December 19th, 2017

Segmen panggilan hangit memang cukup sinonim dengan stesen radio popular Hot FM. Malah, ia antara segmen yang mendapat perhatian utama pendengar setiap pagi.

Namun, panggilan hangit yang dibuat oleh stesen radio tersebut terhadap sukarelawan Zairi Zainal yang kini dalam siri jelajah basikal seluruh semenanjung Malaysia secara solo untuk melawat 320 buah masjid dan mengumpul derma untuk mereka yang memerlukan membuatkan netizen merasa berang dan menjadi isu yang sedang viral di media sosial kini.

Hot FM dianggap keterlaluan serta sengaja ingin mempermainkan misi jelajah Zairi apabila berpura-pura mahu menaja misi beliau tetapi ia sebenarnya cuma harapan palsu semata-mata atas tujuan ingin “prank” Zairi.  Susulan daripada isu tersebut, Hot FM tampil dengan kenyataan memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan serta meyinggung perasaan mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Zairi menerusi akaun Facebooknya juga memberitahu beliau sudah memaafkan stesen radio berkenaan dan meminta netizen untuk tidak terus mengecam Hot FM.

Kadang-kadang segmen “prank” ini boleh menghiburkan pendengar tetapi mungkin perlu ada batasnya agar ia tidak membuatkan hati orang lain tersinggung. Apa pula pendapat korang?

Sumber Berita : Hot FM & Facebook Zairi Zainal


Comments are closed.

Loading...