July 25th, 2014

Ya jujur Abang Nara memang kesian kepada Nora Danish dan Nedim Nazri. Buat apa-apa pun ada je yang salah di mata para peminat. Entah apa dosa mereka berdua. Abang Nara rasa orang yang asyik cari kesalahan pasangan romantis ini sebenarnya hati busuk. Tak senang hati lihat kebahagiaan yang sedang dikecapi mereka berdua. Sedih sangat bila pakai topeng ketika di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) pun boleh dijadikan isu.

nora dan nedim

Abang Nara pertama kali tengok gambar di atas pun dah tau kenapa Nora dan Nedim pakai topeng. Ramai gila kot orang kat Jalan TAR tue. Kuman confirm banyak. Udara pun pasti tak bersih sangat. Sekurang-kurangnya dengan memakai topeng, dapatlah dikurangkan sedikit risiko penyakit berjangkit. Tak adalah masa Hari Raya nanti sakit-sakit atau demam-demam.

nora dan nedim

Peliknya ada yang menuduh Nedim dan Nora memakai topeng untuk menyorokkan atau menyembunyikan identiti diri agar tidak diserbu peminat di Jalan TAR. Ish,ish, ish. Macam tak masuk akal tuduhan tersebut. Itu yang panjang lebar Nedim terangkan sebab sebenar dia dan Nora memakai topeng. Semuanya adalah kerana faktor kesihatan.

nora dan nedim

Rasaya Nora dan Nedim ini dah sampai tahap ada ‘haters’ yang akan membenci, mengkritik dan memandang negatif apa sahaja perkara yang mereka lakukan. Tak kiralah benda baik ke, benda jahat ke, semua akan dikutuk. Diharap Nora dan Nedim bersabar. Anggap je ini dugaan menjadi orang popular. Jangan dilayan sangat orang-orang sebegini. Tak gitu?

P.S: Keluarkan 232 batang gigi daripada mulut seorang remaja


Comments are closed.

Loading...