December 6th, 2017

Baru-baru ini aksi Mawar Rashid yang menari gelek ketika majlis resepsi perkahwinannya bersama Raf Yaakob dikecam netizen. Mereka menyifatkan Mawar dan suami terlalu ingin mengikut budaya barat.

Namun, Mawar menerusi portal mStar Online bertindak mempertahankan dirinya. Menurut Mawar, beliau hanya ingin meraikan hari bahagianya bersama suami dan ia tidak menjadi kesalahan untuk beliau menari.

Bukan semua yang kita lakukan orang dapat terima, itu perkara biasa. Saya percaya apa saya lakukan dan tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyokongnya. Tambahan pula tidak salah saya nak menari pada majlis perkahwinan saya dan suami, lagipun malam itu kami ingin meraikan hari bahagia dan mahu semua orang gembira. Takkan hendak bersedih pula. Betul atau salah, saya tetap dengan pendirian saya.

Pada masa yang sama, Raf juga berpendapat isu tersebut tidak harus diperbesarkan kerana tarian Mawar tidak mempunyai sebarang unsur seksual. Mereka suami isteri sedikit pun tidak terkesan dengan komen -komen negatif netizen.

Tarian tersebut tidak ada gerakan berbaur seksual pun dan hanya tarian biasa sahaja dan tidak sepatutnya menjadi isu pun. Tapi segala komen negatif netizen tidak memberi kesan kepada kehidupan kami.

Seperti yang kami katakan sebelum ini, menari itu tidak salah asalkan janganlah mengundang kecaman fitnah mahupun kecaman, nanti diri sendiri juga yang marah bukan? Tidak mengapa, biarlah mereka menikmati hari bahagia bersama dan semoga perkahwinan Mawar dan Raf berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Amir Naufal Photography

December 4th, 2017

Kehangatan malam persandingan pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob yang diadakan minggu lalu masih lagi menjadi bualan ramai.

Terbaru, persembahan tarian gelek Mawar di majlis tersebut mengundang kecaman netizen yang menganggap Mawar sepatutnya tidak menari sebegitu didepan orang ramai. Lebih elok untuk menjadi tatapan suaminya di dalam bilik sahaja.

Ramai yang kecewa kerana majlis perkahwinan tersebut terlalu ingin mengikut budaya barat sehingga melupakan nilai serta adab sebagai seorang Muslim.

Tidak salah untuk menari di majlis resepsi perkahwinan asalkan koreografinya tidak terlampau dan mengundang fitnah serta kritikan. Apa pula pendapat korang?

December 4th, 2017

Beberapa hari lepas, telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan pasangan Raf Yaakob dan Mawar Rashid yang cukup mewah dan meriah di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. Meskipun ramai sekali tetamu yang hadir termasuk VIP dan rakan artis, Raf menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kecewa kerana dua orang anaknya Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela tidak dapat hadir ke majlis penuh bermakna buat dirinya itu.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh Raf, beliau seakan mendakwa bekas isterinya, Maria Suleiman menghalang anak-anaknya itu untuk hadir ke majlis tersebut.

Tidak mahu orang ramai terus salah faham, Maria tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa anak perempuannya, Raysaa sedang demam panas, batuk dan mengalami sakit tonsil yang teruk. Malah, Maria juga mendakwa Raf tidak memberitahu dengan lebih awal beliau mahu megambil anak-anaknya untuk hadir ke majlis resepsi bersama Mawar.

Maria meminta agar pihak yang berkenaan berhenti membuat sebarang tuduhan tidak berasas ataupun berdrama kerana sebelum ini beliau Maria tidak kisah dan membenarkan  kedua-dua anaknya itu hadir ke majlis pernikahan Raf dan Mawar.

Kami rasa ini cuma satu salah faham sahaja dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.  Maria juga sudah menjelaskan perkara yang sebenar dan tidak perlulah ia dipanjangkan lagi.