“Habiskan Ayat Tu Meerqeen..” – Kata Yang Lain Munafik, Warganet Ungkit Balik Isu Gal Gadot

Hiburan

“Habiskan Ayat Tu Meerqeen..” – Kata Yang Lain Munafik, Warganet Ungkit Balik Isu Gal Gadot

Siapa tak kenal pemuda yang mula dikenali sebagai finalis Hero Remaja 2020 lalu, kini giat berlakon di layar kaca televisyen dan menjadi duta jenama antarabangsa terkena libasan komen ‘pedas’ netizen kebelakangan ini.

Bermula dari status yang dimuat naik olehnya di Twitter, ramai turut menyindir pelakon itu berkenaan isu lamanya yang terkait dengan situasi sekarang.

Advertisement

Tak habis ayat tu Meerqeen. Panjang lagi rupanya.

Di ruangan komen status tersebut, ada yang menyatakan ayat digunakan itu asalnya milik orang lain dan Meerqeen hanya mengambil sebahagian dari ayat penuh.

Walaupun tidak terang siapa yang ditujukan oleh pelakon Melur Untuk Firdaus itu, namun tetap netizen mengungkit cerita lama dirinya pernah mengambil gambar dengan Gal Gadot, pelakon dan model luar negara yang berasal dari Israel.

Ramai orang hipokrit berselimutkan kesopanan.

mer

Dikatakan tidak mahu mengaku salah, pengguna Twitter yang lain berkata Meerqeen patut meminta maaf dan bukannya cuba untuk pertahan dan meyakinkan netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2023-10-10 14:03:16

Pesan Dekat Gal Gadot 'Stay Safe', Raja Ilya Teruk Dikecam Netizen Malaysia - "Dorang Tu Kejam, Ko Sokong Israel Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal