Written by Bella | September 11th, 2019

Umum mengetahui tentang krisis rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad selepas isterinya, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan penceraian pada 27 Ogos lalu.

Susulan daripada itu, Sharnaaz dan isteri telah ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini  bagi menyelesaikan kes perceraian mereka.

Dalam prosiding yang dijalankan, Sharnaaz menolak tuntutan cerai dari Nabila kerana masih ingin berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka yang telah dibina sejak dua tahun lalu.

Saya tak boleh nak beri keterangan yang lebih sebab saya kena mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh mahkamah. Niat dan nawaitu kita adalah untuk menjadi pendamaian yang sihat. Jalan penyelesaian terbaik untuk both parties.

Bila saya kata tak setuju, maknanya kita akan cuba perelokkkan sebaik mungkin. Orang kata kenapa kahwin elok-elok, takkan cerai nak gaduh-gaduh, kita tengok apa kebaikan yang boleh dicari.

sharnaaz ahmad noor nabilaNabila pula kelihatan sebak semasa ditemuramah pihak media dan buat masa ini dia belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan. Nabila berkata, dia hanya mahu memberikan fokus kepada anak mereka iaitu Jebat Jayden Ahmad.

Sumber Berita : mStar Online & NST

55 responses to Ingin Selamatkan Rumah Tangga, Sharnaaz Ahmad Tolak Tuntutan Cerai Nabila

  1. Watever says:

    Org dh tk nk tk pyh la ko nk tehegeh hegeh lg ngan org mcm tu..mmg tk salah nk selamatkan umahtangga ko.to kalo si bini dh tk de ati ngan ko lg.buat ko nk berbaik balk.nmok si nabila tu dh tk de ati ngan ko shahnaz oiiii..

    • Suraya says:

      Bitch shud just run away from this muthafaka. Not worth it to stay and try to save the marriage. She comes from a rich family, so providing the child it no big deal. Tell the guy to the left

      • Mimi says:

        Plus, she was janda before… im sure she will survive without no problem…ce wahahhh giteww!

        • nok-nok-nok says:

          salam mimi,

          wahhh SEPI-King London…
          ni Nok nak kongsi ilmu, jika dah tulis -without-, tak prlu guna -no-.
          kecuali jika mimi tulis -with- sahaja baru boleh masuk perkataan -no- tu.

          bagus mencuba dan jangan malu2 tingkatkan ilmu hokey

          daaaaaaa.

        • unknown says:

          Salam nol-nok-nok

          Dari ayat i rasa typo jer tu.. nak cepat katakan.. mcm mana i tau? sbb i pon kadang2 mcm tu jugak.. dah post comment baru perasan ada error.. simple eng ja tu..

          mmuahhhhh

      • Viviana says:

        pompuan2 malays pun satu. kalu tengok status makcik2 bawang konon laki syg sgt dlm fb tu… kekonon loving ya amat laki theols tu kan? birthday party selalunya tunjuk suami bawak gi dinner bahagia potong kek tinggi klcc ke jannah la visi manakala.. duit dapur rm200 je .. tu pun miss..bulan ni dpt bulan depan entah ke tidak. :)

  2. Anonymous says:

    duit nafkah x cukup dlm blog r o t i k a y a ada butiran lanjut.

    • Puan Rakoen says:

      Sian si Jebat yg comel tu.. kerana rm500 ko x berbapa. Itukah harga sebuah ikatan pernikahan? Kalu kawin sbb duit baik tinggal sorang.. baik adartu. Respect sama perempuan berdikari. Nk harap lelaki mmg x boleh. Dah la byk kes syabu.. kaki main barang. Main pompuan tu dah normal le. Takut risiko jgn kawin.. lelaki skrg buat sakit hati. Dah lah spender, pinggan, rumah bini yg bersihkan. Malam Jumaat aje nk pancut je kerja. X phm kita ni penat tau tak?

      • Anonymous says:

        Famili Lopak ni consider “berada” tapi tak lah “filthy rich”. Filthy rich tu level Naza famili tu… tengok rumah pun tau kt Bukit Tunku agam tersergah gila… tiang2 rumah saja ibarat upper class wey. Standard Naza Group belum terkejar lagi Tok Kay dan Tok Tie. Tu baru betul2 kaya!!!

