February 5th, 2015

Program Mentor Legend yang sedang bersiaran di TV3 kali ini penuh dengan kontroversi. Salah satu perkara yang paling hangat dibincangkan ialah keupayaan para juri memberikan markah yang tepat kepada para peserta. Banyak penonton program ini tidak berpuas hati dengan salah seorang juri iaitu Adlin Aman Ramlie. Mereka menganggap Adlin berat sebelah, memberi markah yang tidak sepatutnya dan tidak pandai menilai persembahan para peserta.

adlin aman ramlie

Para penonton Mentor Legend telah memuatnaik rasa tidak puas hati mereka di laman sosial TV3. Lebih ekstrim, ada yang meminta agar Adlin Aman Ramlie digantikan dengan juri lain. Kes panas jugaklah sebenarnya. Menariknya, Adlin mengetahui perkara ini dan menjelaskan dirinya lebih mengadili seni persembahan. Kata Adlin:-

Ya, saya ada baca komen-komen tersebut. Biarlah, bukan saya tidak tahu, saya boleh faham. Sebagai juri, saya tahu apa yang saya lakukan. Jika audiens di luar tidak faham, saya tak hairan tapi untuk semua mentor yang terlibat, mereka harus faham dengan keputusan yang dilakukan.

“Peranan saya sebagai juri lebih kepada seni persembahan yang ditonjolkan. Saya lebih melihat kepada apakah potensi maksimum yang ditunjukkan oleh setiap protege menerusi persembahan mereka.

Teknikal dan keupayaan menyanyi merupakan kekuatan buat mereka. Mereka (peminat) perlulah bijak. Sebagai juri, pastinya saya mahukan seseorang yang diperlukan dalam industri hiburan kini.

mentor legend

Selaku orang bukan seni, Abang Nara tak faham pun apa itu seni persembahan. Selaku penonton, Abang Nara hanya tahu nyanyian best atau tidak. Bab-bab seni persembahan memang terlalu ‘complicated’ untuk Abang Nara nilai. Mungkin mereka yang belajar tentang hal itu sahaja yang tahu. Apa pun, kita nantikan pengadilan Adlin Aman Ramlie untuk Mentor Legend minggu ini. Diharap kurang kontroversi dan lebih tepat. Sumber Sinar Harian.

mentor legend

P.S: Hanya untuk pembaca BeautifulNara, diskaun sebanyak 20% di www.misclaire.com dipanjangkan. Diskaun ini boleh diperolehi apabila anda membuat pembelian 2 barangan daripada ‘Festival & Celebration’. Saiz sehingga 6XL. Semuanya cantik-cantik dengan harga yang amat berpatutan. Jangan lupa LIKE Facebook Misclaire dan follow Instagram MisClaire untuk informasi lanjut.


Comments are closed.

Loading...