October 31st, 2018

Rasanya sudah beberapa kali juga kita dengar keluhan penyanyi Ayda Jebat yang merasakan bakat nyanyian dan lagu beliau sukar untuk diterima oleh penggemar industri muzik di Malaysia. Antara kekecewaan terbesar Ayda ialah saat lagu Mata gagal ke AJL 32 sebelum ini, sehingga timbul kontroversi beliau didakwa mempertikaikan keputusan juri.

Terbaru, Ayda menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa terharu apabila ada pihak memuji beliau sebenarnya mempunyai teknik nyanyian yang sangat bagus. Malah, usaha Ayda yang bersungguh-sungguh menuntut lagi ilmu dalam bidang muzik turut dihargai. Yang memuji Ayda ini juga katanya bukan calang-calang orangnya, mempunyai pengalaman luas dan ijazah sarjana dalam bidang muzik.

Tentu sekali Ayda merasa teruja dengan maklumbalas positif itu dan sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk beliau terus memperbaiki nyanyiannya pada masa akan datang.

Jadi, apa pula pandangan anda tentang kritikan yang dilemparkan kepada Ayda sebelum ini? Iyalah, sejujurnya kami rasa untuk menjadi seorang penyanyi yang ‘versatile’ seseorang itu harus bersikap terbuka terhadap segala kritikan. Kami pasti Ayda tidak akan cepat melatah kan?


24 responses to “Ayda Jebat Terharu Bakat Nyanyian Dipuji”

  1. Anonymous says:

    Biarkn apa org ckp…buat yg terbaik… tahniah….. terbaik AJ… teruskan perjuangan…awak boleh…

  2. bodopiang says:

    nampak sgt dia nih jenis syok sendiri..
    harap org puji je..
    kritik tak boleh…
    kah kah kah..

    tahiii..

  3. mimos says:

    teruknya perangai melayu. asyik nak kondem org je. islam mcm ni hmmm

Loading...