March 7th, 2018

Gara-gara terlalu marah dan kecewa dengan isu panas Neelofa melancarkan koleksi tudung terbarunya di kelab malam, seorang individu bertindak untuk membakar setiap tudung Neelofa yang beliau miliki.

Aksi tersebut menjadi viral kerana ia disiarkan secara live di akaun Facebook miliknya.

Saya sangat kecewa dengan kamu, Lofa. Ini bukti saya bukan beli dari pasar borong ke, pasar malam sekalipun. Paper bag  pun saya simpan lagi Lofa, resit pun ada tapi dah kabur, anak tudung pun ada. Ini yang saya selalu pakai Lofa, saya suka sangat yang ini.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh individu tersebut dikecam oleh netizen yang menganggap perbuatan itu sia-sia sahaja dan membazir. Neelofa tidak mengalami sebarang kerugian.

Tidak mahu terus berdiam diri, beliau tampil membuat penjelasan atas tindakannya itu. Katanya, beliau tidak mahu terus membawa nama “Neelofa” pada tudung tersebut ke merata tempat.

Sejujurnya tindakan wanita ini memang diluar jangkaan. Memang marah betul beliau dan nekad untuk tidak lagi menggunakan tudung Naelofar Hijab. Apa pula pendapat korang?

March 6th, 2018

Meskipun dihimpit dengan kontroversi panas baru-baru ini, Neelofa nampaknya masih lagi kekal sebagai ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW2018) yang diterima oleh beliau pada Januari lepas.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu kenyataan sekaligus menafikan khabar angin kononnya namanya sudah digugurkan berikutan isu pelancaran tudungnya di kelab malam seperti yang dilaporkan oleh sebuah blog sebelum ini.

Pihak kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih Neelofa sebelum ini dan percaya ia dapat memberi insipirasi kepada wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Kementerian melihat dari sudut yang positif apa yang akan disumbangkan oleh beliau untuk memperkasakan wanita.

Terdahulu, ada yang mendakwa nama Neelofa terpaksa digugurkan daripada senarai tersebut kerana kementerian berkenaan tidak mahu terkena tempias berikutan kontroversi viral yang melibatkan selebriti popular itu.

Sumber Berita : mStar Online

March 5th, 2018

Mengambil sedikit masa untuk membuat permohonan maaf agar isu pelancaran tudungnya di kelab malam tidak terus dipanjangkan lagi, ada segelintir pihak yang mempersoalkan keikhlasan Neelofa memohon maaf.

Terkilan dengan pihak yang mempertikaikan tindakannya itu, Neelofa tidak menolak kemungkinan ada orang ingin mengambil kesempatan atas kontroversi berkenaan.

Pihak syarikat sudah membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya juga sudah memohon maaf kerana menimbulkan nilai-nilai sentimen berikutan majlis yang saya buat. Saya juga sudah menjelaskan satu-persatu di Instagram mengenai perkara itu.

Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya tahu dalam keadaan sekarang ramai yang mahu ambil kesempatan untuk menonjolkan diri. Namun, saya ikhlas dan ambil setiap komen netizen dari sudut positif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala teguran, nasihat dan kata-kata semangat sepanjang isu ini berlaku. Saya hargai keprihatinan anda semua.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak dan pastinya akan timbul pelbagai tuduhan memandangkan isu tersebut masih lagi belum reda. Buat masa ini harapnya Neelofa banyakkan bersabar ya.

Sumber Berita : Harian Metro

March 2nd, 2018

Isu pelancaran tudung Neelofa di kelab malam Zouk sepanjang minggu ini menjadi topik hangat dikalangan rakyat Malaysia. Banyak pihak yang tampil memberikan komen termasuklah mereka yang menggunakan kesempatan itu untuk mempromosikan perniagaan mereka.

Terbaru, Datuk Afdlin Shauki juga ada memuat naik video parodi Neelofa dan pada masa yang sama mempromosikan tudung keluarannya yang diberi nama Telekung Miasara. Dalam video tersebut, Afdlin dan beberapa lelaki membawa watak sebagai model bertudung.

Pelancaran Telekung Miasara aka ‘tudung transformer’ by @_bobbyafdlinshauki_ di @afdlinscomedyplanet sebab sewa hallnya murah tapi hari ini mak saya tak ikut sebab nak layan drama pukul 7.. tudung ini sangat fleksibel, boleh digayakan semahunya & ditransform menjadi telekung untuk bersolat.. abaikan 3 model tu sebab budget burst kat sewa hall..yela aku nk jual tudung bukan orang.. tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang jual tudung.

Walaubagaimanapun, idea Afdlin yang ingin melancarkan tudungnya dengan menggunakan kontroversi Neelofa yang tular mendapat kecaman netizen. Mereka mempertikaikan hukum seorang lelaki memakai tudung dan tidak seharusnya beliau sebagai seorang yang senior dalam industri hiburan menyindir rakan artis.

Tidak salah untuk berniaga asalkan ia tidak mempersendakan agama ataupun membuatkan orang lain sakit hati. Apa-apa pun, video Afdlin ini tidaklah seteruk yang disangka, cuma pandangan setiap orang itu berbeza.