January 4th, 2019

Penyanyi Sufian Suhaimi sudah beberapa kali memberitahu beliau sudah seratus peratus ‘move on’ daripada kisah putus tunangnya. Namun, netizen masih lagi mengaitkan dirinya dengan Elfira Loy meskipun pelakon itu sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai kehidupan sendiri.

Baru-baru ini, Sufian ada memuat naik status Twitter mengenai tahun 2019 yang merupakan Tahun Babi mengikut kalendar Cina. Ia menjadi perhatian ramai dan sekali gus mencetuskan spekulasi seakan-akan ada kena mengena dengan pernikahan Elfira.

Bagaimanapun, Sufian menafikan status itu ditujukan kepada bekas tunang, sebaliknya ia adalah sindiran mendalam buat netizen yang tidak henti-henti membangkitkan kisah peribadinya bersama Elfira.

Saya sudah lama ‘moved on’. Dia (bekas tunang dan kekasih) pun sudah bertemu bahagia. Jadi, tak perlulah nak ungkit lagi kisah lama. Tapi biasalah netizen ini terus-terusan menguji diri saya. Ada yang tagged saya di Instagram, contohnya, sambil memberi komen bukan-bukan.

Antaranya, ada yang bertanya apakah saya tidak sedih apabila bekas tunang sudah berkahwin. Ada juga yang mahu tahu apa perasaan saya apabila dia sudah bernikah dan bermacam-macam lagi. Saya rasa tak perlulah jadi begitu. Kenapa hendak kaitkan saya lagi dengan dia? Sebab itulah saya ‘bahasakan’ netizen dengan status di Twitter.

Nampaknya kesabaran Sufian Suhaimi tidak dapat dibendung lagi, iyalah, siapa tidak bengang kalau asyik dikaitkan dengan kisah cinta lama yang tidak kesampaian. Tolonglah ‘move on’ wahai netizen semua.

Sumber Berita : BH ONLINE


24 responses to “Jangan Bawa Perangai Babi Dalam Kehidupan – Sufian Suhaimi ‘Sound’ Netizen”

  1. Anonymous says:

    netizen ni mmg bangang..dulu masa el tunang dgn pian, korang kutuk2..ckp mcm2..ckp boleh ke pian tanggung el ..sbb el high maintenance…kerjaya pian plk x menentu….tp bila putus & el kawen dgn si faris yg kaya pun still nak kutuk2 jugak..dapat yg susah salah..dpt yang kaya pun salah…kesimpulannya, toksah dgr ckp netizen, x kira ko buat baik atau x..tetap x kena di mata diorg…

  2. mikaell95 says:

    BODO apa lah kalau bekas kekasih pun sedih bila putus ni lagi dah tunang sampai nak kahwin dah tapi putus di tengah jalan… tolong lah belajar jadi manusia yang faham perasaan orang jangan tolong jangan jadi BINATANG…

Loading...