“Saya Tak ‘Argue’ Dengan Orang Munafik” – Netizen Dah Lali ‘Drama’ Marah Aliff Syukri Tiap Kali Nak Raya, Bonda Rozita Buka Mulut

Hiburan

“Saya Tak ‘Argue’ Dengan Orang Munafik” – Netizen Dah Lali ‘Drama’ Marah Aliff Syukri Tiap Kali Nak Raya, Bonda Rozita Buka Mulut

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Bonda Rozita tampil membuat teguran secara terbuka kepada anak lelakinya, Aliff Syukri gara-gara video lagu raya yang dianggap tidak senonoh dan tidak menghormati bulan Ramadan.

Teguran Bonda Rozita

Tulis Bonda Rozita dalam satu hantaran panjang lebar di Facebook, dia berasa malu dengan tindakan anaknya itu yang seakan-akan melampau selain meminta Aliff untuk memadam video berkenaan dari semua platform media sosial.

Advertisement

Katanya lagi, dia juga berasa tidak bahagia dan meminta Aliff untuk memperbaiki agama dan niatnya sebagai seorang yang beragama Islam.

Netizen dah lali dengan drama sama tiap tahun

Namun, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya sudah lali dengan ‘skrip ulangan’ setiap tahun apabila tibanya bulan Ramadan.

Bonda rozitaSumber : Facebook  

Rasanya macam dah pernah baca dah statement bonda kri ni tahun tahun sebelum ini. Lepas keluar dah releas video tu, elok pulak bertempur tampar..dah lali kami pun, drama macam ni.

Maklum dengan kritikan tersebut, Bonda Rozita tampil menyelar individu yang meninggalkan komen itu dan menafikan semua itu hanyalah drama semata-mata.

Kamu ingat drama? Saya buat-buat? Kamu nak buat apa? Dakwah ni berat, saya tak argue dengan orang munafik tapi saya nasihat kamu pergi tanya ulama cara kamu soal saya ni.

Terdahulu, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri menjadi tumpuan dan bahan kecaman warga maya gara-gara video lagu raya keluarannya pada tahun ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hajar Hanif
4 weeks ago

Influencer Sah Bercerai Talak Satu Dengan Suami, - "Doakan Saya Jumpa Jodoh Cantik Akhlak Dan Agama"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...