Written by AbangNara | October 23rd, 2015

Argh!!! Romantik juga Nora Danish ini rupanya. Abang Nara pasti ramai jejaka di luar sana yang kecewa apabila membaca kenyataan terbaru pelakon comel ini. Umum mengetahui yang Nora Danish sudah pun berpisah dengan Nedim Nazri. Namun baru-baru ini mereka berdua telah bertemu kembali di Bali kerana menyambut hari  jadi rakan mereka. Ketika pertemuan tersebut, ada sesuatu yang telah Nora Danish rasai. Jeng, jeng, jeng.

nora danish

Mengakui ada yang cuba mengorat dirinya, Nora Danish memaklumkan yang hatinya tidak terbuka untuk lelaki lain. Kata Nora:-

Saya dengan Nedim telah bercinta selama tiga tahun, satu tempoh lama dan ia sebuah hubungan yang cukup manis. Kami berpisah bukan untuk mencari pengganti, itu sahaja yang boleh saya katakan.

Sudah dua bulan lebih saya solo sebelum kembali bertemu Nedim di Bali. Memang, ada yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan saya, tetapi saya tidak terbuka hati untuk lelaki lain. Apabila bertemu semula dengan Nedim di Bali barulah saya tahu, hati saya hanya untuk dia.

Saya dengan dia sudah sepakat untuk kekal bersahabat baik dan jika hubungan kami menuju ke pintu perkahwinan, kami tidak menolak. Tambahan pula, punca permasalahan yang menjadi faktor perpisahan sementara kami baru-baru ini sudah hampir selesai.

nora nedim

Hati saya hanya untuk dia“. Fuh!!! Bayangkan kalau Nora Danish meluahkan kata-kata itu kepada anda. Pasti berbunga-bunga dibuatnya. Untunglah Nedim kerana ada seorang wanita cantik seperti Nora Danish yang setia menantinya. Semoga perhubungan ini tidak disia-siakan. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Nora dan Nedim. Tak sabar nak melihat mereka bersanding di atas pelamin. Sumber Kosmo.

garcia kitchen

lazat yang amat sandwich Garsa Kitchen nie

P.S: Semalam wife Abang Nara order sandwich daripada Garsa Kitchen. Pagi nie kitaorang sarapan makan sandwich nie. Memang sedap sangat-sangat. Yang penting, isi dalam sandwich (homemade) nie memang banyak. Tak kedekut. Boleh buat penghantaran ke rumah dan juga ofis. Sandwich ini hanya akan dibuat bila ada order so memang fresh. Sekali cuba, memang confirm order lagi. Sila buat pesanan hari ini  juga dengan menelefon/Whatsapp 011-3291 6119. Boleh juga follow Instagram @garsa.kitchen dan LIKE Facebook Garsa Kitchen.

Written by AbangNara | June 1st, 2015

So sweet!!! Romantiknyaa. Pergh!!! Kalau Abang Nara jadi Nora Danish, memang terharu sangat-sangat. Confirm mengalir air mata. Selepas desas-desus kononnya Nedim kini dilantik oleh Nora Danish sebagai pengurusnya dinafikan, teman lelaki pelakon comel ini telah memuatnaik satu gambar di Instagram dengan caption yang begitu power!!!.

\nedim

Tulis Nedim:-

Missing my Boss ????..Eh , I mean my love???? .. I don’t care what they want to label me , as long as whatever I do for you and with you makes us happy ! Oh yes bayaran saya utk menjaga Dia ialah Kasih Sayang that she gives me ?? .. Love u baby boo @noradanish . #NedNora #SIFM #theyCantaffordmyServicebutYouCan ???? P/S – don’t hate if you partner ain’t gentleman enough to send you to work ,pick you up from work and make sure you have all your needs .. It’s called being a boyfriend that truly cares ! … I know men of this kind is near extinction ,lucky Nora I guess ????

\nedim

Bak kata Nedim, sememangnya lelaki sebegini sudah jarang wujud di dunia ini. Memang Nora Danish beruntung mendapat teman lelaki yang begitu menjaga dirinya. Abang Nara paling suka part ‘bayaran saya ialah kasih sayang’. Memang sweet sangat-sangat. Nak guna ayat itu untuk wife tercinta nanti. Semoga percintaan Nedim dan Nora akan terus bertahan walaupun pelbagai rintangan melanda. Sama-sama kita doakan.
\nedim

P.S: Tengok tue betapa flawlessnya kulit apabila menggunakan Ridzskin Expert Whitening Foundation. Wajah anda yang dah cantik bertambah-tambah cantik. Paling best efeknya tahan berjam-jam lama. Guna sekali je terus kekal cantik seharian. Kulit makin mulus, gebu dan berseri-seri. Banyak lagi testimonial dan gambar mereka yang telah berpuas hati dengan produk ini di Facebook Ridzskin Official atau di Instagram Ridzskin.

