August 8th, 2016

Nampaknya kontroversi pengasingan filem terbaik mengikut bahasa di Festival Filem Malaysia yang ke 28 telah berjaya mencuri perhatian para pemimpin negara. Selepas Afdlin Shauki memaklumkan akan memboikot festival ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan turut sama memberikan pandangannya tentang isu ini. Menurut beliau, di dalam industri kreatif dan perfileman, bahasa tidak boleh menjadi isu kerana ia akan membunuh kreativiti mereka yang terbabit dalam bidang ini.
rahman dahlan

Pendapat ini telah diutarakan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi akaun Instagramnya. Dengan memuatnaik poster Ola Bola dan Jaga, beliau telah menulis:-

Ola Bola & Jagat are epitome of hard work, creativity & passion of Malaysians. To Finas & PFM… Lighten up please! There is no place for language profiling in creative industry. Don’t use it to curtail their creativity. Let them be & see the spark! .

There are many talented BM speaking talents behind the camera, let’s not deny them recognition just because some feel over patriotic about BM! I hope the good people in Finas and PFM will reverse their decision because it seems to me they are killing the very industry they are trying to save. .

I am a big supporter of creative industry including those hard working & talented ppl in the movie industry. They are the faces of the nation!

rahman dahlan

Kalau dialihbahasakan, ia berbunyi lebih kurang begini:-

Ola Bola dan Jagat merupakan lambang kerja keras, kreativiti dan semangat rakyat negara ini dalam menghasilkan filem yang berkualiti tinggi. Kepada Finas dan PFM, bukalah hati anda. Tiada tempat untuk profil bahasa dalam industri kreatif dan jangan gunakan perkara ini untuk menyekat kreativiti mereka. Biarkan mereka dan lihatlah mereka bersinar.

Ada ramai bakat yang berbahasa Melayu di belakang kamera, jangan nafikan hak mereka untuk diiktiraf hanya kerana sebahagian daripada anda terlebih patriotik tentang Bahasa Melayu. Saya berharap orang-orang di dalam Finas dan PFM akan menarik balik keputusan mereka kerana pada saya, keputusan ini seolah-olah membunuh industri yang mereka cuba selamatkan.

Saya penyokong besar industri kreatif termasuk mereka yang bekerja keras dan artis berbakat dalam bidang perfileman. Mereka adalah wajah-wajah negara

rahman dahlan

Secara jujurnya, Abang Nara juga pelik dengan keputusan PFM dan Finas untuk mengasingkan filem terbaik mengikut bahasa. Bagi Abang Nara, asalkan ia diterbitkan dan diarahkan oleh rakyat Malaysia, itu sudah cukup untuk melayakkan mereka bertanding. Tak perlulah nak tengok bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Mentaliti sebegini memang akan merosakkan industri perfileman kita yang tak seberapa. Silap-silap tahun depan langsung semua orang tak nak masuk FFM dan buat festival filem yang lain. Masa itu barulah nak menyesal. Diharap mereka yang terbabit akan segera menarik balik keputusan ini sebelum terlewat.

August 5th, 2016

Senarai penuh calon bagi Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM 28) telah diumumkan dan ia megundang kontroversi apabila kategori utama iaitu Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik dibahagikan kepada dua kategori , Bahasa Malaysia dan Bukan Bahasa Malaysia.

Malah, filem yang mempunyai jalan cerita dan ulasan terbaik iaitu Ola Bola dan Jagat  tidak tercalon dalam kategori Filem Terbaik FFM 28 sebaliknya mewujudkan kategori Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia.

Ia sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati Persatuan Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor yang menganggap pembahagian dua kategori itu sebagai tindakan rasis.

Mengapakah FINAS Malaysia dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mewujudkan kategori yang rasis seperti Filem Bukan Bahasa Melayu?

Dimanakah FINAS Malaysia dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dalam memupuk semangat perpaduan dalam Sinema Malaysia? Dimanakah konsep 1Malaysia yang disarankan oleh kerajaan?

Ini Festival Filem Malaysia, bukan Festival Filem Melayu!

Sebagai penulis lakon layar professional, kami melihat pencalonan FFM makin memalukan Negara tahun demi tahun, dan dengan ini kami memohon agar FINAS Malaysia sebagai pengelola acara ini merombak semula mekanisme pencalonan serta penapisan pemilihan pencalonan untuk acara yang sepatutnya menjadi acara kemuncak industri filem Malaysia.

PENULIS juga juga mempersoal pencalonan filem “Suamiku Encik Perfect 10” dan “Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit” dalam kategori Lakon Layar Terbaik sekaligus membuktikan Festival Filem Malaysia masih berada di takuk lama.

