Written by Bella | December 28th, 2018

Malam tadi, usahawan kosmetik Safiey Illias berkongsi berita beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga kereta mewah BMW i8 miliknya remuk teruk di bahagian hadapan.

Safiey menganggap kejadian itu terjadi sebagai balasan Allah SWT terhadap dirinya yang sebelum ini berniat untuk menukar jantina dengan memotong kemaluan.

Rata-rata netizen meninggalkan kata-kata nasihat dan pesanan kepada beliau untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Namun, ramai juga yang sudah menyampah dengan sandiwara Safiey yang berulang kali berkata mahu berubah tetapi masih juga tidak insaf. Sekadar propa dan gimik murahan untuk menarik perhatian.

Tidak dinafikan ada kalanya komen-komen netizen terhadap Safiey boleh tahan pedas dan melampau. Bagaimanapun, dengan apa yang berlaku, mungkin Safiey harus bersikap lebih terbuka dan mendengar nasihat daripada mereka yang tidak mahu melihat beliau terus hanyut.

Written by Bella | October 21st, 2018

Mungkin ada yang perasan dan katakan minggu ini agak relaks sahaja tanpa sebarang cerita panas artis yang ingin dipaparkan, tapi mungkin ada yang anda terlepas pandang.

Pelbagai gosip dan kontroversi telah melanda dunia hiburan bukan setakat artis tempatan sahaja tetapi ada juga melibatkan seorang yang beraksi di atas padang bola juga. Fuh, memang panas habis sehingga viral di media sosial.

Tak mahu cakap banyak lagi, jom kita layan top 5 gosip paling hangat dan ‘kebabom’ sepanjang minggu ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | October 18th, 2018

Sudah menjadi trend dan musim untuk jutawan-jutawan kosmetik di Malaysia menghasilkan lagu mereka sendiri. Selepas Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri, kini giliran Safiey Illias melancarkan lagu terbarunya berjudul Syinta Gila.

Namun, sambutan kali ini diluar jangkaan. Ramai yang puji lagu tersebut ‘catchy’ tetapi pada masa yang sama merasa bersalah kerana enggan dikatakan menyokong golongan LGBT pula. Ada yang kata lebih ‘best’ daripada lagu Bobo Dimana.

Untuk pengetahuan anda, lagu Syinta Gila merupakan hasil ciptaan penyanyi Indonesia, Ressa Herlambang yang terkenal dengan lagu Menyesal.

Bila ada lagu menarik dan sedap untuk dilayan, sekali yang menyanyi terlibat pula dengan gejala yang penuh kontroversi. Ada yang dah dengar ke lagu ini dan melekat dalam kepala?

Written by Bella | October 1st, 2018

Dua usahwan popular Safiey Illias dan Nur Sajat masing-masing mempunyai kontroversi hangat terutama sekali melibatkan soal jantina mereka. Pendek kata, apa yang mereka lakukan pasti sahaja akan mendapat perhatian dan mengundang segala macam jenis kecaman dan kritikan.

Terbaru, kemunculan mereka dengan membuka booth perniagaan di sebuah karnival jualan popular mendapat bantahan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Perak.  Pihak tersebut telah melakukan serbuan dan memaksa agar Safiey dan Sajat menarik diri dari acara berkenaan dan sekaligus menutup gerai mereka.

Insiden itu membuatkan Safiey dan Sajat kecewa dan meluahkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang tidak adil menutup periuk nasi stokis-stokis yang menjual produk mereka. Perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana mereka yang terlibat hanya ingin mencari rezeki dengan cara yang halal.

Safiey juga mendakwa pekerja beliau dimalukan dengan begitu teruk. Meskipun terkilan dengan apa yang berlaku, Safiey menganggap ia adalah satu ujian buatnya.

Apa pandangan anda pula tentang isu ini? Wajarkah tindakan seperti itu diambil?

Sumber Berita : FORUM CARI