Written by Bella | October 1st, 2018

Kejayaan lagu nyanyian Ayda Jebat berjudul Mata yang berjaya merangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik 2018 berlangsung di Singapura memberikan kejutan.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai ialah ucapan Ayda yang dikatakan berbaur sindiran, antara kata-katanya ialah “Ini merupakan anugerah pertama untuk kategori terbaik yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus itu boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia.”

Ramai yang mempercayai ucapan Ayda ada kaitan dengan kontroversi sebelum ini dimana lagu Mata gagal ke pentas AJL 32. Rata-rata netizen bagaimanapun merasakan tidak wajar untuk Ayda membuat ucapan yang ‘kurang cerdik’ itu kerana seakan memburukkan Malaysia.

Penyanyi Adibah Noor menerusi akaun Twitternya juga tampil memberikan pandangan beliau terhadap ucapan tersebut. Menurut Adibah, setiap anugerah muzik mempunyai penilaian tersendiri terhadap setiap karya diiktiraf sebagai pemenang.

Menerusi kemenangannya di APM 2018, Ayda berjaya mengetepikan empat pencabar lain iaitu kumpulan Search, Dayang Nurfaizah,Mimifly, As’ad Motawh.

Sumber Berita : Assraf Nasir & Adibah Noor

16 responses to Sindir Lagunya Tidak Diterima Di Malaysia, Ucapan Ayda Jebat Di APM 2018 Dikecam Netizen

  1. Lara says:

    Ya..Aku setuju dgn Ayda Jebat.. sekalung Tahniah.
    Dh mmg di m’sia lagu x diterima malah diri dia pun dikutuk. Kecam yg penuh dgn sindiran hanyalh dia yg bernama Ayda Jebat..Di m’sia mmg byk pengkelasan artis..penuh toksid..
    Kau nk kecam Aku kecaman Aku ckp yg jujur..

    4

    17
    • peminat setia ayda jebat says:

      lagi 1 … cuba baca n dgr dgn nada bangga .. positive …
      bg sy la … ayat dia bermaksud
      “Ini merupakan anugerah pertama untuk kategori terbaik yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus itu boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia.”

      faham x.. , aku x pandai nk explain tp aku x paham knp org suka kecam dia ni

      8

      2
      • lalala says:

        kann..aku rase ok jer ucapan dia..not a fan tapi aku tak nampak ape yg negatif pun. Pemahaman aku lh,dia maksudkan muzik dia mmg diterima di dalam Malaysia, tapi muzik yg bagus mcm muzik dia tu boleh diterima jugak kat luar Malaysia gitu.. Her music is good enough that it can be accepted by other countries beyond the borders of Malaysia, get it? Reporter pun satu ngokngek jugak.. ahhaha

        5

        3
        • Aisha says:

          Hahaha.. ngokngek. Orang Melayu ni dah memang penuh dengan hasad dengki pantang kot tengok kaum dia berjaya.
          Saya suka lagu ayda, sebab saya dengar dari lagu pertama sampai lah lagu ke 4 ni. Nampak ada improvement. Secara peribadi saya tengok Ayda ni memang seorang Fighter, tak berhenti mencuba belajar & mencari, dia sangat gigih!
          Gigih mencari rezeki untuk keluarga sampai masa untuk diri sendiri pun takde, seorang kakak yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya.
          Segala yang di buat bukan datang secara bergolek depan mata, tetapi melalui usaha gigih dia. Respect! #Love.protect.support.AJ

          3

          2
  2. Gorges says:

    SI hidung pesek ni. Sediakan note before nak bercakap supaya lidah tak terbabas

    11

    -1
  3. Anonymous says:

    Aku bukanlah fan AJ..tp aku rasa ok je ucapan dia…juri APM pun bkn sebarang juri…ada 4 negara disitu ( Singpore, Malaysia, Indonesia dan Brunei).

    Tp aku percaya…sistem juri Malaysia byk ‘politik’….hrp semuanya blh berubah nanti secara perlahan.
    Bkn hnya juri politik..pelakon nk masuk tv pun politik…contoh tv3, make sure follower insta mesti melebihi 1.5 juta utk watak utama drama…mmg teruk sebenarnya.

    12

    0
    • Anonymous says:

      nasib jer menang k… kalo barisan lagu2 sehebat AJL masuk APM… memang kene reject jgk lagu ayda jebat ni… kebetulan list bagu 4 countries tu tah aper2…

      7

      0
    • Anonymous says:

      Setuju sangat sangat! ?

      0

      0
    • Jujur xde hasat says:

      Nampak la KO ni pminat AJ, nk salahkn juri Msia politikus plak. Jujur ckp bkn org ckp lagu Mata, suara Ayda sndri X sedap xde power or Magis or pape la. Klu lagu DIA yg dlu sedap sikit walau suara DIA X elok. Mcm Nabila razali la dpt Lagu sedap sedap la kt telinga xdela nk kecam.
      Plus knp la tnjuk prangai X educated ckp kt Majlis bsar mcm APM Tu. Makin nyampah. fokus kt lakonan jela xpayah nanyi.maaf ye mbawang KO Ayda.. KO duta berlakon Bagai,masyuk da. xyah mnyanyi la peminat KO je yg dgr..

      0

      0
    • princess says:

      ye ke?

      azira shafinaz tu x sampai 1M pn followers ig, ok je jadi heroin pukul 7.

      do some research before talk dear. jatuh fitnah nanti. :)

      0

      0
  4. Anonymous says:

    tak rasa pun itu sindiran. knp cetek sgt fikiran org2 msia ni? fahamkan betul2 apa yg dia cuba smpikan. ada juga lagu2 dr Negara lain tak diterima dinegara sendiri tp famous dinegara luar, so? bgn la wei, kepam sgt otak korg nih

    5

    4
  5. unknown says:

    ak x rasa pun itu sindiran.. ape pun memang suara & lagu ko x best

    7

    2
  6. Nazim bk n gei aww says:

    Aku bukan nak kutuk sbb aku peminat music. Apa bahasa, jenis music aku layan. Tp lagu tu utk telinga aku, aku rasa tak sedap. Mcm lady gaga bad romance tu dulu dgr sekali je dah tertanya2 sape penyanyi tu. Walaupun lyric mcm hampehh tak de pekdah.

    5

    0
  7. princess says:

    ye ke?

    azira shafinaz tu x sampai 1M pn followers ig, ok je jadi heroin pukul 7.

    do some research before talk dear. jatuh fitnah nanti. :)

    0

    0

Leave a Comment

Optional