putus cintanya terdahulu bersama aktres, Elfira Loy. Paling ketara sekali adalah babak menaiki helikopter.

Rata-rata netizen yang menonton berkata, mereka sudah bosan Sufian tidak habis-habis menjaja kisah cintanya itu dan nampak sangat masih belum ‘move on’.

Namun, kata Sufian babak berkenaan tiada dalam perancangan asal dan ditambah pada saat akhir selepas mendapat tajaan daripada syarikat penerbangan persendirian.

Sejujurnya saya gementar untuk menjayakan babak ini sebab tidak mahu ia jadi isu besar atau menyinggung mana-mana pihak.

Lagi pula, dalam perancangan asal memang tidak ada babak ini. Apabila ada yang menaja pada saat akhir, saya dan pasukan terima saja. Namun, terpulang kepada persepsi penonton sejauh mana nak menilaikan muzik video ini. Ingin dijelaskan, ia tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak.

Pada masa yang sama, Sufian mengakui dirinya sudah lama ‘move on’ dan tidak lagi memikirkan apa yang pernah terjadi lagi sebelum ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | January 4th, 2019

Penyanyi Sufian Suhaimi sudah beberapa kali memberitahu beliau sudah seratus peratus ‘move on’ daripada kisah putus tunangnya. Namun, netizen masih lagi mengaitkan dirinya dengan Elfira Loy meskipun pelakon itu sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai kehidupan sendiri.

Baru-baru ini, Sufian ada memuat naik status Twitter mengenai tahun 2019 yang merupakan Tahun Babi mengikut kalendar Cina. Ia menjadi perhatian ramai dan sekali gus mencetuskan spekulasi seakan-akan ada kena mengena dengan pernikahan Elfira.

Bagaimanapun, Sufian menafikan status itu ditujukan kepada bekas tunang, sebaliknya ia adalah sindiran mendalam buat netizen yang tidak henti-henti membangkitkan kisah peribadinya bersama Elfira.

Saya sudah lama ‘moved on’. Dia (bekas tunang dan kekasih) pun sudah bertemu bahagia. Jadi, tak perlulah nak ungkit lagi kisah lama. Tapi biasalah netizen ini terus-terusan menguji diri saya. Ada yang tagged saya di Instagram, contohnya, sambil memberi komen bukan-bukan.

Antaranya, ada yang bertanya apakah saya tidak sedih apabila bekas tunang sudah berkahwin. Ada juga yang mahu tahu apa perasaan saya apabila dia sudah bernikah dan bermacam-macam lagi. Saya rasa tak perlulah jadi begitu. Kenapa hendak kaitkan saya lagi dengan dia? Sebab itulah saya ‘bahasakan’ netizen dengan status di Twitter.

Nampaknya kesabaran Sufian Suhaimi tidak dapat dibendung lagi, iyalah, siapa tidak bengang kalau asyik dikaitkan dengan kisah cinta lama yang tidak kesampaian. Tolonglah ‘move on’ wahai netizen semua.

Sumber Berita : BH ONLINE