Suami orang kini jadi rebutan anak-anak dara. Katanya aura lelaki dah berkahwini ini berbeza sehingga timbul banyak kes “sondol” ataupun “extend masjid”.
Dikurniakan seorang suami yang kacak, pelakon Rozita Che Wan mengakui dia merasa bimbang untuk memuat naik foto suaminya di laman sosial, takut diganggu wanita lain. Zaman sekarang wanita memang suka berebut hak orang.
Makin elok (segak) pula laki (suami) kami ni, eh.. tak mahu upload dahlah gambar.. takut ada yang bekenan. Orang perempuan zaman la (sekarang), depa (mereka) suka bekenan orang punya .. atau dalam erti kata lain , beqebut (berebut) hat (hak) orang.
Ada wanita yang tidak kisah berkongsi kasih, asalkan hati sudah suka sama suka. Sebab itu pilih suami orang dengan alasan lelaki yang sudah berkahwin ini lebih matang. Namun tak boleh hendak salahkan wanita sahaja, bak kata pepatah,bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kalau suami setia, datanglah wanita cantik bak bidadari sekalipun, pasti tidak akan tergoda. Betul tak?
Anonymous
October 7, 2019 at 12:57 pm
hahahahah..betul betul
Laki aku limited
October 5, 2019 at 3:48 pm
Tipikal lelaki melayu..pantang kena jek.. bawah tus hidup…. penat wey nak jaga pesen laki cam ni dah la jumlah pompuan ramai… xkan nak bg amaran byk kali….tinggalkan jelah klo laki mcm tu…kita hidup nak happy bknnya bazir masa dgn berjaga2… kita nak laki even pompuan telanjang pun dpn dia xnak, sbb setia mati dgn kita
Anonymous
October 4, 2019 at 4:50 pm
tula pelik cheta ni ..adik sendiri bermadu