Hati Saya Hanya Untuk Nedim – Nora Danish

Hiburan

Hati Saya Hanya Untuk Nedim – Nora Danish

Argh!!! Romantik juga Nora Danish ini rupanya. Abang Nara pasti ramai jejaka di luar sana yang kecewa apabila membaca kenyataan terbaru pelakon comel ini. Umum mengetahui yang Nora Danish sudah pun berpisah dengan Nedim Nazri. Namun baru-baru ini mereka berdua telah bertemu kembali di Bali kerana menyambut hari  jadi rakan mereka. Ketika pertemuan tersebut, ada sesuatu yang telah Nora Danish rasai. Jeng, jeng, jeng.

nora danish

Advertisement

Mengakui ada yang cuba mengorat dirinya, Nora Danish memaklumkan yang hatinya tidak terbuka untuk lelaki lain. Kata Nora:-

Saya dengan Nedim telah bercinta selama tiga tahun, satu tempoh lama dan ia sebuah hubungan yang cukup manis. Kami berpisah bukan untuk mencari pengganti, itu sahaja yang boleh saya katakan.

Sudah dua bulan lebih saya solo sebelum kembali bertemu Nedim di Bali. Memang, ada yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan saya, tetapi saya tidak terbuka hati untuk lelaki lain. Apabila bertemu semula dengan Nedim di Bali barulah saya tahu, hati saya hanya untuk dia.

Saya dengan dia sudah sepakat untuk kekal bersahabat baik dan jika hubungan kami menuju ke pintu perkahwinan, kami tidak menolak. Tambahan pula, punca permasalahan yang menjadi faktor perpisahan sementara kami baru-baru ini sudah hampir selesai.

nora nedim

Hati saya hanya untuk dia“. Fuh!!! Bayangkan kalau Nora Danish meluahkan kata-kata itu kepada anda. Pasti berbunga-bunga dibuatnya. Untunglah Nedim kerana ada seorang wanita cantik seperti Nora Danish yang setia menantinya. Semoga perhubungan ini tidak disia-siakan. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Nora dan Nedim. Tak sabar nak melihat mereka bersanding di atas pelamin. Sumber Kosmo.

garcia kitchen

lazat yang amat sandwich Garsa Kitchen nie

P.S: Semalam wife Abang Nara order sandwich daripada Garsa Kitchen. Pagi nie kitaorang sarapan makan sandwich nie. Memang sedap sangat-sangat. Yang penting, isi dalam sandwich (homemade) nie memang banyak. Tak kedekut. Boleh buat penghantaran ke rumah dan juga ofis. Sandwich ini hanya akan dibuat bila ada order so memang fresh. Sekali cuba, memang confirm order lagi. Sila buat pesanan hari ini  juga dengan menelefon/Whatsapp 011-3291 6119. Boleh juga follow Instagram @garsa.kitchen dan LIKE Facebook Garsa Kitchen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...