September 11th, 2019

Umum mengetahui tentang krisis rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad selepas isterinya, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan penceraian pada 27 Ogos lalu.

Susulan daripada itu, Sharnaaz dan isteri telah ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini  bagi menyelesaikan kes perceraian mereka.

Dalam prosiding yang dijalankan, Sharnaaz menolak tuntutan cerai dari Nabila kerana masih ingin berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka yang telah dibina sejak dua tahun lalu.

Saya tak boleh nak beri keterangan yang lebih sebab saya kena mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh mahkamah. Niat dan nawaitu kita adalah untuk menjadi pendamaian yang sihat. Jalan penyelesaian terbaik untuk both parties.

Bila saya kata tak setuju, maknanya kita akan cuba perelokkkan sebaik mungkin. Orang kata kenapa kahwin elok-elok, takkan cerai nak gaduh-gaduh, kita tengok apa kebaikan yang boleh dicari.

sharnaaz ahmad noor nabilaNabila pula kelihatan sebak semasa ditemuramah pihak media dan buat masa ini dia belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan. Nabila berkata, dia hanya mahu memberikan fokus kepada anak mereka iaitu Jebat Jayden Ahmad.

Sumber Berita : mStar Online & NST

September 4th, 2019

Umum mengetahui tentang krisis rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila. Pelbagai spekulasi mula timbul mengenai punca mereka ingin berpisah selepas Nabila mengesahkan ada memfailkan penceraian pada 27 Ogos lalu.

Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, Sharnaaz meminta isterinya itu menjadi matang dan tidak memberikan lagi kenyataan berhubung proses perceraian mereka.

Saya tidak mahu isu ini berpanjangan dan biarlah mahkamah menentukan. Apabila kes (proses penceraian) dibawa di mahkamah, biar semua orang tahu siapa yang memulakannya (mahu bercerai).

sharnaaz ahmad minta noor nabila henti beri kenyataan

Demi anak, tolong hentikan semua ini. Sejak awal saya beritahu jangan jadikan kes ini kecoh. Hari ini mungkin Jebat tidak tahu membaca, selepas lima atau enam tahun dia akan tahu dan bertanya di mana ibu dan bapanya.

Sharnaaz juga enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan balas Nabila sebelum ini demi menjaga hati semua pihak.

sharnaaz ahmad noor nabila

Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan memberikan sebarang komen. Saya tak rela melihat ada hati yang terguris jika saya tersalah cakap. Seperti saya katakan sebelum ini, lebih banyak ulasan diberikan, lagi panjang cerita ini akan berlarutan.

Terdahulu, Nabila merasa hairan mengapa Sharnaaz tidak janga mereka akan bercerai sedangkan  keputusan untuk berpisah adalah atas persetujuan bersama bersama selepas segala usaha untuk memperbaiki hubungan mereka menemui kegagalan.

Sumber Berita :  HARIAN METRO & BH ONLINE

September 3rd, 2019

Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad ada mengeluarkan kenyataan dia tidak dapat melakukan apa-apa lagi selepas isterinya, Noor Nabila membuat keputusan untuk berpisah. Redha sekiranya ditakdirkan bercerai adalah jalan terbaik buat mereka.

sharnaaz ahmad noor nabila

Bagaimanapun, Nabila agak terkejut dengan kenyataan Sharnaaz. Wanita itu menegaskan, keputusan berpisah adalah atas persetujuan bersama selepas segala usaha mereka untuk memperbaiki hubungan da menyelesaikan masalah rumah tangga gagal.

Saya agak terkejut dengan kenyataan balasnya (Sharnaaz), seolah-olah dia tidak menjangkakan perkara ini (permohonan cerai). Sedangkan, kami bersetuju untuk bercerai selepas usaha untuk membaik pulih perkahwinan tidak berjaya.

sharnaaz ahmad bercerai

Selain itu, kami juga ingin menyelesaikan permasalahan ini secara baik, damai, aman dan waras. Semua itu dilakukan demi masa depan anak kami, Jebat Jayden. Apa sahaja yang terjadi, memang anak yang akan menjadi keutamaan kami, sekarang.

Menurut Nabila, dia menerima surat perjanjian cerai daripada Sharnaaz menerusi aplikasi WhatsApp dan pada masa sama, peguam pelakon itu turut menghantar butiran sama menerusi e-mel. Difahamkan, mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak Februari tahun lalu.

sharnaaz ahmad noor nabila bercerai

Saya menerima surat perjanjian cerai itu daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu. Dia juga meletakkan beberapa terma perceraian

Selepas berbincang dengan peguam saya, kami (saya dan peguam) bersetuju untuk memfailkan kes ini di mahkamah pada 27 Ogos. Buat masa ini, kami sedang menunggu hari perbicaraan.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Sumber Berita : BH ONLINE

September 3rd, 2019

Ramai juga yang bersimpati apabila mendengar berita perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila. Baru sahaja berkahwin selama dua tahun, agak sedih jika mereka memilih untuk berpisah memandangkan anak mereka, Jebat Jayden juga masih kecil. Meskipun pelbagai spekulasi timbul, Sharnaaz bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca rumah tangganya bergolak.

wak doyok sharnaaz ahmad

Disebalik reaksi netizen mengenai apa yang berlaku kepada Sharnaaz, komen selebriti popular, Wak Doyok terhadap berita perceraian tersebut menarik perhatian ramai.

Entak kenapa, Wak Doyok menerusi laman Twitter memberikan komen “Lol” yang bermaksud ‘lough out loud’ dalam ‘tweet’ Astro Awani yang melaporkan berita mengenai isteri Sharnaaz sah failkan cerai.

wak doyok Lol sharnaaz ahmadwak doyok

Agak keliru juga maksud komen Wak Doyok tu, mungkin dia hendak cakap ‘lots of love’ tetapi mungkin caranya tidak kena? Takkanlah hendak ketawakan orang lain yang sedang dilanda ujian.

Sumber Berita : Forum CARI