Pelajar Disaman 3 Juta Kerana Dedah Sikap Cikgu P*dofilia, Didakwa ‘Diugut’ Untuk Padamkan Bukti – “Siap Ambil Pant*es Di Aspuri”

Kehidupan

Pelajar Disaman 3 Juta Kerana Dedah Sikap Cikgu P*dofilia, Didakwa ‘Diugut’ Untuk Padamkan Bukti – “Siap Ambil Pant*es Di Aspuri”

Seorang individu dipercayai seorang pelajar di sebuah sekolah beprestasi tinggi mendakwa dirinya telah disaman fitnah sebanyak RM3 juta oleh pihak tertentu kerana telah menuduh guru lelaki sekolah berkenaan bersikap pedofilia dan sering menganggu pelajar perempuan dengan mesej dan aksi seksual.

Guru pedofilia

Menurut individu itu, guru lelaki berkenaan telah lama melakukan gangguan seksual terhadap para pelajar perempuan yang masih bawah umur dan pernah ditangkap beberapa kali.

Advertisement
guruSumber : X  

Namun, guru lelaki berkenaan tetap dibenarkan mengajar di sekolah itu.

Pendedahan itu kemudiannya menjadi tular dan pihak sekolah berkenaan didakwa telah meminta para pelajar untuk mendiamkan diri selain dirampas telefon bimbit mereka.

Bukti pelajar diganggu guru pedo

Individu berkenaan turut melampirkan bukti WhatsApp dan perbualan di DM media sosial Instagram oleh mangsa-mangsa gangguan guru berkenaan.

XSumber : X  
XSumber : X  
BuktiSumber : X  

Malah, presiden MARA, Dr Asyraf Wajdi turut memberi respon mengenai perkara itu dan memaklumkan bahawa guru berkenaan telah ditahan daripada bertugas sehingga siasatan selesai.

Terbaru, pihak polis juga telah menerima laporan dan beberapa keterangan turut diambil daripada beberapa saksi.

Siasatan juga akan mengambil kira dalam pelbagai aspek termasuk kandungan WhatsApp dan individu lain yang pernah dihubungi mangsa atau guru terbabit.

Kita juga meminta individu yang pernah dihubungi supaya tampil membantu polis untuk menjalankan siasatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah. – Kosmo Online

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fitria
1 month ago

(VIDEO) "Bukan Nak Buka Aib Keluarga, Tapi Saya Kena Betulkan" - Kakak Safee Sali Akui Fitria Jadi Mangsa Keadaan, Mohon Hentikan Fitnah Terhadap Adik Ipar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...