  3. Anonymous says:

    tgk live td si nabila tu bukan main sebak dia ngan nangis2 bagai.
    mcm 1st time plak dah. ni pengalaman ke tiga kan.
    khabarnya sbb dpt RM500 je sebulan. patut dr awal lg si nabila tu dah boleh agak kot. artis kot…what do u xpect. lain la adik dia si lopa tu…jutawan.

    • Bila Wanita Alaf Moden Berbicara says:

      Antara dua darjat. Famili Lopak ni org business juta2. Setakat pelakon mmg susah nk catch up. Mmg cinta x kenal kedudukan tapi… Lelaki tua kaya boleh je kekal dgn pompuan x setaraf tapi pompuan jarang kekal dgn pompuan yg ada kedudukan. Pikir2kan terutama lelaki… cari yg setaraf ye. Nak try boleh tapi risiko tinggi. Cari yg sepadan lain la lelaki tu pangkat dato ke.. tan sri ke.

      • Anonymous says:

        Rm500 tu untuk [email protected] ank?
        Kena bagitau lebih detail lagi muda untuk sy mengkaji. Kalau rm500 untuk isteri shj…patut bersyukur laa..Tapi kalau rm500 isteri termasuk ank..patut berkukur laa..kurrr kurrr kurrr….ehh…nk tanya slot untuk sekali hayun bola golf berapa sejam sewa???

        • Me says:

          ALaaa…bekas laki den bagi duit belanja rm200 tiap2 bulan, den ok je.. Syukur je..dari sesetgh laki tak bagi lgsg..lg satu, ingat kebaikan dia waktu dia ada duit..klau la ni rm200 dia mampu beri, syukur je la..la ni aku kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg, ok je.. Hati tetap gembira…nikmat Allah ni besar….kau kaya kot nabila oii..tapi xpe la.. Ada la kot mslh yg kita taktau…jgn cepat menghukum ye kwn2 :)

    • Anonymous says:

      Famili Lopak kerabat je boleh tundukkan diaorg.. org biasa kalu.. well.. sedialah nafkah 10k sebulan.

    • Pian says:

      RM500 bagi akak opis ok lah sebulan… standard selebriti susah le nk bertahan. Holiday .. honeymoon paling busuk Maldives. Huhu

      • Anonymous says:

        maldives paling busuk?? wow! huntong la artis.
        aku ni teringin la nak pi maldives…pikir 100 X tgk duit yg nak melayang sbb nak p bercuti…huhuhu!

        • Anonymous says:

          Yesssza… kawin pun hotel je kan. Mana ada retis/selebriti Msia kawin dewan serbaguna. Ziana Zain je seingat aku kawen depan rumah. Tu pun 20 thn sudah rasanye.., lol

    • gossipgurl says:

      duit dah banyak, bersyukur la ada suami, ada anak yang comel, kehidupan yang mewah. umur dah banyak, ape lagi yang nak atas dunia ni. makan sedap, tido aircond, katil empuk, kereta mewah.. RM500 tu boleh nego.. ak dapat RM50 sebulan ak dah doakan cukup dah suami ak sebab gaji dia x sebanyak gaji ak.. sama2 share..

      tp, apsal lofa over sangat meroyan kat twitter? ce cite ce cite

      • Anonymous says:

        Diaorg level hartawan.. bila dpt 500 tu mcm celah gigi aje. Kim Kardasian versi hajjah adiknye. 500 tu buat duit pergi facial sekali je.

      • Fanie says:

        Rm500 nok wak nate apo lahhhhhh zaman loni. 500 tu ibarat 50sen jah loni. Wak beli cekelat jah. Cer mg imagine nora danish nedim bui 500 sbule.. Bleh wak lap taik jah. Gitu lh jgk nabila. Dia pun taraf2 nora dah.. Msti high maintenance punya. Sharnaaz tu kena cari harta jd bilionaire. Bru rok nok pero anak ore.

