Pengalaman Jujur Pengguna Setia Samsung Tentang Galaxy A52. Puas Hati Sangat!

Teknologi

Pengalaman Jujur Pengguna Setia Samsung Tentang Galaxy A52. Puas Hati Sangat!

Kalau cakap tentang telefon pintar, masing-masing ada pilihan sendiri. Ada yang pilih iOS dan ada yang lebih sukakan Android.

Macam admin sendiri, lagi prefer android sebab teknologinya (pengguna Samsung S10). Jadi, jika hari tu kami share tentang pandang pertama Galaxy A52 yang korang boleh baca di SINI.

Advertisement

Kali ni kami nak share pula tentang apa yang menarik tentang Galaxy A52 ni dan pengalaman kami menggunakannya.

‘Eye Comfort Shield’  & jangka hayat telefon yang lama

Disebabkan admin ni penulis, jadi sangat penting untuk mempunyai telefon pintar yang mempunyai bateri yang mampu bertahan lama.

Nak check email atau nak check article lagi mudah dilakukan dengan telefon pintar. Tapi kalau lama sangat tengok screen mata akan sakit, tapi dengan ‘Eye Comfort Shield’ yang tersedia pada A52 ni membantu mengurangkan keletihan mata. Siap boleh sambung tengok k-drama pula lepas tu.

Kalau korang tak banyak menghabiskan masa dengan media sosial atau tengok video di YouTube, telefon ni mampu bertahan sehingga 2 hari tau, tu yang best tak perlu kalut nak cas. Dengan bateri 4500mAH dan pengecasan 25W, tak perlu tunggu lama untuk bateri penuh.

Paparan skrin & kamera yang awesome

Jadi sebab nak merasai sendiri pengalaman menggunakan kamera Galaxy A52 ni, admin sempat bawa telefon pintar bersiar-siar di Cyberjaya.

Skrinnya berukuran 6.5 inci FHD dengan Super AMOLED Infinity-O Display, puaslah tengok skrin luas yang hampir penuh tanpa bezel.

Dengan kamera kuad beresolusi 64MP gambar yang diambil lebih stabil tidak kira apa situasi sama ada siang atau malam. Malah untuk suasana ketika berada dalam dewan perkahwinan OIS (optical image stabilization) membantu menghasilkan gambar yang jelas dan mantap. Puas hatilah dapat abadikan gambar dewan perkahwinan.

Kalis air dan debu. Wow!

Sebenarnya fungsi ni paling admin kagum, sebabnya untuk telefon kelas pertengahan susah untuk kita temui fungsi kalis air dan debu IP67.

Macam admin yang suka sangat pegang telefon kat mana-mana. Lepas ni, kalau time cuci tangan terkena phone sekali pun dah tak bimbang.

Fungsi IP67 ni juga dapat membantu melindungi telefon walaupun jatuh di dalam air untuk kedalam 1 meter dalam tempoh 30 minit. Tapi janganlah pula korang pergi saja-saja celup telefon dalam air pula!

Fungsi unlock screen yang dipertingkat

Semasa menggunakan Samsung S10, admin sangat suka fungsi unlock screen menggunakan cap cari. Fungsi tu kini dah tersedia untuk Galaxy A52 tau.

Bukan cap cari je, malah korang juga boleh unlock phone menggunakan face regconition. Canggih kan?!

Inovasi Kini Tersedia Untuk Semua

Samsung ingin menjadikan siri A nya sebagai inovasi yang mampu dimiliki oleh semua. Melalui pengalaman sendiri, admin berani katakan bahawa Samsung dah berjaya melalui model Galaxy A52 ni.

Ia memberikan akses menyeluruh kepada ekosistem Galaxy untuk disambung kepada peranti lain seperti Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag, dan Galaxy Tab.

Paling perform ialah teknologi Samsung Pay turut boleh digunakan untuk telefon pertengahan Samsung, A52 ni. Tak perlu patah balik kalau tertinggal wallet atau kad debit sebab boleh sentuh je telefon korang untuk melakukan transaksi.

Spesifikasi Samsung Galaxy A52

Last sekali baru kami nak ceritakan tentang spesifikasi A52 ni, ia menggunakan prosesor Snapdragon 720G dengan RAM 8GB dan ROM 256GB (mengikut model dan pasaran).

Dilengkapi kuad kamera dibahagian belakang (main, ultra wide, depth, macro) dengan kamera utama 64MP dan kamera hadapan 32MP serta kemampuan untuk zoom sehingga 10x.

Teknologi awesome dengan harga super jimat!

Hampir sebulan menggunakan Samsung Galaxy A52 ni, kami sangat berpuas hati. Bagi korang yang mencari telefon kelas pertengahan pada kualiti terbaik dan harga berpatutan.

Tanpa ragu kami mencadangkan Galaxy A52. Dijual pada harga RM1,299 (RM1,499 5G), Samsung Galaxy A52 boleh dimiliki di kedai rasmi Samsung.

Cepat dapatkan Galaxy A52 korang, sebab telefon ni tengah laris macam pisang goreng panas. Hadir dalam 4 warna Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Violet. Keempat-empat warna ni memang sangat cantik.

Maklumat lanjut mengenai siri Galaxy A52 ini, korang boleh layari laman web rasmi Samsung di SINI.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...