February 21st, 2017

Siapa sangka buku yang dikecam,dikritik dan dihimpit kontroversi kerana dikatakan tidak mempunyai sebarang makna oleh netizen iaitu 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin kini sudah memasuki carta “best seller”.

Menurut Fattah, sejak bukunya menjadi perbualan hangat di media sosial, jualan secara didalam talian meningkat secara mendadak. Malah, pihak MPH Book Store sudah memohon tempahan kedua buku berkenaan.

Untuk cetakan pertama pihak penerbit mengeluarkan 5,000 salinan dan Alhamdulillah setakat ini jualan sangat memberangsangkan walaupun ia dikritik hebat.

Malah pihak MPH Book Store juga membuat tempahan baru buku itu kerana mendapat permintaan tinggi selain ia diletakkan di carta “best seller”.

Antara kata-kata yang menjadi viral dan ejekkan pengguna media sosial ialah “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking Valet. Ternyata kini telah termakbul hahh…. kelakar kan.”

Namun, segala kata-kata negatif yang dilemparkan sedikit pun tidak mematahkan semangat Fattah. Pada saya… dalam perniagaan biasalah pasti akan ada yang tidak suka dengan produk dihasilkan dan sebaliknya.

Alhamdulillah jumlah yang memberi maklum balas positif lebih banyak daripada yang mengkritik saya.

Mengulas mengenai kekeliruan berhubung harga sebenar buku itu sehingga dikatakan terlalu mahal, Fattah berkata ia dijual pada harga RM50 senaskhah sekiranya dibeli di kedai dan bagi pembelian secara dalam talian pula dikenakan sebanyak RM58 termasuk harga pos.

Walaubagaimanapun, untuk pembeli di Sabah dan Sarawak pula buku itu dijual pada harga RM53 jika dibeli di kedai manakala secara pos pula dikenakan sebanyak RM65. Fattah turut menyertakan cd single terbarunya, Wanita Terakhir dengan setiap pembelian buku tersebut.

Sumber Berita : mStar Online

February 16th, 2017

Disebalik segala kritikan dan kontroversi buku Fattah Amin iaitu 99 Kata-Kata Fattah Amin, ia sebenarnya membuatkan naskah itu lebih popular.

Menurut pemilik syarikat terbitan, Idea Kreatif Publication, Zunainah Zakaria, cetakan pertama buku Fattah dicetak sebanyak 5,000 naskah dan ia menerima sambutan yang menggalakkan dan laris terjual.

Setakat ini saya difahamkan jualan sangat laris dan menggalakkan. Untuk cetakan pertama kami mengeluarkan sebanyak 5,000 naskhah. Jika sambutan menggalakkan ini berterusan, kami mungkin akan mengulang cetak dalam jumlah yang sama bagi memenuhi permintaan.

Sudah lama mengenali Fattah, Zunainah memberitahu Fattah sendiri yang mendekati pihak penerbitan untuk menghasilkan sebuah buku yang boleh dijadikan koleksi buat peminatnya.

Sebenarnya, saya memang dah kenal lama dengan Fattah. Setiap kali saya lancar novel memang saya akan jemput Fattah rasmikan, sebelum dia popular lagi memang saya support (menyokong) dia. Idea buku itu dia bincang dengan saya penghujung tahun lepas tapi artwork semua dari pihak dia, ayat tu memang ayat dia.

Bila saya baca buku tu, saya akui memang ayat-ayatnya tak sempurna tapi saya berbincang dengan pihak pengurusan dia (Fattah), kalau kita edit bagi ayat yang sempurna itu nanti tidak jadi kata-kata Fattah Amin. Sebab dia bukan pakar motivasi, dia juga bukan orang yang pakar dalam bidang penulisan, itu bukan Fattah Amin.

Berbicara mengenai harga buku tersebut yang dikatakan agak mahal, Zunainah menjelaskan harga tersebut adalah berpatutan dengan kualiti kertas dan warna yang digunakan.

Sumber Berita : MYNEWSHUB

February 15th, 2017

Isu buku Fattah Amin cukup hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini, ia juga turut mendapat perhatian selebriti Hafiz Hamidun yang berpendapat segala kecaman dan kritikan mengenai buku 99 Kata-Kata Fattah Amin, hanya akan mempopularkan dan melariskan buku berkenaan.