        • gossipgurl says:

          wow, RM500 untuk beli cekelat. cekelat gapoooo tuu, cekelat di kbmall ke? statement riak nk mampus.. ape pulak la kaitan nora dengan nabila, setaraf ke? bagi contoh pon yang tak seberapa, nanti beli kain kapan made from silk la camtu tau.. kapas branded sikit, beli kapas baby yang lembut2 gitu untuk balut badan..

          kenot brain RM500 beli cekelat.. pantai timur sgt ko nih..

        • Anonymous says:

          RM500 nk bayor duit kereta pun x cukup.. xkn Nabila tu bawak Perodua levelnya? Kamon lah.. raise your budget la bruhhh!!

        • Anonymous says:

          Halah poyonya orang kampung kelantan acah2 budak bandar.. kesian. Geli aku bahasa kelantan

      • Saodah says:

        Susah jd bini artis ni. Mcm kita kalu time kering naik bas feeder pun ok.. diaorang mesti nmpk gah. Malu la bini retis naik Kommuter. Kikikih..

    • Anonymous says:

      Sebenarnya Sharnaz ada biz…tp x jalan mana…x dalah untung besar sgt…blh lah nak sruvive sewa dan bayr gaji bekerja bbrp org…tp berlagak lebih..main golf, beli motor besar, etc tp kbarnya dah nak tutup….mmg betul dia anak Dato’…tp bukanlah Dato korporat….tp gelaran atas pemberian ehsan kerajaan negeri……kehidupan biasa2 saja…mmg family Sharnaz ada biz..tp biz lah kencang dan asyik rugi saja. So mungkin lojik nafkah bayar Rm500 je sebulan.

      Biz family Lofa pun dah x mcm dulu….saingan tudung byk etc…plus ramai ejen dan staf berpengalaman kena buang….income x semacam dulu….mmg masih ada duit..tp x lah semewah dulu….byk pelaburan dibuat x menjadi sbb faktor ekonomi skrg. Produk LMK alat make up tu pun x berapa nk jalan walau besar pelaburan. Pelaburan baru utk NHInternational…mmg besar…sbb depa nak rebrand produk tu….mmg besar.

      Mmg nampak duduk rumah besar, kereta besar etc..tp masih ada hutang…tyalah org yg keje bank yg mana family Lofa buat loan….hehehe….hutang bertingkat2 lagi weh..
      Jgn trtipu dgn kekayaan dan keglamoran artis yg duk tayang dlm IG…mmg benar…nampak mewah sbb jadi duta produk etc….tp perbelanjaan dia org besar…sedikit byk beri kesan pd tabungan etc.

      Apa2pun..citer je ni..korang x nak caya ke…caya ke terpulang lah. Yg pasti ini bukan cerita fitnah.

      • Anonymous says:

        Aku pun terpikir.. kalu kaya sgt seperti diwawarkan mesti dah nk private jet. Mcm Tok Alif tayang duit kepok2 sume.. tu rasanya belum tolak cost, cukai, staf dan overhead. Hihi

  4. Jabatan Metrology Kelab Janda Bergetah says:

    Buat cam Fizo.. lepaskan saja. Korang berdua dah “panas”. Jabatan Pendamaian tu buang masa. Setakat boleh nasihat je lah pastu kena tunggu 6 bln. Mmg kesian pada anak tapi kalau korang berdua macam anjing dan kucing, baik lepaskan cara elok dan move on. Korang ni nmpk x serasi. Dua2 ada ego masing2. Tinggi pulak tu..

