Noh Dakwa ‘Selamatkan’ Musa Dari Mizz Nina? – “Kau Tak Pernah Jaga Musa, Tinggal Dia Pergi US ‘Dating’, Yang Jaga Bibik”

Hiburan

Noh Dakwa ‘Selamatkan’ Musa Dari Mizz Nina? – “Kau Tak Pernah Jaga Musa, Tinggal Dia Pergi US ‘Dating’, Yang Jaga Bibik”

Pagi ini, prosiding kes di antara Mizz Nina dan bekas suami, Noh Salleh berhubung hak penjagaan anak angkat, Musa menjadi tular di media sosial.

Mizz Nina dilihat hadir bersama suami, Essam Abdullah manakala Noh tidak ditemani sesiapa namun soal jawab di antara kedua-dua pihak dan wartawan telah mendapat perhatian peminat industri hiburan.

Advertisement

peguam mizz nina
3 months ago

"Secara Rasmi Ibu Kepada Musa Adalah Mizz Nina Seorang" - Peguam Jelaskan Sebab Kes Hak Penjagaan Penuh Anak Angkat Ditarik Balik

 

Kes ditarik balik, Mizz Nina larang Musa panggil Noh bapak

Temu bual Mizz Nina dan suami dilihat membicarakan tentang situasi di mana anak angkatnya didakwa diculik serta kesan daripada insiden itu manakala Noh pula banyak mengulas tentang tindakan bekas isterinya.

Terkejut dengan tindakan bekas isterinya, Noh sendiri tidak faham mengapa Mizz Nina menarik semula dakwaan bahawa Musa telah diculik.

Malah katanya, dia sendiri sudah menyediakan bahan-bahan bukti untuk ditunjukkan di mahkamah namun ia tidak berlaku memandangkan kes tersebut ditarik semula.

Apa yang Nina takut sangat dengan bukti yang kitorang ada? Kalau saya keluarkan, masak dorang.”

Noh juga mendakwa Mizz Nina dari awal penceraian mereka sudah mengajar Musa dan memintanya untuk tidak membahasakan dirinya sebagai bapa.

Sebelum dia kahwin dengan mamat tu, dia dah tak bagi Musa panggil saya bapak. Dia dah cuba putuskan Musa (dengan saya).

mizznina

 

Tak culik cuma ‘selamatkan’ Musa daripada Mizz Nina

Noh turut berkata dia tidak menculik Musa sebaliknya hanya ‘menyelamatkan’ kanak-kanak berkenaan daripada ibu angkatnya itu.

Jelas Noh, ketika selama tiga minggu Musa bersamanya kanak-kanak itu sangat gembira dan tidak menunjukkan tanda-tanda trauma.

Saya tak pernah tengok muka Musa happy macam tu waktu dengan (penjagaan) dia (Mizz Nina). Mana pergi trauma dia? Saya ada bukti video…

 

Trauma memang trauma. Kau (Mizz Nina) tak pernah jaga dia. Tinggal tinggal dia, pergi dating dekat US. Yang jaga (Musa), bibik. So, yang trauma tu dekat bawah jagaan dia.

@sinar_my Didakwa menjadi sebab Musa menghadapi trauma selepas bawah jagaannya selama tiga minggu, penyanyi Noh Salleh tampil menjelaskan perkara sebenar. Noh akui tidak pernah tengok muka Musa gembira seperti itu. “Mana pergi traumanya? Kau (Nina) tak pernah jaga dia, tinggal pergi dating, Amerika Syarikat. Yang jaga Musa bibik. Trauma itu bawah jagaan dia,” Dalam pada itu, Noh juga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggadaikan nyawa untuk melindungi dan berjumpa dengan anaknya. #SINARKongsi #selebritiMalaysia #mizznina #nohsalleh #fyppppppppppppppppppppppp #xcyzba #fypシ゚viral ♬ original sound – SINAR

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...