Safiey Illias Terima Kecaman Netizen Sebagai Satu Ujian

Hiburan

Safiey Illias Terima Kecaman Netizen Sebagai Satu Ujian

Menganggap kecaman dan cacian yang diterima daripada segelintir netizen itu adalah ujian buat dirinya, usahawan kosmetik sensasi Safiey Illias menerima segala caci maki tersebut dengan hati yang terbuka.

Safiey Illias Terima Kecaman Netizen Sebagai Satu Ujian

Advertisement

Katanya, beliau juga langsung tidak lari daripada berfikiran positif apabila berdepan dengan situasi seperti itu.

https://www.instagram.com/p/CEQKDsqH5lA/?utm_source=ig_embed

“Ratu anggap ujian tanda Allah sayang. Orang memang suka bila kita ni susah, jatuh, down dan sedih. Memang perangai orang kita camtu. Ratu positifkan diri. Ratu jadikan ujian itu sebagai pemasaran yang Allah bagi secara tiba-tiba tanpa dirancang.”

Menurut Safiey, beliau menyifatkan insiden bahagian pipinya bernanah disebabkan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah itu sebagai pengajaran.

Safiey Illias Terima Kecaman Netizen Sebagai Satu Ujian

“Bagi ratu ni ujian, jadi mungkin Allah nak tegur. Sekaligus beri informasi dekat orang ramai agar berhati hati dengan servis estetik oleh bukan doktor. Tu la hikmahnya. Tapi ramai orang bila kena ujian sedih, down dan stress. Jadi relaks ja. Ambik hikmah.”

Safiey bertindak berkongsi kisah tersebut kepada umum menerusi sebuah posting yang dimuat naik laman Instagramnya.

Safiey Illias Terima Kecaman Netizen Sebagai Satu Ujian

Perkara ini tercetus selepas safiey khabarnya mendedahkan bahagian pipinya mula bernanah selepas mendapatkan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah.

Bagaimanapun, tidak hanya terhenti di situ, perbuatan Safiey yang sering berkongsi pembedahan dilakukan pada anggota badannya kepada umum itu juga telah menarik perhatian PU Syed Bakri Al-Yahya dan PU Amin.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...