April 7th, 2010

rafiqin darwisy

Sahabat baik arwah Din Beramboi, Afdlin Shauki dah pun bersuara tentang perbuatan Rafiqin Darwisy yang mengutuk arwah Din Beramboi. Memang betul saranan daripada Abang Afdlin. Jangan dilayan orang macam nie. Gile glamer punya budak.

Untuk pengetahuan anda, sudah ada Facebook Page Kami Benci Rafiqin Darwisy yang mencecah 40,000 fans hanya dalam masa 2 hari. Kami bangga dengan kesensitifan rakyat Malaysia tentang perkara ini.

Buat keluarga arwah Din Beramboi, harap tabah dengan dugaan yang mendatang. Dengar ceritanya rumah arwah Din Beramboi dirompak masa ahli keluarga yang lain sibuk menguruskan jenazah arwah. Semoga tabah dan cekal.

Apa-apa pun, jom sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi.

P.S: Jumpa anda semua di Cineleisure Kota Damansara hari ini pukul 7.30 malam untuk pelancaran Project Alpha Musim Kedua. Selain dapat jumpa dengan blogger Project Alpha musim 1st dan 2nd, anda pun akan dapat tengok wayang free. Memang best kan? Jumpa anda semua di sana ye ~~Project Alpha dibawakan oleh Adidas Action 3, P1 dan MAS.


Comments are closed.

Loading...