March 27th, 2018

Adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan ataupun lebih dikenali sebagai Instafamous Little Miss Khan tampil mohon maaf kerana memperlekehkan telefon pintar jenama Samsung seperti dalam sebuah video yang viral sebelum ini. Antara ayat Ameera yang mendapat kecaman netizen ialah “Samsung? Eww”.

Sedar ramai yang tersinggung dengan isu terbabit, Ameera menjelaskan beliau tidak fikir dan sedar apa yang keluar dari mulutnya ketika itu serta terlalu selesa berada di hadapan kamera.

Ameera juga menegaskan beliau tidak pernah berniat untuk menimbulkan kemarahan orang ramai.

Walaupun kita tidak suka dengan sesuatu jenama, janganlah tunjuk sangat rasa itu. Harapnya Ameera akan lebih berhati-hati ketika menjawab soalan ataupun berkata-kata selepas ini. Janganlah hanya dikenali kerana kontroversi sahaja kan?

August 20th, 2015

Walaupun Abang Nara belajar di Korea selama 6 tahun, apabila mendapat jemputan ke Korea oleh Samsung, tidaklah dapat diri ini menolak. Teruja, gembira dan bersemangat diri ini dibuatnya. Bila melihat jadual lawatan di sana, lagilah teruja diri ini. Tempat-tempat yang bakal dilawati selama 4 hari 3 malam ini memang menarik sangat-sangat. Hampir semuanya Abang Nara tak pernah pergi. Jom Abang Nara kongsikan pengalaman ketika berada di sana bersama Samsung. Untuk makluman, semua gambar diambil dengan Samsung Galaxy S6.

samsung sea tour

sampai-sampai abam ensem Korea dah ready menyambut

Lawatan sambil belajar ke Korea oleh Samsung ini disertai oleh rakan-rakan media Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina. Senang cerita hampir semua negara Asia Tenggara dibawa untuk merasai sendiri keindahan Korea. Setelah perjalanan lebih kurang 6 jam menaiki Korea Airlines, kami dibawa ke Hotel Shilla yang akan menjadi tempat penginapan kami sepanjang berada di Korea. Hotel Shilla adalah salah satu hotel yang paling ‘top’ di Korea. Memang terbaik penginapan yang disediakan oleh Samsung.

samsung sea tour

muka excited dapat duduk hotel 5 bintang

Selepas meletakkan barang dan membersihkan diri di spa Hotel Shilla, kami bersiap sedia untuk pergi makan tengah hari. Yeah!!! Perut pun dah berbunyi dah. Restoran yang dituju ialah Bistro Seoul yang terletak di Coex, Gangnam. Menariknya Bistro Seoul telah menyediakan makanan halal seperti yang di’request’ oleh Samsung. Berdasarkan informasi yang diterima, kesedaran orang Korea tentang Islam semakin tinggi dan makanan halal juga semakin mudah didapati. Jadi tak ada masalah untuk kita yang beragama Islam untuk melancong ke sana.

seoul

yesss ada ayam. Memang feveret tue

Kenyang perut suka hati. Dah suka hati barulah boleh pergi jalan-jalan. Hehehe. Tempat pertama yang dituju tak lain tak bukan ialah Samsung Innovation Museum yang terletak di Suwon. Perjalanan memakan masa selama 1 jam dari Seoul jadi Abang Nara pun ambil kesempatan untuk tidur terlebih dulu di dalam bas. Ketika sampai Abang Nara agak mamai kerana tak cukup tidur, namun masuk je Samsung Innovation Museum terus segar bugar mata ini. Menarik sangat-sangat informasi yang ada di dalam muzium ini.

samsung

Yeah!!! Sejarah tentang Samsung boleh diketahui dengan begitu terperinci sekali di muzium ini. Salah seorang staff Samsung Innovation Muzeum telah memberikan penerangan yang begitu jelas sekali. Bermula daripada sebuah syarikat pemprosesan makanan dan tekstil, kini Samsung adalah satu syarikat teknologi yang terbesar di dunia. Keupayaan Samsung untuk membuat inovasi terhadap teknologi yang sedia ada memang amat mengkagumkan.

