Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Panggilan Prank Di Radio Tidak Relevan, Terdedah Dengan Risiko Scammer – Faizal Ismail

Berikutan banyak kes penipuan yang berlaku melalui panggilan telefon, bekas penyampai radio popular , Faizal Ismail berpendapat panggilan ‘prank’ ataupun palsu yang dibuat oleh stesen radio sudah tidak relevan lagi. Ia seakan meningkatkan lagi risiko penerima terpedaya dengan ‘scammer’.

Advertisement

Seperti yang berlaku baru-bari ini, ada pengikut di Instagram Faizal telah tertipu dengan taktik penipuan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai rakan penyampai radio itu di Hot FM.

Sejujurnya sewaktu mendapat kiriman mesej tersebut, saya sangat terkejut kerana suspek menggunakan nama saya dan mengaitkan dengan stesen radio Hot FM. Hal seumpama ini pertama kali berlaku dan saya sudah berpesan kepada mangsa bahawa panggilan palsu sebegitu adalah taktik scammer.

Bagi saya program panggilan palsu sudah tidak relevan pada zaman sekarang dan hanya sesuai pada waktu ia mula diperkenalkan sekitar 10 tahun lalu. Berbanding dengan sekarang, kita sangat terdedah dengan risiko kebocoran data peribadi oleh sindiket yang melakukan penipuan.

Contoh sudah ada dan ia berlaku pada saya sendiri. Sebolehnya, program panggilan palsu perlu dihentikan dan digantikan dengan program hiburan lain yang lebih selamat.

Advertisement

Sememangnya stesen radio tempatan gemar menampilkan segmen ‘prank call’ kerana ia dikatakan mampu menaikkan lagi rating. Namun, sejujurnya kadang-kala ada juga lawak yang tidak sensitif dan agak keterlaluan. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Faizal. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto : Khairul Azhar Ahmad

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. Anonymous

    December 7, 2018 at 1:12 am

    Dulu masa mula2 stesen radio buat prank call kat pendengar, x dinafikan mmg terhibur and fun. Cuma yg agak menyentuh sensitiviti pendegar je yg x best dengar. Klu yg lawak tu mmg smp ketawa terbahak2 dlm kereta masa otw nak pi keja. But now mmg agak x sesuai mcm fbi cakap.

  2. Arrrrrrhhhhggg

    December 6, 2018 at 7:17 pm

    Saye x berkenan sgt dgn prank call ni.
    Ade yg keterlaluan sgt sampai menyamar sebagai isteri kedua. Boleh jatuh rumahtangga tu.

    “It’s a prank bro”. Yelah, cuba kita kenakan diorang pulak. Diorang suka tak?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama