Written by AbangNara | November 6th, 2012

Kesian sungguh insan bernama Rozita Che Wan ini. Tak habis-habis kena gosip. Yang terbaru, Che Ta dikatakan telah pergi bercuti ke London bersama seorang bekas menteri. Gosip ini telah ditulis oleh seorang wartawan pada hari Ahad yang lepas.

rcw baru

Menurut wartawan tersebut, tiket penerbangan ke London Che Ta telah disponsor sepenuhnya oleh bekas menteri itu. Malah kehadiran Ayu Raudhah sekadar untuk “cover line” sahaja. Namun Che Ta yang dihubungi Sinar Harian ternyata tidak tahu bekas menteri manakah yang dimaksudkan.

Bekas menteri mana pula ni? Dari mana pula cerita ini timbul? Saya tak faham lah dengan individu yang suka sangat kaitkan saya dengan pelbagai cerita tidak betul ni. Saya sendiri tak tahu menteri mana yang dikaitkan dengan saya kali ini. Sejujurnya, saya dah lali dengan situasi seperti ini.

Mungkin Rozita Che Wan kena berkahwin barulah segala cerita ini akan berhenti. Kalau Abang Nara jadi Che Ta, confirm dah meroyan mendengar cerita yang tak habis-habis nie. Apa pun respek kepada Che Ta kerana sentiasa cool dan rileks ajer melayan gosip-gosip murahan ini.

P.S: Bata yang diperbuat daripada darah.

Written by AbangNara | October 19th, 2012

Terkejut beruk Abang Nara melihat gambar webcam yang didakwa milik Rozita Che Wan ini. Namun apabila diteliti selama 10 saat, Abang Nara dapat mengagak ini adalah teknik superimpose. Mungkin ada pihak yang iri hati dengan kejayaan Rozita Che Wan sehingga sanggup buat begini.

gambar webcam rozita che wan

Rozita Che Wan yang ditemui portal Murai mengenai berita ini dengan sekeras-kerasnya menafikan gambar “webcam” tersebut adalah miliknya. Kata RCW:-

Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tak tahu apakah itu video chat atau webcam. Jadi, terus-terang, saya tidak pernah berbuat perbuatan terkutuk seperti ini. Lagipun, saya bukan muda lagi nak buat perkara sedemikian. Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan pondan menyerupai wajah saya. Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kerjaya saya. Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya. Ingat! Itu bukanlah diri saya ya.

Kalau bukan superimpose, sudah pasti ada pelanduk dua serupa. Logik juga kata-kata Che Ta yang ada pondan menyerupai wajahnya. Pasti pondan-pondan tersebut geram dan teruja ingin menyerupai kecantikan RCW. Tak gitu?

P.S: Menjadi ayah ketika berusia 96 tahun. Legend pakcik nie.

Written by AbangNara | September 21st, 2012

Kalau anda menaip nama Rozita Che Wan di Facebook, Abang Nara rasa ada lebih daripada 10 hasil carian yang akan keluar. Abang Nara pun confuse mana satu yang original punya. Memang sukar untuk mengikuti perkembangan RCW kerana terlalu banyak akaun Facebook palsu.

facebook rozita che wan

Nasib baiklah baru-baru ini Rozita Che Wan telah mengumumkan yang dia telah membuat laman Facebook rasmi untuk memudahkan dirinya berinteraksi dengan peminat. Abang Nara dah LIKE dah pun. Abang Nara suka cara Rozita Che Wan berborak dengan peminatnya dengan menggunakan loghat Kedah. Cute sangat!!!

rcw

Agak tidak adil untuk pelakon sehebat Rozita Che Wan untuk mempunyai hanya sekitar 5,000 LIKE. Jadi kalau anda peminat selebriti jelita ini, segeralah ke Facebook Rozita Che Wan dan LIKE untuk memudahkan komunikasi dengannya. Untung badan mana tau dapat ngorat. Tak gitu?

P.S: Gambar alam semula jadi yang sungguh mengkagumkan

Written by AbangNara | September 13th, 2012

Kalau sebut nama Rozita Che Wan, pasti akan keluar cerita mengenai perkahwinannya. Sekejap ada gosip kata RCW dah kawin, sekejap kata bakal berkahwin tahun ini. Macam-macamlah cerita yang keluar. Kadang-kadang kesian juga kat Che’ Ta nie.

che ta

Namun hari ini RCW tampil di Kosmo memberitahu yang dirinya masih belum mempunyai calon suami. Gosipnya dengan lelaki bernama Bob adalah palsu semata-mata. Ini bermakna peluang untuk anda yang mengidamkan RCW masih terbuka luas. Namun anda perlu ada kriteria di bawah seperti yang dimahukan oleh Rozita Che Wan:-

Macam mana hendak kahwin jika calon pun belum ada. Hendak cari lelaki berduit memang senang, tetapi hendak cari lelaki yang baik, susah. Saya mahukan lelaki yang fleksibel dan tidak suka lelaki yang keras kepala. Saya juga tidak suka dengan lelaki yang sudah berkahwin.

Abang Nara suka part “saya juga tidak suka dengan lelaki yang suka berkahwin“. Ini bermakna anda yang masih bujang dan teruna di luar sana, peratusan anda adalah lebih tinggi untuk memikat hati Rozita Che Wan. Namun haruslah persiapkan diri daripada segi kewangan dan hati terlebih. Ada berani?

new

PS : Bosan pakai baju rupa sama ke kerja setiap hari? Jika inginkan kelainan berpakaian ke kerja, bolehlah melawat FB VANITYMASK untuk mendapatkan blouse fesyen terkini dari KOREA. Walaupun diimport terus dari Korea, blouse di sini semuanya harga bawah RM60. Kepada korang yang stylo, harem pants pun ada. Cepat, sementara stok masih ada~