Hafiz juga sebelum ini pernah menjadi mangsa kecaman netizen yang mendakwa bukunya, Cerita Hati Hafiz Hamidun penuh dengan foto selfie. Namun, Hafiz akui bukunya itu laris selepas menjadi viral.

Fattah tidak buat salah dan itu hak dia untuk hasilkan buku dan saya percaya dia juga menerima permintaan daripada pihak penerbit.

Kalau enggan beli, tidak perlu kecam kerana kadang-kadang mereka kecam tanpa asas yang kukuh. Ia sebaliknya menjadikan buku itu menjadi viral.

Dulu buku saya orang kecam dan kata penuh dengan selfie, tapi sebenarnya hanya lima helai selfie daripada 200 helai keseluruhan buku berkenaan.

Berbicara mengenai harga buku Fattah yang agak mahal harganya, Hafiz memberitahu Fattah sepatutnya membuat kajian tentang harganya dan adakah ia mampu dibeli oleh peminatnya.

Fattah seharusnya buat kajian tentang harga dan golongan peminat dia sama ada mampu beli atau tidak. Orang akan marah jika ia terlalu mahal.

Tidak dinafikan, memang perkara yang viral akan laris dalam sekelip mata. Soal harga, meskipun Fattah memberitahu ia sesuai dengan kualiti kertas dan grafik yang tinggi, ia tetap berbalik kepada  kemampuan peminatnya untuk membeli buku terbitannya itu. Iyalah, zaman sekarang kalau mahal sikit memang fikir dua kali hendak beli kerana keadaan ekonomi yang agak teruk.

Sumber Berita : mStar Online

February 14th, 2017

Sejak dilancarkan beberapa hari lepas, buku 99 Kata-Kata #Qalifmoden Fattah Amin menerima kritikan dan kecaman daripada netizen sehingga ia menjadi viral di media sosial. Mereka mengatakan buku Fattah itu agak mahal harganya selain penuh dengan foto selfie serta ayat-ayat yang entah apa-apa.

Ada juga yang berpendapat apakah sumbangan Fattah terhadap industri hiburan tanah air sehingga beliau boleh menghasilkan buku yang dikatakan untuk memberi inspirasi kepada peminat.

Berbicara mengenai isu tersebut, Fattah memberitu netizen hanya menilai kata-katanya sahaja dan tidak berfikir akan maksud tersiratnya.

Mereka hanya membaca tanpa berfikir maksud tersirat. Setiap kata-kata dalam buku itu berkaitan dengan kehidupan saya yang asalnya bukan sesiapa. Bak kata pepatah Inggeris, ‘from zero to hero’.

Menurut Fattah, tujuannya menerbitkan buku itu ialah kerana ingin berkongsi tips, kata-kata positif, nasihat dan impian untuk beliau terus belajar menjadi insan yang sempurna dan berguna.

Selain itu, saya juga mahu memberi inspirasi terutama kepada adik-adik kecil untuk membesar dengan baik dan meletakkan impian dan strategi untuk berjaya dalam hidup.

Antara kata-kata yang menjadi viral dan dikecam ialah “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking valet. Ternyata kini telah termakbul hahaa…kelakar kan.” Fattah memberitahu apa yang beliau cuba sampaikan ialah dulu beliau hanya seorang remaja biasa yang mempunyai impian.

Dulu saya selalu ke KLCC menaiki motosikal. Apabila melihat orang lain membawa kereta dan parkir di valet, saya juga menyimpan impian itu kerana tidak semua orang mampu. Jadi, mesej yang cuba disampaikan adalah saya sebenarnya kena berusaha lebih untuk menjadi orang yang hebat. Impian lalu adalah sumber inspirasi kepada saya.

Begitu rupanya niat Fattah,emm pada kami setiap orang mempunyai pandangan berbeza didalam isu ini. Sebenarnya tiada isu besar, jika anda rasa berbaloi untuk beli ataupun sebaliknya terpulang pada anda.

Sumber Berita : Harian Metro