Written by Bella | December 6th, 2018

Berikutan banyak kes penipuan yang berlaku melalui panggilan telefon, bekas penyampai radio popular , Faizal Ismail berpendapat panggilan ‘prank’ ataupun palsu yang dibuat oleh stesen radio sudah tidak relevan lagi. Ia seakan meningkatkan lagi risiko penerima terpedaya dengan ‘scammer’.

Seperti yang berlaku baru-bari ini, ada pengikut di Instagram Faizal telah tertipu dengan taktik penipuan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai rakan penyampai radio itu di Hot FM.

Sejujurnya sewaktu mendapat kiriman mesej tersebut, saya sangat terkejut kerana suspek menggunakan nama saya dan mengaitkan dengan stesen radio Hot FM. Hal seumpama ini pertama kali berlaku dan saya sudah berpesan kepada mangsa bahawa panggilan palsu sebegitu adalah taktik scammer.

Bagi saya program panggilan palsu sudah tidak relevan pada zaman sekarang dan hanya sesuai pada waktu ia mula diperkenalkan sekitar 10 tahun lalu. Berbanding dengan sekarang, kita sangat terdedah dengan risiko kebocoran data peribadi oleh sindiket yang melakukan penipuan.

Contoh sudah ada dan ia berlaku pada saya sendiri. Sebolehnya, program panggilan palsu perlu dihentikan dan digantikan dengan program hiburan lain yang lebih selamat.

Sememangnya stesen radio tempatan gemar menampilkan segmen ‘prank call’ kerana ia dikatakan mampu menaikkan lagi rating. Namun, sejujurnya kadang-kala ada juga lawak yang tidak sensitif dan agak keterlaluan. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Faizal. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto : Khairul Azhar Ahmad

Written by Bella | December 19th, 2017

Segmen panggilan hangit memang cukup sinonim dengan stesen radio popular Hot FM. Malah, ia antara segmen yang mendapat perhatian utama pendengar setiap pagi.

Namun, panggilan hangit yang dibuat oleh stesen radio tersebut terhadap sukarelawan Zairi Zainal yang kini dalam siri jelajah basikal seluruh semenanjung Malaysia secara solo untuk melawat 320 buah masjid dan mengumpul derma untuk mereka yang memerlukan membuatkan netizen merasa berang dan menjadi isu yang sedang viral di media sosial kini.

Hot FM dianggap keterlaluan serta sengaja ingin mempermainkan misi jelajah Zairi apabila berpura-pura mahu menaja misi beliau tetapi ia sebenarnya cuma harapan palsu semata-mata atas tujuan ingin “prank” Zairi.  Susulan daripada isu tersebut, Hot FM tampil dengan kenyataan memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan serta meyinggung perasaan mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Zairi menerusi akaun Facebooknya juga memberitahu beliau sudah memaafkan stesen radio berkenaan dan meminta netizen untuk tidak terus mengecam Hot FM.

Kadang-kadang segmen “prank” ini boleh menghiburkan pendengar tetapi mungkin perlu ada batasnya agar ia tidak membuatkan hati orang lain tersinggung. Apa pula pendapat korang?

Sumber Berita : Hot FM & Facebook Zairi Zainal

Written by serenity | April 21st, 2016

Jika memandu pulang dari tempat kerja, pasti ramai yang berkesempatan mendengar slot Sate di Era yang dikendalikan oleh Shahrol Shiro, Tauke dan Dina Nazir. Slot ini memang diketahui dengan segmen prank-call. Antara yang telah terkena prank-call dari mereka bukan saja artis, malah orang ramai.

Seorang pengguna Facebook bernama Nur Nabilah telah menulis mengenai apa yang dianggapnya prank-call melampau yang dibuat dalam segmen Sate ini pada 17 April lepas.

Menurut Nabilah, prank-call tersebut hampir mencetuskan pergaduhan antara suami isteri.

 photo CgYEOsqVIAERCaH.jpg

Segmen Sate sebelum ini juga pernah menjadi kritikan orang ramai atas sebab yang sama iaitu tidak sensitif dengan situasi mereka yang terkena panggilan tersebut. Sememangnya stesen radio kita amat gemar menampilkan segmen prank-call ini. Ia bukan saja ditampilkan di Era, malah di stesen radio terkenal yang lain.

Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Nur Nabilah, kadangkala ada kandungan yang perlu ditapis oleh penerbit atau diketepikan bagi menjaga sensitiviti mereka yang terlibat. Apa pendapat anda?

Written by serenity | January 19th, 2012

HOT.fm beberapa jam lepas telah mengumumkan yang segmen popular, “Panggilan Hangit” telah diberhentikan secara rasmi hari ini melalui DJ-DJnya. Mereka bagaimanapun enggan menceritakan sebab segmen itu dihentikan. Anda boleh menonton video pengumuman itu di sini:

Cerita tidak rasmi yang berlegar di Internet bagaimanapun ialah program ini dihentikan kerana protes oleh seorang artis veteran kepada ‘orang-orang atasan’ program itu, yang menyebabkan ianya dihentikan. Artis veteran yang dikhabarkan sejak kebelakangan ini agak sensitif dengan ‘gurauan’ telah menerima Panggilan Hangit dari krew HOT.fm dan telah ‘meroyan’ disebabkan panggilan itu. Seperti biasa, ini kisah yang sedang hangat di Internet, anda tidak perlu percaya 100%.

Bagaimana pagi anda tanpa Panggilan Hangit nanti? Adakah anda rasakan wajar program ini dihentikan? Kalau rajin sila nyatakan pendapat anda di ruangan komen.