December 10th, 2017

Pelawak popular, Tauke Jambu atau nama sebenarnya, Zamratul Amri Zakaria, 41, telah selamat melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Nadia Mohd Affendi, 28, yang merupakan model sambilan 12.00 tengahari semalam. 

Tauke memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan jumlah wang hantaran RM30,000. Selain itu dia membawa lima dulang hantaran, yang dibalas lima oleh pihak pengantin perempuan.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Majlis persandingan mereka dilangsungkan di De Laman Event, berkonsepkan kisah dongeng Cinderella.

 

Ini merupakan perkahwinan keempat Tauke dan pertama bagi Nadia. Tahniah diucapkan dan bersama doakan ini menjadi perkahwinan terakhir Tauke dan kekal hingga ke akhir hayat.

Kredit gambar: @sixucaphotography & @aqoimran

December 10th, 2017

Pada pukul 5.33 petang Jumaat lepas, Abam Bocey, 29, melangsungkan pernikahan dengan Nurhidayah Mohd Ali, 26, dengan sekali lafaz.

Majlis nikah berlangsung  Masjid Jamek Sultan Hishamuddin di Sabak Bernam, Selangor, manakala majlis persandingan dibuat di rumah keluarga pengantin perempuan juga di Sabak Bernam.

Lagi gambar dengan membeca entri ini sepenuhnya.

Untuk perkahwinannya, Abam menyediakan jumah hantaran sebanyak RM 13,888 beserta seutas rantai emas dan mas kahwin bernilai RM 3,000.

 

Abam mengenali Nurhidayah pada 2009, namun hubungan mereka terputus seketika kerana kesibukan masing-masing.

Tahniah diucapkan buat Abam dan Nurhidayah, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga ke anak cucu. – beautifulnara.com

November 19th, 2017

Sebentar tadi, majlis resepsi perkahwinan pelakon Izara Aishah, 25, dengan pilihan hatinya, anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Adib Khalid, 27, telah berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Seperti di majlis pernikahannya, Izara diapit oleh pelakon Farah Nabilah dan kelihatan anggun dengan busana rekaan Rizman Ruzaini dan disolek oleh jurusolek Bosco.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Majlis ini juga dihadiri oleh beberapa selebriti antaranya Neelofa, Kilafairy dan Zarina Zainuddin.

Izara kelihatan begitu berseri dengan solekan anggun yang menyerlahkan kejelitaannya serta badan yang langsing memang cantik mengenakan gaun Rizman Ruzaini tersebut.

Semoga mereka berdua kekal hingga ke akhir hayat. – beautifulnara.com

Kredit:  @blackpepperproduction, boscoooooooooooooo, @habibjewelsofficial ,@shahrizanshafiefauzeenasir

August 16th, 2017

Mungkin sebilangan dari pembaca BN sudah mengetahui yang penyanyi dari Amerika Syarikat dan bekas penyanyi dan penghibur Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger, telah membuat persembahan untuk majlis persandingan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah.

nicole-scherzinger-arrives-in-johor-baru-goes-to

Nicole mengesahkan kehadirannya melalui beberapa siri gambar yang dimuat naik ke Instagram dan video Insta-story yang menunjukkan dia bersedia untuk menghiburkan pasangan pengantin baru diraja pada malam 14 Ogos.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Nicole memuat naik gambarnya yang kelihatan anggun dalam pakaian berwarna merah dan satu pakaian berlabuci warna hitam di hadapan Istana Bukit Serene.

Bagaimanapun, lebih ramai memfokuskan kepada lawatan Nicole ke sebuah outlet Kentucky Fried Chicken (KFC) setelah habis membuat persembahan di majlis perkahwinan itu! Dalam Insta-story Nicole, dia merakamkan saat-saat dia singgah di KFC dengan ditemani pasukan pengiring polis. Dia juga dilihat memesan makanan dengan penuh glamor di kaunter pesanan sambil memikirkan apa yang patut dipesannya.

Nicole kemudiannya dilihat beredar meninggalkan KFC dan makan ayam goreng dalam keretanya, sambil diiringi polis.

nicole-scherzinger-arrives-in-johor-baru-goes-to

nicole-scherzinger-arrives-in-johor-baru-goes-to

Netizen memberi komen, disebabkan namanya Nicole Scherzinger, dia pasti memesan Zinger Burger.


Kita harap Nicole berseronok ketika berada di Malaysia dan khabarnya dia masih belum ada rancangan lanjut apa yang hendak dibuatnya di sini. –beautifulnara.com