Written by AbangNara | February 16th, 2015

Akhirnya 3 peserta yang bakal bersaing di pentas akhir Mentor Legend telah pun diketahui. Mereka ialah Azmil, Aina dan Sarah. Ketiga-tiga protege ini akan merebut RM300,000 yang bakal diberikan kepada juara Mentor Legend. Pentas akhir program realiti ini akan berlangsung minggu hadapan pada 22 Februari 2015. Fuh~~~ Tak sabar rasanya!!!
finalis mentor legend

Untuk makluman, Azmil ialah protege kepada Dayang Nurfaizah, Aina protege kepada Ella dan Sarah pula ialah protege Amy Search. Ketiga-tiga peserta telah menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan sepanjang Mentor Legend. Kini hanya tinggal satu langkah lagi untuk menentukan nasib mereka.finalis mentor legend

All the best and good luck untuk semua protege dan mentor. Semoga yang betul-betul berbakat akan menjadi juara. Adakah anda berpuas hati dengan keputusan semalam? Kongsikan di ruangan komen.

Written by AbangNara | February 5th, 2015

Program Mentor Legend yang sedang bersiaran di TV3 kali ini penuh dengan kontroversi. Salah satu perkara yang paling hangat dibincangkan ialah keupayaan para juri memberikan markah yang tepat kepada para peserta. Banyak penonton program ini tidak berpuas hati dengan salah seorang juri iaitu Adlin Aman Ramlie. Mereka menganggap Adlin berat sebelah, memberi markah yang tidak sepatutnya dan tidak pandai menilai persembahan para peserta.

adlin aman ramlie

Para penonton Mentor Legend telah memuatnaik rasa tidak puas hati mereka di laman sosial TV3. Lebih ekstrim, ada yang meminta agar Adlin Aman Ramlie digantikan dengan juri lain. Kes panas jugaklah sebenarnya. Menariknya, Adlin mengetahui perkara ini dan menjelaskan dirinya lebih mengadili seni persembahan. Kata Adlin:-

Ya, saya ada baca komen-komen tersebut. Biarlah, bukan saya tidak tahu, saya boleh faham. Sebagai juri, saya tahu apa yang saya lakukan. Jika audiens di luar tidak faham, saya tak hairan tapi untuk semua mentor yang terlibat, mereka harus faham dengan keputusan yang dilakukan.

“Peranan saya sebagai juri lebih kepada seni persembahan yang ditonjolkan. Saya lebih melihat kepada apakah potensi maksimum yang ditunjukkan oleh setiap protege menerusi persembahan mereka.

Teknikal dan keupayaan menyanyi merupakan kekuatan buat mereka. Mereka (peminat) perlulah bijak. Sebagai juri, pastinya saya mahukan seseorang yang diperlukan dalam industri hiburan kini.

mentor legend

Selaku orang bukan seni, Abang Nara tak faham pun apa itu seni persembahan. Selaku penonton, Abang Nara hanya tahu nyanyian best atau tidak. Bab-bab seni persembahan memang terlalu ‘complicated’ untuk Abang Nara nilai. Mungkin mereka yang belajar tentang hal itu sahaja yang tahu. Apa pun, kita nantikan pengadilan Adlin Aman Ramlie untuk Mentor Legend minggu ini. Diharap kurang kontroversi dan lebih tepat. Sumber Sinar Harian.

mentor legend

P.S: Hanya untuk pembaca BeautifulNara, diskaun sebanyak 20% di www.misclaire.com dipanjangkan. Diskaun ini boleh diperolehi apabila anda membuat pembelian 2 barangan daripada ‘Festival & Celebration’. Saiz sehingga 6XL. Semuanya cantik-cantik dengan harga yang amat berpatutan. Jangan lupa LIKE Facebook Misclaire dan follow Instagram MisClaire untuk informasi lanjut.

Written by AbangNara | February 2nd, 2015

Macam Akademi Fantasia. Hehehe. Terkejut juga apabila Mentor Legend semalam ada penyerapan semula berlaku. Seumpama kejutan yang sering berlaku di Akademi Fantasia. Namun ini adalah berita baik buat Aina dan Tuah kerana kini mereka berdua akan kembali berentap untuk separuh akhir Mentor Legend. Kedua-duanya telah pun diserapkan kembali. Kemungkinan besar kejutan ini dilakukan selepas banyak pihak tidak puas hati dengan penyingkiran Tuah minggu lalu.

tuah mentor legend

Menariknya, kredibiliti para juri minggu ini mula dipertikaikan oleh para penonton Mentor Legend. Ramai yang tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan para juri. Seperti ada berat sebelah. Luahan rasa tidak puas hati ini banyak disuarakan di Facebook TV3Malaysia. Malah ada yang menyarankan agar juri ditukar. Fuh~~ Sampai ke tahap itu.

mentor legend

Diharap juri sentiasa mengamalkan sikap profesional dan tidak mempunyai sikap pilih kasih ketika memberi markah. Walaupun pengalaman dan ilmu para penonton tidaklah sehebat para juri, namun mereka tidaklah pekak telinga. Sekurang-kurangnya masih boleh bezakan yang mana sedap didengar dan yang mana suara pecah. Tak gitu? Apa pula pendapat anda?

Written by AbangNara | January 28th, 2015

Bertemu buku dengan ruas. Hehehe. Kalau selalu Zuan Azmi yang menerjah artis dengan soalan-soalan panas di Melodi, kali ini giliran pengacara itu pula ‘dicekik’ dan ‘diserang’ oleh Mas Idayu. Kejadian tersebut berlaku di belakang pentas Mentor Legend. Zuan Azmi sendiri telah meluahkan rasa kecewanya menerusi Twitter atas tindakan Mas Idayu tersebut.
mas idayu zuan azmi Rasanya Mas Idayu dan artis-artis lain ramai yang bengang dan stress dengan soalan-soalan Zuan Azmi yang memang panas dan penuh kontroversi. Mas Idayu menyifatkan apa yang dilakukan olehnya adalah sebagai satu ‘gurauan kasar’. Agak pelik juga apabila Zuan Azmi tidak dapat menerima gurauan tersebut. Kata Mas Idayu:-

Saya tak tahu pula dia tak boleh bergurau kasar. Kalau nak lihat, penampilan saya dalam rancangan seperti ini sememangnya sentiasa dibayangi gurauan kasar. Dulu, ketika di Mentor 3, saya siap membawa rotan. Tetapi, tiada apa-apa masalah pun.

Semalam (Isnin), saya baru dapat tahu yang dia menulis tentang perkara ini di Twitternya. “Saya pula sememangnya tidak mempunyai Twitter dan saya tahu pasal ini setelah seorang peminat prihatin mengirimkan WhatsApps kepada saya.

Dia menulis sesuatu di belakang saya. Jadi, siapa yang tidak profesional sekarang ini? Saya atau dia? Gurauan itu spontan dan bukan dibuat-buat

mas idayu zuan azmi

Tak sangka pula Zuan Azmi di sebalik soalan-soalan panas dan membunuhnya merupakan seorang yang berjiwa sentimental dan tidak boleh menerima gurauan. Atau mungkin gurauan Mas Idayu itu terlalu melampau? Hehehe. Jangan sampai masuk kes mahkamah sudahlah. Biasalah dunia hiburan kena ada rencah sebegini. Kalau tak bosan jugak kan? Apa kata anda? Wajarkah tindakan Mas Idayu atau Zuan Azmi feeling lebih-lebih? Sumber Sinar Harian.