12 Tahun Bekerja, Majikan Cina Beri Hadiah Rumah, Kereta Dan Bonus Raya 2 Bulan Kepada Pekerja

Kehidupan

12 Tahun Bekerja, Majikan Cina Beri Hadiah Rumah, Kereta Dan Bonus Raya 2 Bulan Kepada Pekerja

Tular di media sosial hari ini apabila nama Sunny Seow yang juga majikan  telah memberi ganjaran berupa dua bulan bonus dan cuti hari raya selama seminggu sempena Aidilfitri yang menjelang tiba ini kepada dua orang pekerja Melayu.

Difahamkan, dua pekerja Melayu itu telah bekerja selama 12 tahun dan menerima gaji hanya RM900 sebulan dan kini mencecah RM5000 sebulan.

Advertisement

Mereka baru berusia 16 tahun ketika sertai pasukan saya. Saya juga telah berikan mereka sebuah rumah dan sebuah kereta. Kini, salah seorang daripada mereka mempunyai keluarga dengan dua anak. Saya mengubah hidup mereka, membantu mereka keluar dari kemiskinan.

Saya berterima kasih kepada mereka atas kesetiaan mereka selama 12 tahun ini. Mereka mungkin tidak memperoleh banyak, tetapi mereka masih membuatnya berfungsi. Semoga berjaya kepada mereka!

Malah, Sunny juga pernah memberikan rumah dan kereta sepanjang 12 tahunkedua-duanya bekerja di syarikatnya.

Perkongsian tersebut ternyata telah menerima pelbagai respon positif daripada warga maya yang rata-ratanya memuji sikap baik hati Sunny yang jarang didapati pada era kini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

guru pedofil
4 weeks ago

Pelajar Disaman 3 Juta Kerana Dedah Sikap Cikgu P*dofilia, Didakwa 'Diugut' Untuk Padamkan Bukti - "Siap Ambil Pant*es Di Aspuri"

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : WeirdKaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...