Influencer Sah Bercerai Talak Satu Dengan Suami, – “Doakan Saya Jumpa Jodoh Cantik Akhlak Dan Agama”

Kehidupan

Influencer Sah Bercerai Talak Satu Dengan Suami, – “Doakan Saya Jumpa Jodoh Cantik Akhlak Dan Agama”

Pensohor media sosial dan juga usahawan, Hajar Hanif memaklumkan dia sudah bercerai talak satu dengan suami, Mikhail Issaq dan telah pun tamat edah.

Sudah bercerai talak satu

Perkara itu dikongsikan Hajar menerusi satu hantaran di Instagram di mana dia meluahkan rasa syukur dengan kehidupannya kini.

Advertisement

Alhamdulillah, hari ini saya dengan bekas suami secara rasminya sudah bercerai talak satu dan saya pun dah habis edah.

Alhamdulillah, saya terima keputusan ni dengan berlapang dada. Setiap apa yang Allah beri ni adalah yang terbaik dan saya bahagia dengan hidup saya sekarang.

Mohon doa dipertemukan jodoh yang baik

Dia dalam pada itu memohon doa orang ramai agar bertemu jodoh yang lebih baik pada masa akan datang.

Doakan saya jumpa jodoh yang sangat bertanggungjawab dalam semua segi, setia, jujur, ikhlas sayangkan saya dan anak-anak, cantik akhlak dan agama dan semua ciri yang saya nak.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kisah rumah tangga Hajar Hanif yang didakwa bergolak dek kerana kehadiran orang ketiga selain telah dijatuhkan talak tiga selepas bekas suaminya itu melafazkan taklik terhadapnya pada thaun 2017.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sunny
4 weeks ago

12 Tahun Bekerja, Majikan Cina Beri Hadiah Rumah, Kereta Dan Bonus Raya 2 Bulan Kepada Pekerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...