Gabungan ‘Gaming & Photography’ Paling Padu, Samsung Galaxy S23 FE Peranti Berbaloi Dimiliki 2023!

Branded

Gabungan ‘Gaming & Photography’ Paling Padu, Samsung Galaxy S23 FE Peranti Berbaloi Dimiliki 2023!

Cuba bayangkan anda strim dan bermain video game tanpa lag, telefon tak panas dan paling penting kamera lawa macam profesional?! Siapa je tak nak guys!  

Haa, tak ada peranti lain lagi yang boleh serve sebaik Samsung Galaxy S23 FE ni tau, dengan pelbagai ciri gaming dan photography yang telah ditambah baik! Macam ni barulah berbaloi nak beli!

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang peranti setanding flagship yang jauh lebih berpatutan ni, jom kami kongsikan details Samsung Galaxy S23 FE

Gen Z Confirm Love, Kualiti Kamera Lebih Jelas & Terperinci

Samsung, Samsung Malaysia, Galaxy S23 FE

Kalau anda tengok sekarang ni, media sosial menjadi salah sebuah platform tumpuan ramai untuk mencipta pelbagai jenis kandungan kreatif serta menjadi pempengaruh dikenali ramai. 

Jadi, daripada beli kamera profesional yang mahal, lebih baik dapatkan Samsung Galaxy S23 FE sebab bukan saja ia menjimatkan, malah kualiti gambar dan video pun sama seperti kamera profesional tau! 

Untuk pengetahuan, kamera Samsung Galaxy S23 FE ini direka secara premium, mampu memberikan hasil yang lebih menawan serta mempunyai kualiti bertaraf flagship pada harga yang menjimatkan tau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nuaim Z. (@nuaim.z__)

Apa yang membuatkan kami jatuh cinta dengan kamera Samsung Galaxy S23 FE ini adalah ia mempunyai keupayaan nightography yang sangat epik, sesuai untuk tangkapan dalam gelap. Jadi, lepas ni tak perlu risau kalau nak tangkap gambar dalam gelap.

Samsung, Samsung Malaysia, Galaxy S23 FE

Bukan itu saja, antara sebab kenapa Samsung Galaxy S23 FE adalah peranti terbaik untuk generasi Z atau mana-mana pencipta kandungan adalah ia mempunyai kamera 50MP serta kamera depan dwi piksel yang dapat memberikan perincian gambar lebih jelas. 

Lagi best, Samsung Galaxy S23 FE telah meningkatkan ciri yang sangat berbaloi seperti Selfie Tone, Mod Pro, Mod Video Pro serta Director’s View. Fuhh, macam ni lagi seronoklah nak buat video untuk media sosial!

Samsung, Samsung Malaysia, Galaxy S23 FE

Psst, lepas ni tiada lagi masalah gambar tak sharp kalau zoom sebab kamera Samsung Galaxy S23 FE ini mampu zoom 3 kali ganda untuk Optical Zoom manakala 30 kali ganda untuk Digital Zoom. 

Dengan semua ciri yang ada ni, orang kini boleh menikmati membuat kandungan yang lebih baik untuk media sosial tanpa perlu membelanjakan banyak wang untuk kamera profesional.

Lebih Smooth Daripada Mentega, Gamers Auto Suka Main Game Tanpa Lag!

Samsung, Samsung Malaysia, Galaxy S23 FE

Siapa dekat sini kaki video game, kami yakin antara perkara yang buat anda turn off bila tengah seronok bermain adalah telefon menjadi panas bila digunakan terlalu lama serta bateri telefon cepat habis betul tak? 

Jangan risau, apa kata anda beralih kepada Samsung Galaxy S23 FE sebab ia bukan saja direka dengan vapor chamber yang dapat memastikan telefon anda tidak panas apabila bermain video game dalam jangka masa yang lama. Baguskan?

Bukan itu saja, dengan adanya vapor chamber yang 3.9 kali ganda lebih besar berbanding model sebelumnya ia dapat memberikan kawalan haba maksimum serta memberikan prestasi bateri yang terbaik. Jadi, tiada lagi kebimbangan bateri telefon panas lepas ni okay?

Selain itu, sebab kenapa peranti ini pilihan terbaik untuk gamers adalah ia dikuasakan dengan pemproses Exynos 2200 yang menyokong ciri Ray Tracing, membuatkan permainan lebih menyeronokkan sebab ia mampu memberikan pengalaman yang lebih realistik!

Exynos 2200

Exynos 2200 FE ini juga direka dengan ciri khas vision booster yang dapat membantu untuk memberikan visual yang lebih terang dan jelas walaupun anda berada di bawah terik matahari. Pergh, lepas ni tak perlu lah tinggikan kecerahan peranti sampai maksimum!

Jom Sertai #GalaxyTroop Sekarang!

Fuh, dengan semua ciri yang ditambahbaik, memang tak dinafikan ia adalah peranti yang terbaik dalam pasaran untuk photography dan gaming! Sesuai sangat untuk Gen-Z.

Psst, kami pun tak nak gatekeep satu rahsia ni, tapi jangan lepaskan peluang untuk nikmati lebih banyak ganjaran hebat dan menarik daripada Samsung dengan menyertai #GalaxyTroop!

Kalau anda beli Samsung Galaxy S23 FE dan daftar sebagai #GalaxyTroop, anda berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menarik antaranya nikmati permulaan yang epik pada RM1,699 selepas apply ganjaran. 

Selain itu, anda juga akan menerima potongan RM500 selepas mendaftar dan menerima kod promo untuk menjadi sebahagian daripada #GalaxyTroop serta storan yang ditambah dua kali ganda bernilai RM300. Fuhh, bestnya!

Anda juga berpeluang untuk trade-in barangan Samsung sehingga RM800 dan lagi best, anda juga dapat menikmati diskaun sehingga 30% untuk PWP Samsung Care+ dan Buds Galaxy terpilih serta aksesori Samsung. Promosi ini dibuka sehingga 31 Disember 2023 je tau.

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat dapatkan Samsung Galaxy S23 FE dan daftar #GalaxyTroop sekarang untuk rasai semua ganjaran hebat daripada Samsung!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Samsung atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk lebih banyak promosi menarik!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...