“Secara Rasmi Ibu Kepada Musa Adalah Mizz Nina Seorang” – Peguam Jelaskan Sebab Kes Hak Penjagaan Penuh Anak Angkat Ditarik Balik

Hiburan

“Secara Rasmi Ibu Kepada Musa Adalah Mizz Nina Seorang” – Peguam Jelaskan Sebab Kes Hak Penjagaan Penuh Anak Angkat Ditarik Balik

Sebelum ini, penyanyi Mizz Nina mengambil keputusan untuk menarik semula kes hak penjagaan penuh dan inter-parte terhadap anak angkatnya, Musa.

Menurut peguam syarie yang mewakili Mizz Nina, Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan tiada proses sulh yang berlaku di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.

Advertisement

Esok (6 Februari) kes itu akan disebut di hadapan hakim untuk mengesahkan penarikan balik. Itulah perjalanan kes kami hari ini.

Jadi tiada sulh sebentar tadi sebab kami sudah mefailkan penarikan balik dan sulh dibatalkan sebab pihak plaintif (Mizz Nina) tidak ingin meneruskan tindakan.

Mizz Nina sudah dapat hak penjagaan sementara

Katanya, dalam kes tersebut, Mizz Nina sudah mendapatkan hak penjagaan sementara setelah ia dilarikan pada 19 Disember tahun lalu.

Ketika Musa diambil Noh dan gagal diserahkan selain penyanyi itu gagal dihubungi bagi tujuan mengambil balik Musa, Mizz Nina berjaya mendapatkan kembali dengan bantuan pihak polis melalui perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Noh bersetuju untuk berikan Musa kepada Mizz Nina sepenuhnya pada 20 Februari 2023

Tapi kita tak tahu kenapa pada Disember lalu dia pergi ambil anak tersebut. Bila kita sudah dapat anak selepas ex-parte dikeluarkan, proses pengangkatan itu sudah dilaksanakan dan semalam (4 Februari) sudah disahkan bahawa penjagaan anak tersebut iaitu Musa diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina.

Jelas Fakhrul lagi, ibu kandung Musa juga sudah menyerahkan Musa sepenuhnya kepada Mizz Nina.

Memang sebelum itu pada 20 Februari 2023 lalu dia sudah memfailkan akuan berkanun iaitu menyerahkan anak tersebut kepada Mizz Nina dan kemudian tiba-tiba dia memfailkan lagi untuk membatalkan akaun berkanun itu dan dia hantar pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Tetapi bila ibu kandung Musa sudah membuat surat yang mengesahkan mahu memberikan anak itu kepada Mizz Nina seorang, jadi JPN tak ambil kira akaun berkanun yang dia hantar. Jadi secara rasmi ibu kepada Musa adalah Mizz Nina seorang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

noh essam
3 months ago

"Saya Jawab Relax Kan? Takda Rapping-Rapping Kan?" - Noh Salleh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...