Written by Bella | December 14th, 2017

Gara-gara isu Fattah Amin yang menarik diri sebagai tetamu jemputan rancangan MeleTOP pada saat akhir, aktor itu serta produksi MeleTOP dihimpit pelbagai spekulasi dan kecaman daripada netizen.

Walaupun Fattah belum memberikan apa-apa kenyataan. Produksi MeleTOP menerusi akaun Facebook rasmi mereka tampil memohon maaf atas apa yang berlaku dan turut menjelaskan perkara yang sebenar.

Menurut pihak MeleTOP, susunan rancangan pada malam Selasa itu telah dipersetujui oleh semua pihak dan tidak timbul isu Fattah tiba-tiba tarik diri kerana enggan bersemuka dengan bekas kekasihnya, Neelofa sebagai pengacara rancangan tersebut.

Difahamkan, pengurusan Fattah iaitu Fastyle Asia juga memaklumkan artis mereka itu benar-benar ada urusan kecemasan sehingga meninggalkan set MeleTOP dalam keadaan tergesa-gesa sehingga pihak produksi terpaksa mengejar beliau untuk mendapatkan mikrofon yang masih melekat di badan Fattah. Mereka juga sudah mengadakan mesyuarat dengan pihak Fattah dan akan menjawab segala persoalan tidak lama lagi.

Sumber Berita : Facebook MeleTOP

Written by Bella | December 13th, 2017

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad yang turut berada di lokasi MeleTOP semalam memberitahu beliau juga merasa hairan Fattah Amin hilang secara tiba-tiba. Fahrin dan Fattah diberitahu oleh pihak produksi untuk muncul pada segmen pembukaan MeleTOP tanpa adanya pengacara asal rancangan tersebut  iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad sebelum pihak produksi menukar konsep pada saat akhir.

Kami membuat persiapan untuk mengendalikan segmen pembukaan MeleTOP  berdua (bersama Fattah) sahaja pada awalnya, namun pihak produksi membuat perubahan saat-saat akhir yang mana turut ada Neelofa dan Nabil. Dalam kesibukan itu saya naik ke pentas dan mencari-cari, Fattah sudah tiada. Saya juga terpingga-pingga kemana dia menghilang secara tiba-tiba.

Kami sudah rancang apa yang masing-masing patut cakap tapi nasib baik juga saya sudah biasa bercakap dan tahulah apa nak cerita tentang drama itu. Sejujurnya saya memang tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, hanya pihak produksi yang tahu cerita sebenarnya.

Sebelum ke set siaran langsung MeleTOP, Fahrin dan Fattah terlebih dahulu mempromosikan drama My Coffee Prince lakonan mereka dalam program Hlive! Sehingga saat ini, Fattah masih berdiam diri meskipun isu ini semakin hangat diperkatakan.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Aqsoimran

Written by Bella | December 13th, 2017

Masih lagi mengenai kekecohan isu tarik diri Fattah Amin dari rancangan hiburan MeleTOP malam tadi. Ramai yang mendakawa pelakon popular itu sebenarnya tidak berani untuk bersemuka dengan bekas kekasihnya, Neelofa yang merupakan hos rancangan tersebut dan siap “demand” agar Neelofa tidak mengendalikan segmen pertama MeleTOP.

Emrina (kiri) bersama Fattah

Namun, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal menafikan dakwaan liar itu dan mengakui Fattah sejujurnya mempunyai urusan kecemasan dan terpaksa pulang beberapa minit sebelum siaran langsung.

Jika Fattah tak nak jumpa Neelofa, dari awal lagi dia tak datang dan terus balik sebaik saja selesai bersiaran bersama Hlive. Dia memang sudah bersedia di belakang pentas tapi beberapa minit sebelum kami nak bersiaran secara langsung, dia terpaksa pulang. Sebab ada urusan yang tidak dijangkakan dan tidak dapat dielakkan.

Menurut Emrina lagi, Fattah masih sanggup menerima undangan produksi MeleTOP meskipun jadual kerjanya agak padat. Astro juga ingin meminta maaf mengenai beberapa status yang dimuat naik sehingga mengundang rasa tidak puas hati serta perbalahan netizen.

Kami mohon maaf sebab tidak nyatakan secara jelas mengenai situasi ketika itu. Fattah memang ada tapi dia tidak dapat hadir secara langsung. Kekeliruan antara pihak Lofa dan Fattah juga sudah selesai selepas program tamat bersiaran.

Terdahulu, Fattah sepatutnya hadir ke MeleTOP untuk mempromosikan drama My Coffee Prince. Walaubagaimanapun, Fattah membatalkan kemunculannya itu pada saat akhir meskipun beliau sebenarnya sudah bersiap sedia di belakang pentas. Netizen mula mengamuk besar dan menganggap Fattah bersikap tidak profesional sehingga tercetusnya pelbagai spekulasi.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Aqoimran

Written by Bella | December 8th, 2017

Mempercayai masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri, pelakon dan pengacara, Neelofa tidak mahu lagi dikaitkan dengan Fattah Amin lebih-lebih lagi aktor kacak itu kini sudah bergelar suami kepada Fazura. Namun, Lofa sedar masih ada sesetengah peminat tegar Lofattah yang terus bercerita tentang mereka.

Saya sendiri tak tahu nak sentuh apa dan bahagian mana lagi. Tapi biasalah, ada sekumpulan tertentu yang suka memanaskan hal ini hingga ia terus diperkatakan.

Saya fikir, jelas masing-masing ada kehidupan sendiri. Yang menjadi perdebatan adalah dalam kalangan orang luar dan bukannya kami. Saya sendiri memilih untuk berdiam diri dan tak hiraukan semua ini.

Terdahulu, netizen memuji sikap profesional Neelofa yang mengucapkan tahniah kepada Fattah dan Fazura diatas perkahwinan mereka dalam nada gembira ketika mengacarakan rancangan MeleTOP. Ia jelas membuktikan Neelofa sudah lama “move on” daripada kisah lalunya bersama Fattah.

Sumber Berita : BH PLUS