samsung

transformasi logo Samsung

Apa yang paling mencuri perhatian Abang Nara di dalam Samsung Innovation Muzeum ini ialah ‘display’ produk-produk Samsung yang terawal. Menarik tengok televisyen, telefon, peti ais, komputer dan mikrowave yang direka oleh Samsung pada awal pembabitan mereka di dalam bidang teknologi. Kalau dulu Samsung sekadar mengikut apa yang telah dibuat oleh syarikat lain, kini Samsung pula menjadi ikutan dan menjadi trendsetter kepada teknologi terkini.

samsung

antara tv Samsung yang terawal

samsung

mesin basuh terawal Samsung

samsung

laptop pertama Samsung

Kalau anda pencinta teknologi, Abang Nara memang wajibkan anda melawat Samsung Innovation Muzeum ini. Banyak benda yang boleh dipelajari. Selain sejarah Samsung, ada juga sejarah tentang penemuan elektrik, penciptaan telefon yang pertama, teknologi masa depan dan macam-macam lagi. Samsung Innovation Muzeum dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Silalah lawat www.samsunginnovationmuseum.com untuk maklumat lanjut.

samsung

asal usul mesin basuh

samsung

bercahaya Abang Nara di bawah lampu besar nie

samsung

teknologi sekarang dan masa hadapan oleh Samsung

Tamat di Samsung Innovation Muzeum, kami dibawa pula melawat ke Garosu-gil. Garosu-gil ini adalah satu jalan ‘straight’ yang dipenuhi dengan kedai-kedai fesyen, cafe-cafe, kedai-kedai cenderamata dan macam-macam lagi. Garosu-gil terletak di Sinsa-dong, Gangnam. Tempat ini mula popular sejak beberapa tahun kebelakangan sebagai tempat melepak dan shopping. Kedai-kedai pun memang ‘rare’ contohnya seperti LINE Cafe.

samsung

sepanjang jalan ini adalah Garosu-gil

samsung

bahagian bawah LINE Cafe

Hampir 2 jam di Garosu-gil, tibalah masa untuk makan malam di Itaewon. Itaewon turut dikenali sebagai bandar untuk foreigner. Masjid Seoul turut terletak di Itaewon. Makanan halal memang mudah dicari di Itaewon. Selesai makan malam di restoran Wol Hyang, tibalah masa untuk kami ‘explore’ Dongdaemun. Dongdaemun adalah tempat membeli-belah yang dibuka 24 jam. Antara pusat membeli-belah yang popular di sini ialah Doota, AMPM, MaxStyle dan banyak lagi. Sila sediakan duit secukupnya apabila anda ke Dongdaemun. Hehehe.

samsung

samsung

Hampir 2 jam menghabiskan masa di Dongdaemun, maka tamatlah hari pertama Abang Nara dan rakan-rakan di Korea. Fuh!!! Jadual memang padat tetapi amat puas hati. Banyak lagi tempat yang akan di’explore’ pada hari kedua dan ketiga. Nantikan update daripada Abang Nara yang seterusnya. Sekiranya anda pernah ke Korea, kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Mana tahu boleh sharekan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Apa pun, terima kasih kepada Samsung kerana sudi membawa Abang Nara ke Korea untuk lawatan sambil belajar ini.

April 1st, 2015

Beberapa hujung minggu lalu, Abang Nara telah menghadiri konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival. Konsert ini diadakan sempena pelancaran smartphone terbaru dari Samsung iaitu GALAXY A.

samsung galaxy A

Sebelum konsert bermula, Abang Nara dan beberapa rakan blogger lain mengambil Wide Selfie terlebih dahulu. Wide Selfie ini adalah salah satu fungsi menarik di dalam GALAXY A yang boleh mengambil gambar sehingga 120 darjah. Hebat kan?
samsung galaxy A

Lebih hebat ialah rekaan GALAXY A yang slim dan diperbuat daripada logam sepenuhnya. Terdapat dalam 4 warna iaitu Pearl White, Midnight Black, Platinum Silver dan Champagne Gold, harga GALAXY A adalah sangat berbaloi dengan ciri-ciri yang ditawarkan. Antaranya ialah kamera belakang 12MP, kamera depan 2.1MP dan skrin SAMOLED 4.7 inci.
samsung galaxy A Ok cukup tentang Samsung GALAXY A yang menggiurkan ini. Mari Abang Nara ceritakan tentang kemeriahan konsert Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival yang telah berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Antara artis-artis yang telah hadir ialah Najwa Latif, Shawn Lee, Forteen, Liyana Fizi, An Honest Mistake dan ramai lagi. Semua yang hadir memang berpuas hati dengan persembahan artis-artis ini. Semuanya power-power belaka.

