Written by serenity | September 24th, 2017

Kontroversi Fathia Latiff menari seksi di siaran langsung Bigo Live dalam rangkaian milik pelakon Natasha Eyzza telah menyebabkan namanya menjadi sebutan Netizen untuk sepanjang minggu ini.

Walaupun pada mulanya Natasha menafikan wanita yang menari sehingga menampakkan sebahagian payudara itu Fathia, pelakon yang popular dengan drama Arianna Rose itu akhirnya tampil membuat pengakuan yang memang dia yang menari dalam siaran langsung itu.

Keseluruhan artikel dengan memba entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 31st, 2017

Jutaan tahniah diucapkan kepada Syamsul Yusof selepas dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi karyanya Munafik untuk Festival Filem Asia-Pasifik ke 57. Kemenangan ini sudah tentu amat membanggakan Malaysia dan menunjukkan bahawa dunia filem kita mampu bersaing dengan negara-negara lain. Abang Nara dah tengok dah filem Munafik dan sememangnya jalan cerita, mutu lakonan dan sinematografi filem tersebut adalah A+.

munafik

Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat buat Syamsul Yusof untuk terus mengarahkan filem-filem hebat di masa akan datang. Tahniah sekali lagi buat anda. Keep up the good work.

Written by AbangNara | September 6th, 2016

Syamsul Yusof adalah pemenang besar dengan merangkul 5 anugerah di Festival Filem Malaysia 28 yang berlangsung baru-baru ini. Filem arahannya Munafik memenangi anugerah Filem Nasional Terbaik sementara dirinya sendiri merangkul anugerah Pengarah Terbaik dan Penyunting Terbaik. Selain itu menerusi filem Munafik, Nabila Huda turut dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik. Secara jujur, Abang Nara dah tonton filem Munafik dan ia memang salah sebuah filem Melayu yang cukup hebat jika dibandingkan dengan filem-filem lain.
syamsul yusofSeperti biasa selepas setiap acara anugerah berlangsung, pasti akan ada kontroversi. Kemenangan besar filem Munafik dipertikaikan kerana Yusof Haslam adalah orang kuat industri filem. Ada suara-suara sumbang menyatakan Yusof Haslam berpengaruh dalam penghakiman. Biasalah. Kalau dah menang banyak macam nie, memang akan ada yang tak puas hati. Ditanya tentang perkara ini, Syamsul Yusof menjawab:-

Mungkin mereka melihat dari sudut sebegitu, sekali gus menilai bahawa saya mempunyai jalan mudah menghasilkan filem. Namun, sekiranya kita sering berfikiran negatif, maka pandangan negatif juga akan timbul. Ya, memang saya anak Yusof Haslam tetapi sekiranya tiada usaha bagaimana saya boleh berjaya? Semangat, kegigihan dan usaha adalah perkara utama.

Sebarang kritikan negatif tidak menjejaskan kerjaya saya kerana perkara itu telah berlaku sejak kali pertama memenangi anugerah Pengarah Terbaik FFM. Justeru, saya lebih memberi fokus dan tumpuan kepada penghasilan produk yang lebih berkualiti berbanding memikirkan sentimen negatif berkenaan.

syamsul yusof

Bagi Abang Nara, kejayaan di dalam sesuatu bidang adalah adalah atas usaha sendiri. Ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan sekadar pendorong dan pemberi semangat sahaja. Kita yang kena kerja keras, ambil inisiatif untuk majukan diri dan sebagainya. Secara jujur, berbanding filem-filem awal arahannya dulu, Syamsul Yusof memang menunjukkan peningkatan yang amat tinggi. Filem-filem arahannya memang berada di kelas tersendiri. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Kosmo.

Written by Bella | March 16th, 2016

Bulan ini ramai selebriti yang menunaikan ibadah Umrah, selain Zahiril Adzim dan Johan As’ari, pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana juga kini berada di tanah suci Mekah.

Ini merupakan kali ke 3 pasangan ini menjejakkan kaki ke  Mekah dan melakukan Umrah bersama-sama selepas bergelar suami isteri.

Untuk pengetahuan anda, tanggal 8 Mac lepas merupakan ulangtahun kedua perkahwinan mereka.

Kami doakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.

Jom layan beberapa lagi foto Syamsul Yusof dan Puteri Sarah di tanah suci Mekah dengan membaca entri ini  sepenuhnya.