August 16th, 2018

Pasangan ideal Mizz Nina dan Noh Salleh sering dijadikan contoh buat pasangan lain diluar sana. Mereka sangat tenang melayari kehidupan rumah tangga meskipun tidak memiliki cahaya mata lagi.

Sudah tujuh tahun berkahwin, Mizz Nina meluahkan rasa syukur perkahwinan yang dibina masih lagi bahagia.

Alhamdulillah, rumah tangga kami bahagia dan saya bersyukur dengan kehidupan dikecapi ketika ini. Cuma saya dan suami belum ada rezeki lagi mendapat cahaya mata. Suami dan ahli keluarga memahami. Pada peringkat awal perkahwinan, saya berasa sedih bila ditanya soal anak tetapi saya percaya semua ini ada hikmahnya.

Mereka berdua tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata dan pernah mencuba kaedah rawatan IVF ataupun lebih dikenali sebagai bayi tabung sebelum ini. Kami doakan agar hasrat Mizz Nina dan Noh untuk bergelar ibu dan bapa akan tercapai juga satu hari nanti. InshaAllah.

Sumber Berita : Harian Metro

February 5th, 2018

Sudah lima tahun penyanyi Mizz Nina berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya. Meskipun menempuhi pelbagai dugaan untuk menjadi lebih baik, beliau bersyukur diberikan kekuatan untuk mengekalkan imejnya sebagai seorang wanita muslimah sejati.

Kehidupan Mizz Nina  kini tidak lagi dipenuhi dengan dunia glamor dan beliau cukup fokus mendalami ilmu agama dan membaca Al-Quran setiap hari. Tentu sekali, kisah penghijrahan Mizz Nina menjadi inspirasi buat orang ramai diluar  sana.

Bersempena dengan World Hijab Day pada 1 Februari lalu, Mizz Nina menerusi akaun Instagramya berkongsi sedikit luahan hatinya selepas lima tahun berhijab dan turut memberikan semangat kepada semua wanita untuk terus istiqamah dalam penghijarahan mereka.

Mizz Nina adalah selebriti yang boleh menjadi contoh terbaik buat masyarakat. Kekuatan yang beliau ada untuk terus berubah mengikut jalan Allah SWT memang amat luar biasa sekali.

September 13th, 2017

Noh Salleh dan Mizz Nina telah pun mendirikan rumahtangga pada 1 Julai 2011. Namun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Sudah tentu sedikit sebanyak ramai yang bertanya soalan “bila nak ada anak” kepada pasangan ini kerana perkahwinan mereka sudah mencecah 6 tahun. Menurut Noh, ia sentiasa menantikan rezeki cahaya mata dan berdoa agar dikurniakan zuriat.

noh mizz nina

Pastinya Noh Salleh dan Mizz Nina tertekan apabila sering diasak dengan soalan yang sama berulangkali. Sebagai suami isteri, sudah tentu pasangan ini mahukan cahaya mata, cuma masih belum dimurahkan rezeki. Kata Noh:-

Saya tak tertekan tentang soal anak cuma bila orang tanya baru ada tekanan tu, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak.
Tak mahulah ditanya soalan ini lagi, rasa macam nak menangis, pinta saya doakan semoga kami dimurahkan rezeki ya

noh mizz nina

Semoga Noh dan Mizz Nina tabah menghadapi ujian ini. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu dengan dugaan yang tidak mampu dihadapinya. Sama-samalah kita doakan agar pasangan suami isteri ini dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata. Amin. Sekiranya anda ada tips untuk memudahkan kehamilan, bolehlah kongsi di ruangan komen. Sumber Mstar Online.

June 16th, 2017

Tahun 2013 merupakan tahun yang mengubah kehidupan penyanyi Mizz Nina kepada seorang wanita muslim yang lebih baik dengan memakai hijab. Sejak daripada penghijarahannya itu, beliau tidak lagi menyanyi dan kini aktif membuat kerja-kerja amal dan mendalami ilmu agama dengan lebih lagi.

Mizz Nina juga gemar meluangkan masa dengan membaca Al – Quran setiap pagi dan akan menghadiri kelas mengaji setiap hujung minggu.

Setiap pagi saya akan membaca Al-Quran dan hujung minggu saya ada kelas mengaji pula. Saya rasa lebih tenang dan seronok menjalani hari-hari saya. Walaupun kadang-kala ada juga perasaan malas tapi saya paksa juga. Lama-kelamaan sudah menjadi amalan setiap hari. Buat masa ini, saya masih lagi dalam proses belajar sebutan ayat dengan tepat dan betul.

Dalam melakukan benda baik pasti akan ada dugaan dan cabaran yang menguji keimanan. Menurut Mizz Nina, beliau sedang berusaha untuk terus menguatkan dirinya untuk sentiasa istiqamah agar penghijrahannya itu kekal selama-lamanya.

Saya masih lagi berusaha keras untuk memastikan penghijrahan saya tidak terhenti di separuh jalan. Sebab itu orang selalu cakap bila nak berubah ke arah yang lebih baik ini kena istiqamah. Selain itu, kawan-kawan yang rapat juga memainkan peranan penting. Kena saling mengingati satu sama lagi untuk melakukan perkara yang wajib dan baik.

Kalau niat dan usaha itu ada, inshaAllah penghijrahan Mizz Nina ini akan kekal selama-lamanya. Kami pun boleh nampak betapa gigihnya beliau untuk mendalami ilmu agama bersama suaminya, Noh. Kami doakan yang terbaik buat Mizz Nina dan semoga terus istiqamah.

Sumber Berita : mStar Online