(VIDEO) “Kalau Aku Buka Pekung Ni, Ada Juga Bercerai Kejap Lagi Ni” – Luah Rasa Kesal, Kak KM Tujukan Untuk Siapa?

Kehidupan

(VIDEO) “Kalau Aku Buka Pekung Ni, Ada Juga Bercerai Kejap Lagi Ni” – Luah Rasa Kesal, Kak KM Tujukan Untuk Siapa?

Baru-baru ini, di laman TikTok usahawan sensasi, Kak KM, dia ada memuat naik video memaparkan luahan kesal terhadap seseorang yang tidak didedahkan identitinya.

Kesabaran makin tipis

Dalam hantaran video tersebut, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli seolah-olah mahu memberitahu seseorang telah menikam belakangnya dengan bercerita buruk serta mengambil wangnya.

Advertisement

Namun begitu, disebabkan sudah menjelang bulan Ramadan, Kak KM memilih untuk bersabar lagi biarpun hatinya sudah tidak dapat tahan untuk berhadapan dengan individu berkenaan.

Munafik. Kalau aku buka pekung ni, ada yang bercerai-berai nanti.

Tuju untuk orang serumah?

Di awal video, usahawan itu sempat berkata luahan marah ini bukanlah dituju untuk orang luar tetapi orang terdekat dengannya iaitu ‘orang serumah’.

Dapat dilihat Kak KM kelihatan sungguh kecewa dengan individu terbabit hinggakan dirinya menggigil menahan rasa marah sewaktu menceritakan perbuatan individu itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya siapakah individu yang telah membuat Kak KM berasa marah dan ada juga yang membuat andaian bahawa video itu dituju untuk suaminya.

komen

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih hampir 28,000 tanda suka dan sebanyak 800,000 tontonan yang diterima.

Kak KM Liana Rosli
2 months ago

"Kau Kedekut Dengan Isteri Dan Anak-Anak, Binasa Hidup Kau" - Kak KM Nasihat Geng Suami Yang Suka 'Sorok' Duit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...