July 2nd, 2018

Kisah perceraian pengasas kosmetik Joy Revfa dan bekas suaminya, Hafiz Hamidun boleh dikatakan antara kontroversi terhangat tahun lalu. Setelah beberapa bulan menghadapi kemelut rumah tangga, akhirnya pasangan ini sah bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017 dan tiada tempoh iddah.

Mempunyai wajah yang jelita dan merupakan seorang wanita yang berjaya, ada yang tertanya jika Joy sudah bertemu pengganti ataupun tidak?

Joy mengakui beliau sebenarnya sudah beberapa kali dilamar dan dirisik tetapi pintu hatinya masih belum terbuka untuk berkahwin lagi dan hanya ingin memberikan fokus kepada anak dan kerjayanya.

Tipu sangat jika saya katakan tiada cubaan melamar, malah ada yang sudah cuba merisik kepada ibu saya sendiri. Namun tidak pasti apa niat sebenar mereka. Buat masa ini saya hanya mahu memberi fokus kepada anak dan kerjaya dulu.

Dalam memilih pasangan hidup, tentunya Joy harus lebih berhati-hati agar kegagalannya dalam rumah tangga sebanyak dua kali sebelum ini tidak berulang lagi.

Mungkin satu hari nanti, ada juga lelaki yang benar-benar menyayangi Joy dan anaknya tanpa mengira status mahupun kekayaan yang beliau miliki. Tidak perlu terburu-buru kan?

Sumber Berita : mStar Online

January 9th, 2018

Ketika Joy Revfa memuat naik foto beliau menerima jambangan bunga ros berwarna merah jambu daripada lelaki dikenali sebagai Mr J, ramai yang menyangka bekas isteri Hafiz Hamidun itu sudah bertemu dengan pengganti.

Walaubagaimanapun, Joy menafikan khabar angin tersebut dan memberitahu beliau masih belum bersedia untuk bercinta ataupun berkahwin dalam masa terdekat.

Alhamdulillah, kehidupan saya semakin bahagia. Tapi soal nak bercinta atau berkahwin lagi itu saya belum fikirkan lagi. Saya belum ada pengganti dan gosip yang mengatakan saya sudah ada pengganti itu pun tidak benar. Buat masa sekarang memang saya nak fokus besarkan Arryan Firdaus.

Tahun lalu, nama Joy menjadi tumpuan dan hangat diperkatakan apabila konflik rumah tangganya bersama Hafiz Hamidun berakhir dengan penceraian pada 25 Oktober 2017.  Sejak daripada itu, ramai yang ingin tahu setiap perkembangan kisah peribadi Joy terutama sekali berkaitan percintaan.

Sumber Berita : mStar Online

December 28th, 2017

Baru sahaja disahkan bercerai pada 25 Oktober lalu, bekas isteri Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa sudah pun dipikat oleh jejaka dikenali sebagai Mr J. Menerusi akaun Instagram Joy, beliau memuat naik foto jambangan bunga ros berwarna merah jambu.

Joy akui Mr J selalu mengirim bunga kepadanya dan mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut.

Rata-rata pengikut Joy berteka-teki siapa agaknya yang sedang ingin memikat hati wanita tersebut. Nampaknya hati Joy semakin berbunga la selepas ini ya? Siapa tahu kali ini Joy bertemu dengan seseorang yang boleh membahagiakan beliau sehingga akhir hayat.

May 22nd, 2017

Isteri kepada Hafiz Hamidun, Joy Revfa ataupun nama sebenarnya Siti Arifah Amin meluahkan rasa terkilan menerusi satu status di akaun Facebooknya kerana menerima pelbagai komen dan kecaman daripada netizen. Mereka menganggap gaya Joy tidak sesuai dengan penampilan islamik suaminya itu.

Umum mengetahui Joy asalnya sudah pun berhijab, tetapi ada pula netizen yang mempertikaikan gaya beliau senyum dan mengatakan ia boleh menimbulkan nafus lelaki lain.

Menurut Joy, Hafiz tidak pernah memaksa beliau untuk berubah secara drastik. Malah, Joy juga enggan berubah secara terburu-buru kerana khuatir ia tidak akan berkekalan.

Benar apa yang dikatakan oleh Joy. Perubahan untuk ke arah yang lebih baik tidak harus dilakukan secara drastik hanya kerana kritikan orang lain. Berikanlan beliau sedikit masa agar nanti perubahan itu kekal sehingga akhir hayat.