January 28th, 2015

Bertemu buku dengan ruas. Hehehe. Kalau selalu Zuan Azmi yang menerjah artis dengan soalan-soalan panas di Melodi, kali ini giliran pengacara itu pula ‘dicekik’ dan ‘diserang’ oleh Mas Idayu. Kejadian tersebut berlaku di belakang pentas Mentor Legend. Zuan Azmi sendiri telah meluahkan rasa kecewanya menerusi Twitter atas tindakan Mas Idayu tersebut.
mas idayu zuan azmi Rasanya Mas Idayu dan artis-artis lain ramai yang bengang dan stress dengan soalan-soalan Zuan Azmi yang memang panas dan penuh kontroversi. Mas Idayu menyifatkan apa yang dilakukan olehnya adalah sebagai satu ‘gurauan kasar’. Agak pelik juga apabila Zuan Azmi tidak dapat menerima gurauan tersebut. Kata Mas Idayu:-

Saya tak tahu pula dia tak boleh bergurau kasar. Kalau nak lihat, penampilan saya dalam rancangan seperti ini sememangnya sentiasa dibayangi gurauan kasar. Dulu, ketika di Mentor 3, saya siap membawa rotan. Tetapi, tiada apa-apa masalah pun.

Semalam (Isnin), saya baru dapat tahu yang dia menulis tentang perkara ini di Twitternya. “Saya pula sememangnya tidak mempunyai Twitter dan saya tahu pasal ini setelah seorang peminat prihatin mengirimkan WhatsApps kepada saya.

Dia menulis sesuatu di belakang saya. Jadi, siapa yang tidak profesional sekarang ini? Saya atau dia? Gurauan itu spontan dan bukan dibuat-buat

mas idayu zuan azmi

Tak sangka pula Zuan Azmi di sebalik soalan-soalan panas dan membunuhnya merupakan seorang yang berjiwa sentimental dan tidak boleh menerima gurauan. Atau mungkin gurauan Mas Idayu itu terlalu melampau? Hehehe. Jangan sampai masuk kes mahkamah sudahlah. Biasalah dunia hiburan kena ada rencah sebegini. Kalau tak bosan jugak kan? Apa kata anda? Wajarkah tindakan Mas Idayu atau Zuan Azmi feeling lebih-lebih? Sumber Sinar Harian.


Comments are closed.

Loading...