  5. Aida Musa says:

    Untuk sementara waktu, 1 or 2 things dia nak kau ubah, kau kena ikut rentak dia la sharnaz ooiii .. bila dia dah lembut, 1 or 2 things about her pun dia akan ikut & compromise dengan kau. bila tengok posting kau memang banyak kata-kata berunsur ego & sexism. Ego letak pada tempat yang betul contohnya, pergi cari kerja, beri nafkah pada keluarga & sediakan tempat tinggal. Itu tanggungjawab sorang suami & lelaki secara universalnya pun. Prempuan ni keras-keras kerak nasi kata orang-orang tua. Waktu bertenang ni, kau pergi cari kerja, kau cool je. Jangan duk layan perasan di instagram. Dia tengah perhatikan kau la tu. Tapi rintangan paling besar kat sini, family si nabila yang duk support amarah & expectation dia yang tak kena tempat. Dalam bahasa kasar batu api. Give them space la family oii .. let them manage their own life. Bawa bini kau pergi bercuti la sharnaz. Bini & anak. Bawa pergi jauh sikit so family tak boleh kacau. Or Cuba duduk sendiri dalam 3 bulan, tengok macam mana, insyallah u will be alot happier. Aku doa kan baik-baik untuk kamu bertiga. Amin

  6. ain suzana says:

    PELAKON Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka.

    Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 34, dan Noor Nabila, 34, berbuat demikian selepas bintang filem Juvana itu tidak bersetuju dengan tuntutan cerai kakak pengacara dan pelakon Neelofa itu.

    Noor Nabila selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

    Dalam proses perceraian, JKP membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan itu, bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

    Terdahulu dalam prosiding itu, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah sudah melihat tuntutan yang diterimanya daripada Noor Nabila pada 29 Ogos lalu, menjawab ” Ya” namun tidak bersetuju dengan tuntutan cerai berkenaan.

    Selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

    Noor Nabila dalam tuntutannya juga memberitahu, langkah sudah diambil untuk mencapai perdamaian termasuk sudah berbincang namun tidak menemui jalan penyelesaian dan defendan berterusan dengan sikapnya.

    Selain itu, terdapat perbincangan melalui keluarga namun tidak berjaya.

    Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila kemudian memohon supaya Sharnaaz selaku defendan mengemukakan alasan (tidak bersetuju) kerana mendakwa di dalam media sosialnya defendan menyatakan sebaliknya.

    Bagaimanapun Ahmad Muttaqi berkata defendan tidak perlu berbuat demikian (beri alasan) kerana mahkamah sudah bertanyakan hal itu kepada Sharnaaz pada prosiding itu.

    Mahkamah kemudian menetapkan 30 September ini untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.

    Sharnaaz hadir ke mahkamah dengan memakai kot dan berseluar hitam serta bersongkok manakala Noor Nabila mengenakan jubah hitam dan berselendang hitam.

    Kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz selepas berkongsi foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.

    Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

    Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun

  7. Anonymous says:

    Jujur lah kan perkahwinan zaman sekarang menyeramkan. Kadang aku tgk pasangan yg baru kawen aku pula tumpang risau boleh ke survive hingga akhir nyawa seperti yg dijanjikan time bercinta dulu.Banyak kan doa serah pada allah. Jnj pde manusia boleh dibolak balik jnj allah pde manusia itu pasti.

    • Misi says:

      Perkahwinan skg berisiko. Pulak cost of living tinggi. Jgn cari yg biashe2. Lain la jantan tu handsome nk mampos.. haha.. package bersalin je RM5000-7000. Pompuan skrg byk xnk beranak kt hospital gomen.. nurse mcm singa lapar katanya! Haha

    • Kk says:

      Sbb tulah masa bercinta jgn tau n nmpk yg seronok2 aje gi sana sini, selfie bagai mcm pasangan plg bahagia, tau seronok merajuk bagai aje, dari bercinta lah nak kena tau hati budi pasangan, background dia mcmane, family dia semua sesuai ke x kita nak masuk dlm tu, amek tau apa komitmen masing2 yg nak kena bayar setiap bulan n kena berkorban. Jdkan kekurangan pasangan tu kita guide die supaya die boleh jd setaraf of jauh lebih baik dr kita. Bukan tau tiap bulan minta duit aje or bg duit semua settle k.

  8. Elle says:

    Amboii abes dulu time bercinta round europe tu shanaz korek abes savings ke nabila sponsors? Pastu kawen meriah bagai for sure lah semua dr family nabila kan. Tgk shanaz smpai jual moto kesygan die n jual mcm2 bende nak idop aku da agak dah sure ade financial problem. Takkan laa sanggup nabila nak makan duit sambal kuangaq tu dgn makanan salad fit tu, abes kalau semua pegi ke nabila n anak, si shanaz nak makan ape, harap berlakon balik pon susah sbb skrg da ramai hero. Lgpon penonton xnak bekas hero yg mulut lancang. Hehehehe.

