October 3rd, 2019

Suami orang kini jadi rebutan anak-anak dara. Katanya aura lelaki dah berkahwini ini berbeza sehingga timbul banyak kes “sondol” ataupun “extend masjid”.

che ta

Dikurniakan seorang suami yang kacak, pelakon Rozita Che Wan mengakui dia merasa bimbang untuk memuat naik foto suaminya di laman sosial, takut diganggu wanita lain. Zaman sekarang wanita memang suka berebut hak orang.

che ta bimbang suami diminati wanita lain

Makin elok (segak) pula laki (suami) kami ni, eh.. tak mahu upload dahlah gambar.. takut ada yang bekenan. Orang perempuan zaman la (sekarang), depa (mereka) suka bekenan orang punya .. atau dalam erti kata lain , beqebut (berebut) hat (hak) orang.

Ada wanita yang tidak kisah berkongsi kasih, asalkan hati sudah suka sama suka. Sebab itu pilih suami orang dengan alasan lelaki yang sudah berkahwin ini lebih matang.  Namun tak boleh hendak salahkan wanita sahaja, bak kata pepatah,bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.  Kalau suami setia, datanglah wanita cantik bak bidadari sekalipun, pasti tidak akan tergoda. Betul tak?

Sumber Berita : Astro Gempak

Advertisement
July 26th, 2019

Memang untung betul Zain Saidin dapat isteri macam Rozita Che Wan, bukan sahaja cantik tetapi ada sisi romantisnya juga.

Baru-baru ini, Che Ta berkongsi fotonya bersama suami tercinta dengan bait-bait yang cukup indah. Memuji betapa Zain seorang lelaki yang cukup sempurna di matanya.

Suamiku mungkin tidak sempurna, tapi dia sangat sempurna di mataku.Cewahhhhh. Tak salah puji laki sendiri, jangan  puji laki org sudah.

Perkongsian Che Ta itu mendapat perhatian netizen yang mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke jannah.

Amboi Che Ta, sekali keluar ayat, memang “cair” habis  Zain. Beruntung dapat pujian daripada isteri.

Advertisement
May 2nd, 2019

Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan berita dimana beberapa artis tidak dapat tahan dengan dugaan dan membuat keputusan untuk membuka tudung selepas bertahun lamanya berhijab. Alasan yang mereka berikan, tidak mahu hipokrit dan iman tidak kuat.

Bagaimanapun, buat pelakon Rozita Che Wan, beliau tidak akan sesekali membuka tudung. Tidak dapat beliau bayangkan segala seksaan dan azab yang akan perlu ditanggung di akhirat kelak. Namun, kenyataan beliau itu bukanlan ditujukan kepada mana-mana artis tetapi sebagai peringatan untuk dirinya sendiri.

Saya rasa kalau buka tudung boleh terus masuk neraka. Itu untuk diri saya. Siapalah kita untuk menghukum manusia lain.

Kita tak boleh hukum dia tu dugaan dia (yang buka tudung) dengan Allah. Kena doa Allah bagi dia rahmat dan hidayah. Kita doa yang terbaik untuk dia

Pada masa yang sama, Che Ta mendedahkan beberapa tips beliau sentiasa istiqamah dalam mengenakan hijab. Menurut Che Ta, beliau menukar cara hidupnya dan mendampingi mereka yang membawa aura positif. Lingakaran rakan-rakan itu penting agar dapat kekal istiqamah.

Bila nak hijrah, tukar circle of friends (lingkaran rakan-rakan) supaya kekal istiqamah. Kita ini kalau nak ikut benda tak elok tu memang cepat. Alhamdulillah adik-beradik semua pakai tudung. Apabila ada masa berkumpul dengan adik-beradik lain kami akan bincang pasal agama.

Jika nak like gambar orang tak pakai tudung pun haram. Sebab tu kalau nak muat naik gambar wanita tak bertudung, saya pakaikan dia tudung.

Kami juga doakan agar Che Ta sentiasa dikuatkan hati dan iman untuk kekal menutup aurat selama-lamanya. Boleh menjadi contoh buat ramai wanita di luar sana.

Sumber Berita : Malaysiakini

Advertisement
March 3rd, 2017

Tanggal 23 Februari lepas, pelakon Zain Saidin telah menyambut hari jadinya yang ke 33. Tentu sekali isterinya Rozita Che Wan mengadakan majlis yang agak eksklusif buat suami tercinta.

Menurut Zain, Che Ta ada memberikan beliau hadiah tetapi dalam bentuk wang ringgit. Namun, Zain sebenarnya tidak mengharapkan isterinya itu melimpahkan kemewahan terhadap dirinya sebaliknya beliau berdoa agar rumah tangga yang dibina dapat kekal sehingga ke jannah.

Che Ta hanya memberikan saya duit supaya saya dapat beli apa saja hadiah diinginkan. Begitupun, saya belum memutuskan apa yang harus dibeli.

Apabila sudah dewasa, hadiah material bukan lagi keutamaan. Lebih baik duit itu saya simpan untuk kegunaan masa hadapan. Saya dapat juga gunakan untuk membayar pelbagai bil, termasuk cukai. Pada zaman sekarang, lebih baiklah duit yang kita ada dijadikan wang tabungan. Saya, umpamanya, kena fikir masa hadapan diri dan keluarga.

Tambah Zain, beliau kini lebih mementingkan dan memikirkan hal berkaitan keluarganya berbanding diri sendiri. Pendek kata, beliau kini lebih matang dalam setiap perkara.

Saya harus menjadi lelaki lebih matang dan mengutamakan keluarga. Kini, saya sendiri lebih tenang ketika melakukan sesuatu perkara, begitu juga dalam membuat keputusan.

Bertuah Che Ta dapat seorang suami yang tidak mahu isterinya melimpahkan dirinya dengan kemewahan meskipun umum mengetahui Che Ta lebih daripada mampu untuk berbuat demikian. Kata orang, keluarga dan kebahagiaan rumah tangga nilainya lebih berharga daripada wang ringgit.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement