Written by AbangNara | August 26th, 2019

Membuktikan kata-katanya untuk berhijrah menjadi seorang lelaki sejati bukanlah sekadar omong kosong, Safiey Illias telah pun selamat menjalani pembedahan untuk membuang silikon di dadanya. Alhamdulillah. Ini adalah satu perkembangan yang amat positif dan sangat dialu-alukan.

safiey illias
Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Safiey Ilias menerusi akaun Instagramya. Berdasarkan informasi, pembedahan tersebut telah berlangsung di Hospital Kuala Lumpur.

safiey illias

Walaupun pada mulanya netizen skeptikal dengan kata-katanya, tindakan Safiey kali ini membuktikan bahawa dia benar-benar serius ingin menjadi lelaki sejati. Jadi janganlah kita menghina, memandang rendah dan melemparkan kritikan kepadanya. Sebaik-baiknya kita berikan semangat agar dia terus tabah dan tidak tergoda memasuki kancah kewanitaan semula. Walaupun ada kawan yang menghalang, Safiey Ilias telah menguatkan hati untuk mengikut permintaan dari ayahnya.

safiey illias

Semoga Safiey akan terus cuba menjadi lelaki sejati di masa hadapan. Sama-sama kita doakan.

Written by Bella | August 13th, 2019

Mahu berubah ke arah yang lebih baik, usahawan kosmetik Safiey Illias melakukan pengorbanan terbesar dalam hidupnya dan mengetepikan kehendak diri sendiri.

safiey illias

Safiey tampil berpakaian lelaki bersempana Hari Raya Aidiladha tahun ini dan meluahkan rasa syukur dapat menunaikan janji kepada ibu bapanya.

Menerusi akaun Instagramnya, Safiey memberitahu sambutan hari raya lalu merupakan kali terakhir dia beraya sebagai seorang perempuan.

safiey illias raya lelaki

Masih lagi mencari hidayah, Safiey berkata dia mahu berubah secara perlahan tanpa sebarang desakan ataupun paksaan.

Rata-rata netizen gembira dengan perubahan yang dilakukan Safiey dan mendoakan agar dia terus istiqamah.

safiey illiassafiey illias tunaikan janji beraya sebagai lelakisafiey illias raya lelakiTidak dinafikan bila hendak berubah akan ada dugaan tetapi kami harap Safiey bersabar, kekal tabah dan semoga terus istiqamah untuk berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.

Written by Bella | July 31st, 2019

Usahawan kosmetik, Safiey Ilias mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap ‘Instafamous’ dikenali sebagai Baby Arra dalam satu pertengkaran yang viral pada Januari tahun lalu.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias  membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.

Mengikut pertuduhan, Safiey didakwa telah menyebabkan cedera parah ke atas Farahnazikha Karab Hussain dalam satu kejadian di sebuah restoran di Jalan Liew Weng Chee AU 2 sekitar jam1.30 pagi pada 15 Januari 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya B.Rajdeep Singh menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000. Bagaimanapun Safiey yang diwakili peguam Harjeet Singh Sidhu memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberikan kerjasama baik dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan dilakukan.

Mahkamah kemudian membenarkan Safiey diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 September ini untuk sebutan semula kes.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | June 3rd, 2019

Kalau sebut nama Safiey Illias, memang semua orang kenal kan? Satu ketika dahulu perubahan mendadak penghijrahannya daripada seorang ‘trasngender’ kembali ke fitrah asalnya, iaitu seorang lelaki mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, sayang sekali perubahan itu tidak kekal lama, alasan Safiey imannya naik turun dan tidak kuat untuk menempuhi segala dugaan. Akhirnya dia kembali tampil dengan imej seksi sebagai seorang wanita dan semakin menjadi-jadi.

Namun, terbaru Safiey menerusi akaun Instagramnya memberikan bayangan mungkin tahun ini adalah tahun terakhir dirinya menjadi seorang perempuan. Turut memuat naik foto ibu bapa tercinta, hati Safiey begitu sayu serta sedih kerana tidak dapat membahagiakan mereka.

Dalam pada itu, Safiey turut memohon maaf kepada semua pihak atas salah silap yang telah dilakukan sebelum ini dan berharap agar Allah SWT tunjukkan jalan yang benar dan lurus kepadanya.

Rata-rata netizen juga mendoakan yang terbaik buat Safiey dan semoga beliau kembali berubah menjadi seorang lelaki semula. Setiap perubahan tidak boleh dilakukan secara drastik dan lebih baik untuk mengambil sedikit masa agar ia terus melekat dalam jiwa dan berkekalan sehingga akhir hayat. Sama-sama kita doakan agar pintu hati Safiey terbuka untuk berubah.