Bukan itu sahaja, beberapa netizen juga turut bersetuju bahawa pencalonan FFM28 kali ini agak “pilih kasih”.

Berikut senarai penuh pencalonan FFM 28:

FILEM TERBAIK FFM28
NOTA
POLIS EVO
MUNAFIK
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
JEJAK WARRIORS

FILEM TERBAIK BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA
OLA BOLA
MARAVAN
JAGAT
HUAT THE FISH
THE KID FROM THE BIG APPLE

PENGARAH TERBAIK FFM28
GHAZ ABU BAKAR / POLIS EVO
SAW TEONG HIN / JEJAK WARRIORS
SHAMYL OTHMAN / REMBAT
SYAMSUL YUSOF / MUNAFIK
WAN HASLIZA WAN ZAINUDDIN / LOVE SUPERMOON

PENGARAH TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA)
CHIU KENG GUAN / OLA BOLA
JESS TEONG / THE KID FROM THE BIG APPLE
PUVANENDRAN SELVARAJA / MARAVAN
SHANJHEY KUMAR PERUMAL / JAGAT
YEE KWAN HUAH & SILVER / HUAT THE FISH

PENGARAH BAHARU TERBAIK
FEROZ KADER / SUAMIKU ENCIK PERFECT 10
PEKIN IBRAHIM / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
SHANJHEY KUMAR PERUMAL / JAGAT
JESS TEONG / THE KID FROM THE BIG APPLE
DAVEN RAGHAVAN / CCTV

PELAKON WANITA TERBAIK
LISA SURIHANI / SUAMIKU ENCIK PERFECT
MAYA KARIN / NOTA
MAYA KARIN / JWANITA
NABILA HUDA / MUNAFIK
NADIYA NISAA / LOVE SUPERMOON

PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK
FALISHA CROSLEY / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
MARIANNE TAN / OLA BOLA
NUR RISTEENA / GIRLFRIEND KONTRAK
RAJA ILYA / SUAMIKU ENCIK PERFECT
ZARA ZYA / REMBAT

PELAKON LELAKI TERBAIK
AARON AZIZ / SUAMIKU ENCIK PERFECT
ANIU / REMBAT
PEKIN IBRAHIM / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
SHAHEIZY SAM / POLIS EVO
ZIZAN RAZAK / POLIS EVO

PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK
ADAM SHAHZ / JUVANA 2 – TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN
CHE AMAR / CHOWRASTA
KEITH FOO / GIRLFRIEND KONTRAK
MAS KHAN / BIASAN
SARAN KUMAR / OLA BOLA

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
ADELINE TSEN / GAMATISME
AMINAH RHAPOR / CHOWRASTA
ANNE NGASRI / LOVE SUPERMOON
CHRISTINA SUZANNE / JWANITA
FAUZIAH DATO’ AHMAD DAUD / LANGIT CINTA

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
RAMLI HASSAN / NOTA
AZAD JAZMIN / GIRLFRIEND KONTRAK
HASNUL RAHMAT / JUVANA 2 – TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN
HUSHAIRI HUSAIN / POLIS EVO
SRI  BALASUBRAMANIAM / OLA BOLA

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
ALIFF FIRDAUS / JEJAK WARRIORS
HARVIND RAJ / JAGAT
RYQAL ISKANDAR / CICAKMAN 3
SHIVATHARAN NAMBIAR / OLA BOLA
TAN QIN LIN / THE KID FROM THE BIG APPLE

CERITA ASAL TERBAIK
OLA BOLA
REMBAT
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
JAGAT
THE KID FROM THE BIG APPLE

LAKON LAYAR TERBAIK FFM28
NOTA
SUAMIKU ENCIK PERFECT
POLIS EVO
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
LOVE SUPERMOON

LAKON LAYAR TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA)
OLA BOLA
THE KID FROM THE BIG APPLE
HUAT THE FISH
MARAVAN
JAGAT

SINEMATOGRAFI  TERBAIK
POLIS EVO
BRAVO 5
MUNAFIK
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
JAGAT

PENYUNTING TERBAIK
OLA BOLA
JAGAT
THE KID FROM THE BIG APPLE
POLIS EVO
MUNAFIK

PENATAAN SENI TERBAIK
JAGAT
BRAVO 5
OLA BOLA
HUAT THE FISH
THE KID FROM THE BIG APPLE

PENATAAN BUNYI TERBAIK
REMBAT
POLIS EVO
MUNAFIK
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
VILLA NABILA

KESAN VISUAL KHAS TERBAIK
KAPSUL
OLA BOLA
MUNAFIK
CICAKMAN 3
THE NOISE

PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK
OLA BOLA
CICAKMAN 3
BRAVO 5
THE KID FROM THE BIG APPLE
POLIS EVO

SKOR MUZIK ASAL TERBAIK
CHOWRASTA
JWANITA
PILOT CAFÉ
OLA BOLA
MUNAFIK

LAGU TEMA ASAL TERBAIK
NUR ZAIDI ABD RAHMAN – LANGIT CINTA (DAYANG NURFAIZAH)
SYAMSUL YUSOF – KALAH DALAM MENANG (SYAMSUL YUSOF & MAWI)
EDRY ABDUL HALIM – ADIWIRA (ZIZAN RAZAK & KRU)
NUR ZAIDI ABD RAHMAN – UNTUK CINTA (DAYANG NURFAIZAH)
ZEE AVI & RENDRSA ZAWAWI – ARENA CAHAYA (ZEE AVI)

Sumber Berita : Facebook Alfie Penulis

February 2nd, 2016

Mula ditayangkan pada 28 Januari lepas di 126 buah pawagam seluruh Malaysia dan juga Brunei, filem OlaBola yang mengimbau kembali kegemilangan sukan bola sepak Malaysia, telah berjaya mencatat kutipan RM 2.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, OlaBola mendapat sokongan yang baik dan menyentuh hati setiap lapisan masyarakat. Ia juga viral di media sosial dan trending di Twitter sebanyak enam kali.

Filem fiksyen OlaBola bukan hanya memaparkan sukan bola sepak sahaja, tetapi ia menonjolkan semangat dan perpaduan yang ada di Malaysia. Filem ini juga memiliki jalan cerita yang sesuai ditonton oleh semua lapisan rakyat di mana peminat sukan bola sepak boleh menikmati aksi bola sepak dan semangat berpasukan, manakala penonton yang meminati aksi komedi pasti akan terhibur dengan gelagat lucu yang ditampilkan.

Berlatarkan penghujung era 1970-an, filem Ola Bola berdurasi 1 jam 51 minit ini diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Woohoo Pictures.

Ia diilhamkan daripada kisah benar dan menceritakan mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekali gus muncul wira negara.

Filem ini juga dibintangi aktor hebat Bront Palarae dan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 27(FFM), Frankie Lee turut ditampilkan di dalam filem ini.

Selain itu, ia turut mempertaruhkan barisan bakat baharu seperti Muhd Luqman Hafidz, Chee Jun Cherng dan Low Sin Mun.

Siapa yang belum tonton filem OlaBola memang rugi, bukan apa filem ini mempunyai daya penarik tersendiri dan tidak mempunyai jalan cerita yang cliche. Sekali sekala kita sokong filem tempatan apa salahnya bukan?

June 20th, 2014

Walaupun Malaysia tidak memasuki Piala Dunia 2014, Abang Nara dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk meraikan acara sukan paling besar di dunia ini. Pasukan kegemaran Abang Nara tak lain tak bukan ialah Brazil. Kemenangan pada perlawanan pertama telah mencerahkan peluang Brazil untuk layak ke pusingan seterusnya. Jadi apabila mendapat jemput ke #OlaBola World Cup Party anjuran Astro .Abang Nara dengan bangganya pergi ke sana dengan memakai jersi Brazil.

ola bola astro

Dengan kehadiran puluhan bloggers di Stadium Astro #OlaBola World Cup Party di Hongdaemun Café, One City Subang Jaya, memang terasa sangat kemeriahan Piala Dunia 2014. Masing-masing hadir memakai jersi pasukan negara kegemaran. Ada yang German, ada Spain, ada Netherlands dan banyak lagi. Dihoskan oleh Jun serta Reuben dari AstroSuperSport, banyak aktiviti menarik yang telah kami lakukan untuk menambahkan lagi keseronokan dan kemeriahan Piala Dunia 2014. Sambil bergembira, sambil dapat peluang bawa balik hadiah. Tak gitu?

ola bola astro

Menariknya kesemua aktiviti yang dianjurkan menggunakan applikasi khas Astro sempena Piala Dunia 2014. Ada 4 applikasi kesemuanya iaitu Astro Go 2014 Fifa World Cup, Astro On The Go , Ola Bola Football Predictor dan Stadium Astro. Abang Nara sempat mencuba Ola Bola Football Predictor. Menarik juga applikasi ini. Katakan kita sedang menonton perlawanan Spain menentang Netherland secara ‘live’, kita boleh meneka keputusan akhir perlawanan tersebut, pasukan mana yang akan menjaringkan gol terlebih dahulu, pasukan mana dapat kad kuning dan macam-macam lagi. Paling best ialah applikasi Ola Bola Football Predictor ini berfungsi ‘real time’. Contoh ketika sepakan sudut, anda akan ditanya apa yang akan terjadi kepada sepakan sudut tersebut. Gol ke, keeper akan selamatkan ke, tendangan melencong jauh ke. Setiap tekaan yang betul akan mendapat markah. Pemenang dengan markah tertinggi selepas tamatnya Piala Dunia 2014 akan membawa pulang sebuah meja Foosball. Menarik bukan?

ola bola astro

Bagi peminat bola sepak tegar yang mahu mendapatkan ulasan, keputusan terkini dan juga video highlight, applikasi Astro Go 2014 Fifa World Cup adalah yang terbaik untuk anda. Kalau ada football pass, boleh tengok kesemua 64 perlawanan di dalam applikasi ini. Pagi-pagi kalau tak tengok perlawanan, perkara pertama yang Abang Nara akan buat ialah buka applikasi ini untuk mengetahui keputusan perlawanan. Paling best boleh tengok highlight perlawanan tersebut. Kalau rasa nak tengok ‘full game’ pun boleh kerana ada fungsi ‘match replay’. Banyak lagilah ciri-ciri ‘super best’ applikasi ini. Pada pendapat Abang Nara, boleh dikatakan ini ialah applikasi terbaik untuk Piala Dunia 2014. Semua benda ada di dalamnya.

ola bola astro

Berbalik kepada #Ola Bola World Cup Party yang Abang Nara hadiri, kesemua blogger yang hadir dibahagikan kepada kumpulan untuk menjayakan beberapa aktiviti bagi memeriahkan lagi suasana. Antara aktiviti kegemaran Abang Nara ialah menendang bola untuk mendapatkan langganan siaran Piala Dunia 2014 secara percuma dari Astro On The Go. Nampak macam senang, tapi susah jugak rupanya. Selaku lelaki macho takkanlah Abang Nara nak tendang slow-slow dan sekadar dapat ’30 Free Matches Live’. Sasaran Abang Nara sudah tentu yang ’64 Matches Live’. Namun susah sebenarnya nak tendang tepat ke sasaran. Memang ke laut jugak tendangan Abang Nara. Heheh.

ola bola astro

Selain itu kesemua blogger diberikan cabaran berdasarkan 4 applikasi khas Piala Dunia 2014 Astro. Menarik-menarik juga cabaran yang diberikan. Salah satunya ialah menggunakan applikasi Whose Side Will You Take di laman olabola.my untuk memilih pasukan pilihan. Rupa-rupanya di dalam applikasi ini gambar wajah kita boleh di’edit’ untuk diletakkan bendera pasukan pilihan. Menarik juga aksi-aksi para blogger mengambil gambar ‘selfie’. Sempatlah Abang Nara rakamkan gaya-gaya macho, comel dan cute mereka ini. Hehehe.

ola bola astro

Sedikit makluman untuk mereka yang tiada Astro di rumah, anda masih berpeluang untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2014 hanya dengan memuat turun applikasi Astro On The Go. Daripada 64 perlawanan, 30 perlawanan boleh ditonton secara PERCUMA untuk kesemua rakyat Malaysia. Kalau terasa nak tengok perlawanan yang tak ditawarkan secara percuma, anda masih boleh berbuat demikian dengan hanya membayar RM6 untuk setiap perlawanan. Mudah kan? Jadi walaupun tak ada Astro, masih boleh layan bola dengan applikasi Astro On The Go ini. Ini semua Abang Nara tahu selepas mendengar penerangan daripada rakan-rakan blogger yang khusyuk mencuba applikasi ini di #OlaBola World Cup Party.

Whose Side Will You Take? Abang Nara Team Brazil!

Memang bahang Piala Dunia 2014 semakin hangat dirasai selepas Abang Nara menghadiri Stadium Astro #Ola Bola World Cup Party ini. Kawan-kawan blogger yang menang hadiah tentulah lagi gembira dan seronok di malam tersebut. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua para pemenang. Abang Nara sangat gembira kerana dapat tahu lebih lanjut mengenai 4 applikasi Piala Dunia 2014 oleh Astro ini. Memang sangat-sangat memudahkan peminat tegar bola sepak macam Abang Nara ini. Terbaik!!

ola bola astro

Jadi korang tunggu apa lagi? Muat turun applikasi iaitu Ola Bola Football Predictor, Stadium Astro, Astro Go Fifa 2014 World Cup dan Astro On The Go sekarang juga di Google Store dan Apple PlayStore untuk anda menikmati keseronokan dan kemeriahan Piala Dunia 2014.