January 19th, 2012

HOT.fm beberapa jam lepas telah mengumumkan yang segmen popular, “Panggilan Hangit” telah diberhentikan secara rasmi hari ini melalui DJ-DJnya. Mereka bagaimanapun enggan menceritakan sebab segmen itu dihentikan. Anda boleh menonton video pengumuman itu di sini:

Cerita tidak rasmi yang berlegar di Internet bagaimanapun ialah program ini dihentikan kerana protes oleh seorang artis veteran kepada ‘orang-orang atasan’ program itu, yang menyebabkan ianya dihentikan. Artis veteran yang dikhabarkan sejak kebelakangan ini agak sensitif dengan ‘gurauan’ telah menerima Panggilan Hangit dari krew HOT.fm dan telah ‘meroyan’ disebabkan panggilan itu. Seperti biasa, ini kisah yang sedang hangat di Internet, anda tidak perlu percaya 100%.

Bagaimana pagi anda tanpa Panggilan Hangit nanti? Adakah anda rasakan wajar program ini dihentikan? Kalau rajin sila nyatakan pendapat anda di ruangan komen.


134 responses to “(VIDEO)Segmen “Panggilan Hangit” HOT.fm Dihentikan Selepas 5 Tahun”

  1. gudangpetaidahbangkrap says:

    berikut channel2 yg saya dengar dalam kereta.
    channel 1: Hitz Fm
    channel 2: Mix FM
    channel 3: Red FM
    channel 4: Lights and Easy
    channel 5: Sinar FM

    bukanlah nak pandang rendah dengan channel2 melayu di Malaysia, tapi kebanyakannya, memang hampeh, semak telinga, memperlekehkan orang. baik aku ikut je channel RTM, dengar sikit dj2 RTM tu, takdelah melalak sana sini,. sopan je. baik dengar channel2 omputih atas. improve sikit bahasa english aku.

  2. red.fm says:

    saya suka dengar red.fm,fly fm,sinar fm pon best..
    tapi tak berminat dgn hot fm, nak2 ade usop tu,haizzzzzz nape la pihak pengurusan amek dia? pelik…

Loading...