April 13th, 2010

Sungguh diva sekali abang Azwan Ali kita dalam trailer untuk Projek Alpha 2 nie. Memang kalah kedivaan Abang Nara masa Projek Alpha yang pertama dulu. Habis kena marah kak Redmummy. Kesian plak kami tengok. Tapi apa-apa pun memang hebat Azwan Ali nie. Apa-apa pun video trailer Project Alpha Musim Ke 2 yang kat atas nie memang gempak gile di mata kami.

Selain dari Azwan Ali, Projek Alpha 2 nie mengumpulkan lagi 6 top blogger Malaysia seperti Ninie Ahmad, Niki Cheong, Kyspeaks, Klubbkidd, Cheeserland dan Shaolin Tiger. Kesemuanya best-best belaka lagi-lagi Ninie Ahmad yang badan dia boleh liang lentuk macam ular. Kalau korang nak tau rahsia dia, kenalah layan Project Alpha Musim Ke 2 yang akan bermula minggu depan. Semua video boleh ditengok di www.projectalpha.com.my.

Project Alpha dibawakan khas untuk anda oleh Adidas Action 3, P1 Wimax dan juga MAS Airlines. Jangan lupa tengok sebab banyak gak selebriti-selebriti Malaysia yang terkenal akan keluar time episod Azwan Ali nanti. Lisa Surihani kesayangan Abang Nara pun ada jugak.

Advertisement
April 7th, 2010

rafiqin darwisy

Sahabat baik arwah Din Beramboi, Afdlin Shauki dah pun bersuara tentang perbuatan Rafiqin Darwisy yang mengutuk arwah Din Beramboi. Memang betul saranan daripada Abang Afdlin. Jangan dilayan orang macam nie. Gile glamer punya budak.

Untuk pengetahuan anda, sudah ada Facebook Page Kami Benci Rafiqin Darwisy yang mencecah 40,000 fans hanya dalam masa 2 hari. Kami bangga dengan kesensitifan rakyat Malaysia tentang perkara ini.

Buat keluarga arwah Din Beramboi, harap tabah dengan dugaan yang mendatang. Dengar ceritanya rumah arwah Din Beramboi dirompak masa ahli keluarga yang lain sibuk menguruskan jenazah arwah. Semoga tabah dan cekal.

Apa-apa pun, jom sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi.

P.S: Jumpa anda semua di Cineleisure Kota Damansara hari ini pukul 7.30 malam untuk pelancaran Project Alpha Musim Kedua. Selain dapat jumpa dengan blogger Project Alpha musim 1st dan 2nd, anda pun akan dapat tengok wayang free. Memang best kan? Jumpa anda semua di sana ye ~~Project Alpha dibawakan oleh Adidas Action 3, P1 dan MAS.

Advertisement
February 8th, 2010

azwan ali pondan

Hahaha (gelak tak ikhlas). Lawak jugak kami dengan si Azwan Ali nie. Pelbagai alasan yang dikeluarkan untuk meng”cover” kejadian dia bertukar menjadi pondan ala-ala Ziana Zain di Johor Bahru baru-baru nie. Katanya takkan nak tolak rezeki RM6,000. Lagipun sekadar hiburan jer kan.

[note]Memang saya kembali menjadi pondan tetapi in-character dan persembahan saya sebagai Ziana Zain dengan lagu ‘Syurga Di Hati Kita’ telah dibayar sebanyak RM6 ribu. Saya tidak boleh menolak rezeki Allah dan satu ballroom itu tahu dan menerima karektor saya sebagai hiburan semata-mata.[/note]

Kami ingatkan sejak balik umrah hari tue dah insap betul-betul. Tapi bila kitorang tengok gambar-gambar pondan Azwan Ali nie, nampak gayanya tak la berapa nak insaf sangat. Sesungguhnya kesemua manusia di dunia nie kalau nampak duit memang gelap mata.

[note]Saya sedar penampilan pondan saya sebagai Ziana Zain akan terus dihentam oleh musuh-musuh saya yang akan mengait isu taubat saya di depan Kaabah. Jawapan saya mudah saja, Allah SWT lebih tahu niat hati saya…lagipun ada aku kisah[/note]

Memang kami dah tak kisah dah ngan apa yang si Azwan nie nak buat. Lantak dia lah kan?

Lagi gambar Azwan Ali mempondakan dirinya di JB baru-baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

azwan ali pondan

azwan ali pondan

azwan ali pondan

Advertisement
February 1st, 2010

ning baizura

Tak tau nak komen camner. Memang agak terlebih sudah!!! Ning Baizura oh Ning Baizura.

P.S: Kami baru balik dari Kuching untuk shooting ProjectAlpha. Kuching memang tersangat best. Orang-orang dia pun sangat friendly. Terima kasih kepada orang Kuching yang layan kami dengan best sangat. Memang korang terbaik!!!

Advertisement