Written by Bella | October 31st, 2018

Rasanya sudah beberapa kali juga kita dengar keluhan penyanyi Ayda Jebat yang merasakan bakat nyanyian dan lagu beliau sukar untuk diterima oleh penggemar industri muzik di Malaysia. Antara kekecewaan terbesar Ayda ialah saat lagu Mata gagal ke AJL 32 sebelum ini, sehingga timbul kontroversi beliau didakwa mempertikaikan keputusan juri.

Terbaru, Ayda menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa terharu apabila ada pihak memuji beliau sebenarnya mempunyai teknik nyanyian yang sangat bagus. Malah, usaha Ayda yang bersungguh-sungguh menuntut lagi ilmu dalam bidang muzik turut dihargai. Yang memuji Ayda ini juga katanya bukan calang-calang orangnya, mempunyai pengalaman luas dan ijazah sarjana dalam bidang muzik.

Tentu sekali Ayda merasa teruja dengan maklumbalas positif itu dan sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk beliau terus memperbaiki nyanyiannya pada masa akan datang.

Jadi, apa pula pandangan anda tentang kritikan yang dilemparkan kepada Ayda sebelum ini? Iyalah, sejujurnya kami rasa untuk menjadi seorang penyanyi yang ‘versatile’ seseorang itu harus bersikap terbuka terhadap segala kritikan. Kami pasti Ayda tidak akan cepat melatah kan?

Written by Bella | October 2nd, 2018

Berjaya merangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik(APM 2018) baru-baru ini di Singapura, ucapan penyanyi Ayda Jebat yang seakan menyidir lagunya Mata tidak dapat diterima di Malaysia menjadi topik hangat di media sosial. Tentulah ramai yang tidak setuju dan menganggap Ayda mempertikaikan bahawa industri muzik tanah air tidak boleh menerima sebarang pembaharuan.

Dikecam teruk kerana kata-katanya itu, Ayda memberitahu beliau sedikit pun tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Apa yang diucapkan hanyalah sekadar luahan hatinya.

Ucapan saya sekadar luahan hati sebab lagu Mata jarang dimainkan di stesen radio tempatan. Barangkali ia diputarkan ketika promosi saja. Saya kira mungkin elemen lagu ini belum menepati kehendak stesen radio atau pendengar, namun dengan saya berharap kemenangan di APM boleh membuka mata orang yang sebenarnya negara luar menyukai konsep lagu yang sebegini.

Saya tiada niat untuk tujukan ucapan itu kepada sesiapa. Bagi saya, rezeki Allah itu luas jika tidak di negara sendiri, mungkin ada di tempat lain.

Terdahulu, ramai yang mempercayai ucapan Ayda ada kaitan dengan kontroversi sebelum ini dimana lagu Mata gagal ke pentas AJL 32.  Netizen berpendapat, ianya tidak wajar untuk Ayda membuat ucapan yang ‘kurang cerdik’ itu kerana seakan memburukkan Malaysia.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Rockin Studio

Written by Bella | October 1st, 2018

Kejayaan lagu nyanyian Ayda Jebat berjudul Mata yang berjaya merangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik 2018 berlangsung di Singapura memberikan kejutan.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai ialah ucapan Ayda yang dikatakan berbaur sindiran, antara kata-katanya ialah “Ini merupakan anugerah pertama untuk kategori terbaik yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus itu boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia.”

Ramai yang mempercayai ucapan Ayda ada kaitan dengan kontroversi sebelum ini dimana lagu Mata gagal ke pentas AJL 32. Rata-rata netizen bagaimanapun merasakan tidak wajar untuk Ayda membuat ucapan yang ‘kurang cerdik’ itu kerana seakan memburukkan Malaysia.

Penyanyi Adibah Noor menerusi akaun Twitternya juga tampil memberikan pandangan beliau terhadap ucapan tersebut. Menurut Adibah, setiap anugerah muzik mempunyai penilaian tersendiri terhadap setiap karya diiktiraf sebagai pemenang.

Menerusi kemenangannya di APM 2018, Ayda berjaya mengetepikan empat pencabar lain iaitu kumpulan Search, Dayang Nurfaizah,Mimifly, As’ad Motawh.

Sumber Berita : Assraf Nasir & Adibah Noor

Written by Bella | November 15th, 2017

Baru-baru ini penyanyi Ayda Jebat mencetuskan isu hangat apabila mempertikaikan keputusan juri kerana lagu Mata dendangannya gagal ke AJL 32. Ayda juga menerima kecaman daripada netizen yang berpendapat Ayda seharusnya bersyukur kerana sudah juga mempunyai rezeki dan berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 32.

Sedar perkara ini telah menimbulkan salah faham dan berkemungkinan membuatkan pihak yang berkaitan dengan AJL 32 terasa, pihak pengurusan Ayda iaitu Paranormal Talents memberitahu,  mungkin apa yang dikatakan oleh Ayda itu adalah luahan rasa kecewa.

Ayda sudah memberikan komitmen yang sangat tinggi dari segi nyanyian serta persembahannya untuk Separuh Akhir Muzik Muzik 32 agar lagu Mata dapat menarik perhatian juri. Malam itu, Ayda berusaha dengan koreografi tarian yang unik dengan kostum yang memukau.

Tidak dinafikan memang akan ada rasa kecewa setelah berpenat lelah memberikan yang terbaik. Walaubagaimanapun, seperti yang kami katakan sebelum ini, belum ada lagi rezeki Ayda untuk ke AJL. Janganlah putus asa dan mempersoalkan keputusan orang lain, usaha lagi sehingga berjaya satu hari nanti.

Sumber Berita : Sinar Harian