Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Neelofa Masih Kekal Sebagai Ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018

Meskipun dihimpit dengan kontroversi panas baru-baru ini, Neelofa nampaknya masih lagi kekal sebagai ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW2018) yang diterima oleh beliau pada Januari lepas.

Advertisement

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu kenyataan sekaligus menafikan khabar angin kononnya namanya sudah digugurkan berikutan isu pelancaran tudungnya di kelab malam seperti yang dilaporkan oleh sebuah blog sebelum ini.

Pihak kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih Neelofa sebelum ini dan percaya ia dapat memberi insipirasi kepada wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Kementerian melihat dari sudut yang positif apa yang akan disumbangkan oleh beliau untuk memperkasakan wanita.

Terdahulu, ada yang mendakwa nama Neelofa terpaksa digugurkan daripada senarai tersebut kerana kementerian berkenaan tidak mahu terkena tempias berikutan kontroversi viral yang melibatkan selebriti popular itu.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

109 Comments

  1. Anonymous

    March 7, 2018 at 12:26 am

    Biasalah tak berapa kenal Retis tu camne kan. Retis ni ramai yg hipokrit. Klu sayangkan agama pasti dia fikir dulu apa yg dia buat dan pakai tu akan jadi ikutan. Yg baik bagus dpt pahala. Klu yg berdosa yg salah? Fikir sendiri…jadilah contoh yg baik bukan yg merosakkan. Nasihat je sebab yg berbulu mata tgk perangai masing2 ni

  2. Alanice

    March 7, 2018 at 12:09 am

    Gelaran tu dh tarik blik ptg td. Ikon yg bru skrg ni nur sajat.

Loading...
To Top