samsung galaxy A

Najwa Latiff dan Shawn Lee bergabung

samsung galaxy A

Forteen yang membuatkan gadis-gadis menjerit

samsung galaxy A

aksi lincah vokalis An Honest Mistake membuatkan para hadirin tak senang duduk

Seronok juga sekali sekala berhibur macam ini di hujung minggu. Hilang segala stress. Yang menarik perhatian adalah artis-artis seperti Izzue Islam, Najwa Latiff, Shawn Lee dan Liyana Fizi adalah pengguna Samsung GALAXY A. Sempat jugaklah Izzue Islam ber’Wide Selfie’ dengan para hadirin yang di malam itu. Memang sempoi.

samsung galaxy A

Diharap selepas ini GALAXY A akan menganjurkan lagi konsert seperti Bestnya Bersama ‘A’ Music Festival ini. Memang menyeronokkan. Kalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang smartphone Samsung GALAXY A, silalah layari laman web www.samsung.com/my/a5. Anda pasti akan teruja mengetahui kehebatannya.

***Sponsored by Samsung Malaysia Electronics

July 1st, 2013

Pertengahan bulan Mei yang lalu, Abang Nara dan wife telah diterbangkan ke Sydney oleh AirAsia X untuk melihat sendiri keindahan Vivid Sydney. Abang Nara turut membawa sebuah Samsung Galaxy S4 yang dipinjamkan oleh Samsung untuk menjadi peneman kami sepanjang berada di sana.

samsung galaxy s4

Abang Nara tidak sempat nak “explore” fungsi-fungsi S4 dengan lebih mendalam ketika berada di Sydney. Namun apa yang Abang Nara dapat katakan ialah kualiti gambar yang diambil menerusi adalah sangat awesome. Memang terbaik walaupun di waktu malam.

samsung galaxy s4

Abang Nara paling suka apabila mengambil gambar makanan dengan menggunakan kamera Samsung Galaxy S4. Memang sharp. Terserlah kesedapan dan keenakan makanan tersebut. Boleh terus upload dan share di Instagram untuk tatapan followers Abang Nara.

samsung galaxy s4

Lagi best ialah setiap gambar yang diambil boleh disimpan di dalam album ciptaan Abang Nara sendiri. Senang nak ingat. Contohnya ketika Abang Nara dan wife dibawa melawat Sydney Harbour, kesemua gambar yang diambil ketika itu telah diletakkan di dalam album “Sydney Harbour”. Jadi lebih tersusun dan lebih mudah untuk diingat.

samsung galaxy s4

Video yang diambil menggunakan S4 juga sangat bermutu tinggi. Abang Nara sempat rakamkan detik-detik ketika Sydney Opera House dilimpahi dengan pancaran cahaya yang menarik. Memang sangat jelas video yang dirakam. Korang tengok sendiri lah kat bawah ini.

Selain itu, Abang Nara juga sempat gunakan applikasi S Health yang telah disediakan di dalam Samsung Galaxy S4. Menarik sangat sebab setiap langkah perjalanan Abang Nara akan dikira. Setiap pagi sebelum memulakan “tour”, Abang Nara akan hidupkan S Health. Ada sehari tue sampai 15,000 direkodkan. Mana taknya, berjalan kat Centenial Park pun rasa-rasanya dah 1,000 langkah.

samsung galaxy s4

Abang Nara agak kecewa juga kerana tidak sempat menggunakan beberapa fungsi lain di dalam Samsung Galaxy S4 seperti S Voice Drive, Sound & Shot dan Smart Pause . Namun berdasarkan pengalaman seminggu menggunakan smartphone ini, bagi Abang Nara, Samsung Galaxy S4 berada di kelasnya yang tersendiri. Kalau ada duit lebih, memang Abang Nara akan beli satu untuk kegunaan sendiri di masa hadapan.

samsung galaxy s4

Terima kasih Samsung Galaxy S4 kerana menjadi teman pendamping kami berdua sepanjang berada di Sydney. Kalau korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang smartphone yang telah terjual lebih 10 juta unit ini, layarilah Facebook Samsung Malaysia dan laman web Samsung.