(VIDEO) “Saya Pergi Ke JKM Seorang Diri, Awak Pendakwah Tapi Sanggup Memfitnah Orang Untuk Kepentingan Sendiri” – Noh Salleh

Hiburan

(VIDEO) “Saya Pergi Ke JKM Seorang Diri, Awak Pendakwah Tapi Sanggup Memfitnah Orang Untuk Kepentingan Sendiri” – Noh Salleh

Makin berlarutan nampaknya kisah perebutan hak penjagaan anak antara penyanyi Noh Musa dan bekas isteri, penyanyi Mizz Nina apabila kedua-duanya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah hari ini bagi lanjutan perbicaraan yang berlangsung sejak semalam.

Seakan berbalas-balas kenyataan, Noh dan Mizz Nina tampil memberikan hujah dan kenyataan masing-masing kepada media.

Advertisement

Hadir ke JKM seorang diri

Terbaru, Noh ada mendedahkan mengenai kehadirannya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat berseorangan bagi urusan pendaftaran anak angkatnya, Musa.

Ujar Noh, dia hadir ke JKM tanpa ditemani Mizz Nina kerana tidur.

Saya yang pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seorang diri. Mizz Nina tiada, dia tidur. Jadi mana kebenarannya? Awak pendakwah tapi sanggup memfitnah orang untuk kepentingan sendiri.

Tak mahu aibkan bekas isteri

Katanya lagi, dia enggan menulis panjang lebar sebarang kenyataan di media sosial tanpa sebab dan bukti yang kukuh.

“Saya tak nak bukak aib bekas isteri saya. Saya ada bukti, macam-macam ada. Saya mengharapkan mahkamah menjadi saksi” ujarnya lagi kepada media.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

noh salleh mizz nina
9 months ago

Noh Dakwa 'Selamatkan' Musa Dari Mizz Nina? - "Kau Tak Pernah Jaga Musa, Tinggal Dia Pergi US 'Dating', Yang Jaga Bibik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...