Written by AbangNara | July 25th, 2014

Ya jujur Abang Nara memang kesian kepada Nora Danish dan Nedim Nazri. Buat apa-apa pun ada je yang salah di mata para peminat. Entah apa dosa mereka berdua. Abang Nara rasa orang yang asyik cari kesalahan pasangan romantis ini sebenarnya hati busuk. Tak senang hati lihat kebahagiaan yang sedang dikecapi mereka berdua. Sedih sangat bila pakai topeng ketika di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) pun boleh dijadikan isu.

nora dan nedim

Abang Nara pertama kali tengok gambar di atas pun dah tau kenapa Nora dan Nedim pakai topeng. Ramai gila kot orang kat Jalan TAR tue. Kuman confirm banyak. Udara pun pasti tak bersih sangat. Sekurang-kurangnya dengan memakai topeng, dapatlah dikurangkan sedikit risiko penyakit berjangkit. Tak adalah masa Hari Raya nanti sakit-sakit atau demam-demam.

nora dan nedim

Peliknya ada yang menuduh Nedim dan Nora memakai topeng untuk menyorokkan atau menyembunyikan identiti diri agar tidak diserbu peminat di Jalan TAR. Ish,ish, ish. Macam tak masuk akal tuduhan tersebut. Itu yang panjang lebar Nedim terangkan sebab sebenar dia dan Nora memakai topeng. Semuanya adalah kerana faktor kesihatan.

nora dan nedim

Rasaya Nora dan Nedim ini dah sampai tahap ada ‘haters’ yang akan membenci, mengkritik dan memandang negatif apa sahaja perkara yang mereka lakukan. Tak kiralah benda baik ke, benda jahat ke, semua akan dikutuk. Diharap Nora dan Nedim bersabar. Anggap je ini dugaan menjadi orang popular. Jangan dilayan sangat orang-orang sebegini. Tak gitu?

P.S: Keluarkan 232 batang gigi daripada mulut seorang remaja

Written by AbangNara | July 9th, 2014

Bercinta sememangnya mengasyikkan. Teringat zaman Abang Nara bercinta dengan wife dulu. Bila terkentut masing-masing boleh bergelak ketawa dan buat-buat tak bau kebusukkan. Sekarang ini kalau terkentut memang direct je cakap ‘oi busuk‘. Hehehe. Lebih mesra dan lebih sempoi sejak dah berkahwin. Masa bercinta korek hidung pun nampak cute lagi. Agaknya itulah yang sedang dialami oleh Nora Danish dan Nedim Nazri.

nora danish dan nedim

Rasanya sudah agak lama juga Nora Danish dan Nedim Nazri bercinta. Kini mereka sudah tiba ke fasa saling menerima perangai buruk masing-masing. Tertanya-tanya juga apa perangai buruk Nora Danish. Kalau setakat korek hidung dan kesat di seluar jeans, Abang Nara masih redha menerima seadanya. Hehehe. Kata Nora Danish menerusi MalaysianDigest:-

Saya dan Nedim sekarang, kami sama-sama sedang menerima dan menyayangi perangai buruk masing-masing. Sebab tak cukup dengan hanya sifat yang baik-baik saja, kami juga perlu tahu dan terima apa yang buruk.

Dia kena terima perangai buruk saya dan saya pun sedang menerima perangai buruk dia. Dari situlah ikatan kami boleh semakin kukuh. InsyaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan jodoh kami.

Tidak… tak ada buat apa-apa persiapan pun. Jangan percaya dengan tulisan di blog-blog berkenaan. Kalau sampai jodoh saya nanti, sebolehnya saya nak buat majlis yang ringkas.

Kami masing-masing dah pernah berkahwin, jadi rasanya tak perlu terlalu membuat persiapan yang beria-ria. Kalau ada pun persiapan, hanyalah setakat tempah baju. Tapi buat masa ini tak ada apa-apa tempahan.

Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga Nedim sangat sporting. Mereka pun tak ada desak-desak kami untuk cepat-cepat kahwin

nora danish dan nedim

Nora Danish dan keluarga mungkin boleh bersabar dan tak tergesa-gesa nak kahwin, tetapi kami si peminat ini tak sabar nak tengok Nora dan Nedim atas pelamin. Dah terbayang-bayang dah betapa comelnya Nora memakai baju pengantin. Lagipun dengar cerita Nora mahukan anak perempuan kalau berkahwin sekali lagi. Inilah masa yang paling sesuai. Tengah muda lagilah kena berusaha sebaik, sekerap dan sejujur mungkin. Sila kahwin cepat-cepat!!!