  9. Coobink says:

    Sharnaaz tu mampu je.. He is from a rich fmly too.. Anak dato kan.. So plez la nabila.. U nak ape lg?

  10. Rahsia says:

    Allah dia yg tuntut cerai dia plak nk sebak bagai ? wut eva!

  11. Chubby to boney says:

    Jgn la materialistik sangat…ngan husben pun berkira. Kalau betul syg sgt mcm msa belom kawen tu istikomah je la… ko gaji da ribu2 psl duit sanggup gadaikn kebahagiaan anak. Ish…ni mesti sbb lain ni. Malu kut bila compare husben ngn kaum kerabat

  12. ally says:

    Saya bukan peminat depa & tak berpihak kat siapa2. Cuma I rasa 2 tahun tu mcm singkat jer untuk Nabila angkat kaki atas sebab nafkah. Ya, tak dinafikan juga, nafkah RM500 tu sikit sebenarnya untuk cover dua-dua isteri & anak. Tak tau kemampuan kewangan Sharnaaz mcm mana; tapi selalunya dalam lafaz taklik yang dibaca selepas akad nikah ada statement yg kata: wajib ke atas suami untuk memberikan nafkah kepada isteri mengikut kemampuan. Keyword: Kemampuan. Kalau RM500 shj yg Sharnaaz mampu buat masa ini, isteri sama ada boleh terus akur, bersabar, tukar lifestyle & sama-sama pikul beban kewangan keluarga atau fail perpisahan. Suami pun ada 2 alternatif: cari cara untuk tingkatkan ekonomi / kewangan keluarga sama2 dgn isteri, tukar lifestyle atau lepaskan isteri. Tapi kalau suami mampu tapi kedekut dalam pemberian nafkah kewangan, then suami & isteri bolehlah rujuk kat kaunselor untuk cuba selesaikan elok2. Kalau suami tak mau beri kerjasama, tetap kedekut, malas, isteri ada hak nak minta untuk berpisah. Sedih lah tengok kes depa ni. Tak sangka pulak tang depa di tengah ambang penceraian sebab isu nafkah, Wawa & Aeril pulak murah rezeki bergelar jutawan – sedangkan Wawa & Aeril tak kurang juga cabaran & ujian depa masa mula2 bersama dulu. Hidup ibarat roda, ada naik turun.

  13. Selemge says:

    Dah ada laki nak juga title janda tu, pelik la, yg dah ada laki sibuk nk minta cerai, d
    Ada yg dah jadi janda sibuk nk sondol laki orang, pelik tul la zaman skrg

    • Anonymous says:

      Tengok tahap kewangan.. kalu laki hauk… yg single pun x hinggin. Buat penat cuci spender dia je. Besok2 carik lain. Byk lelaki2 Melayu camtu. X pyh berpayung emas sgt. Kebarangkalian nk minum madu tinggi wey !

  14. Akak Kantin says:

    Tak tahu lah apa yang nabila ni impikan dalam hidup dia..macam tak ada tujuan hidup..Kawen yang pertama cerai tapi tak ada anak..kawen kedua anak anak nak cerai jugak..Nak kata nabila ni berpelajaran tinggi dan wanita bekerjaya tak jugak..sekadar menumpang populariti neelofa…Itu pun sekarang jualan tudung tidak segah dulu2…Sharnaaz dah jual moto..nabila dok jual pakaian preLuv Jebat…Rasanya elok dah korang berdua ni..hidup besederhana..Lebih berkat dan redho..Hidup tu tak selalunya indah…

  15. lin says:

    aku, kalau laki bagi rm500 tapi semua bills, duit rumah dan kereta dia bayar..aku bersyukur ..duit makan keluar jenjalan je guna duit gaji aku takde hal la..hidup kena la bertolak ansur..

  16. Anonymous says:

    Beli set Marykay aku je dah habis RM500 huhuhu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini