Bangkitkan Semangat Patriotik Dengan 10 Filem Tempatan Ini

Hiburan

Bangkitkan Semangat Patriotik Dengan 10 Filem Tempatan Ini

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-64 ini, imbas kembali pelbagai naskhah patriotik yang pastinya akan membakar semangat anda. Bukan sahaja yang lama, malah filem baru pun ada.

1. Bukit Kepong

bukit kepong

Advertisement

Naskhah yang ditayangkan pada 1981 ini membawa kisah perjuangan pihak polis bagi menentang komunis selain menceritakan kisah benar yang berlaku pada 1950. Ianya dibintangi oleh Tan Sri Jins Shamsudin, Allahyarham Hussein Abu Hassan, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.

2. Leftenan Adnan

leftenan adnan

Menampilkan figura sebenar Leftenan Adnan Saidi sebagai cerita utama filem ini, ianya membawa cerita pada ketika Perang Dunia Kedua. Naskhah hebat ini dibarisi pelakon berbakat seperti Hairie Othman, Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli dan ramai lagi.

3. Paloh

paloh

Ianya menceritakan kesusahan penduduk daerah Paloh, Johor semasa berlakunya pertempuran di antara pihak tentera Jepun dan Parti Komunis Malaya. Naskhah ini dibintangi oleh Janet Khoo, Nam Ron, Ellie Suriaty dan ramai lagi.

4. 1957: Hati Malaya

1957 hati malaya

Diarahkan oleh Datin Paduka Suhaimi Baba, ianya membawa kisah sekumpulan anak muda tempatan yang mahu menghasilkan buku gambar bertajuk ‘1957 – Hati Malaya’. Ianya turut menceritakan kisah benar mengenai perjuangan bagi menggapai kebebasan. Filem ini dilakonkan oleh Maya Karin, Rusdi Ramli, Sharifah Amani, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi.

5. Tanda Putera

tanda putera

Filem ini menekankan hubungan persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail yang terjalin dek peristiwa 13 Mei 1969. Turut diarahkan oleh pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba, ianya dibarisi pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim dan ramai lagi.

6. Embun

embun

Berlatar belakangkan ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu, ianya menceritakan mengenai Embun iaitu seorang wanita Melayu yang mempunyai semangat pembebasan dan daya juang yang tinggi. Filem ini dibintangi oleh Umie Aida, Aqasha dan Hani Mohsin.

7. Bravo 5

bravo 5

Membawa penonton kembali ke tahun 1989, ianya mengisahkan lima anggota Komando (Rejimen Gerak Khas yang bertugas menjejaki kedudukan gerila komunis yang dalam persiapan untuk menawan kawasan strategik di Semenanjung Malaysia. Naskhah ini dibarisi oleh pelakon seperti  Beto Kusyairy, Remy Ishak, Soffi Jikan dan ramai lagi.

8. Rise: Ini Kalilah

rise ini kalilah

Diinspirasikan daripada Pilihan Raya ke-14, filem ini memaparkan kesusahan yang dihadapi oleh 6 individu berbeza sebelum sampai ke hari bersejarah itu. Penuh semangat, ianya dibintangi oleh Mira Filzah, Remy Ishak, Jack Tan dan ramai lagi.

9. Ola Bola

ola bola

Meskipun bukan berunsurkan politik, filem ini nyata membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia apabila mereka memberikan sokongan padu semasa pasukan bola negara berlawan bagi mendapatkan tempat di Sukan Olimpik 1980. Filem ini dibarisi oleh pelakon seperti JC Chee, Muhd Luqman Hafidz, Sarankumar a/l Manokaran, Bront Palarae dan ramai lagi.

10. Paskal

paskal

Merupakan pasukan elit dalam Tentera Laut Diraja Malaysia, PASKAL (Pasukan Laut Khas) melalui saat genting apabila mereka dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011. Filem ini dilakonkan oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii dan lain-lain.

Nak tahu siapa yang bakal menemani anda bagi menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 ini, jom layan kuiz ini!

Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-64
3 years ago

KUIZ: Selebriti Yang Akan Menemani Anda Pada Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-64 Secara 'Virtual'

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...