October 15th, 2019

Semuanya pasti sudah mengetahui tentang khabar baik di mana pasangan selebriti iaitu Hafreez Adam dan Zara Zya telah pun mengikat tali pertunangan pada hujung minggu lepas.

Walaupun dirahsiakan daripada peminat tetapi ramai rakan selebriti yang telah datang untuk menyambut sekali hari gembira itu bersama mereka berdua.

hafreez adam dam zara zya bertunang

Tapi yang menarik perhatian ialah apabila Afifah Nasir juga merangkap rakan baik kepada Hafreez Adam turut hadir ke majlis itu.

 

View this post on Instagram

 

Congratulations beautiful lovebirds @hafreezadam @zarazya ?? To my best friend @hafreezadam , when I say I would do anything for you, I mean it. Running from set to your engagement and back to set is a lot for me so please appreciate it. Hahahah. hulu langat to kuang is a no joke okay so again, please appreciate me ?

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93) on

Yang mengharukan apabila Afifah sanggup ke Hulu Langat dan kembali semula ke set penggambaran di Kuang bagi menghadirkan diri juga ke majlis istimewa sahabatnya itu.

Berlari dari set penggambaran semata-mata untuk ke majlis pertunangan dan kembali semula ke set adalah satu perkara besar yang saya lakukan demi kamu.

Jadi harap kamu hargainya. Hahahah. Hulu Langat ke Kuang bukan satu perjalanan yang boleh dibuat main ya, jadi sekali lagi tolong hargai saya.

Hafreez Adam juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kerana bersusah-payah untuk menghadirkan diri ke majlis itu.

Lelaki itu turut berseloroh dan menyatakan bahawa dia terpaksa menghantar Afifah kembali ke lokasi penggambaran selepas majlis pertunangannya.

afifah sanggup ke hulu langat demi pertunangan rakan baiknya hafreez adam

Wow! Cemburunya lihat hubungan baik di antara Hafreez Adam dan Afifah Nasir ini. Zara Zya pun kelihatan cool sahaja!

Sumber: Instagram

March 18th, 2018

Sebelum ini Atikah Suhaime diberitakan telah pulang ke negara kelahirannya iaitu Singapura setelah tidak lagi mendapat tawaran lakonan susulan satu kontroversi. Wang simpanannya semakin kehabisan setelah tidak ditawarkan pekerjaan selama enam bulan menyebabkan dia kembali ke sana untuk bekerja sebagai pegawai pemasaran.

Terkini, Atikah mengumumkan selamat bertunang dengan penyanyi rock Awi Rafael,  semalam.

Keduanya sama berasal dari Singapura. Majlis mereka berlangsung di sebuah restoran terkenal di sana.

Kepada BH Online, Awi Rafael memberitahu mereka telah berkawan sejak enam tahun lepas namun membuat keputusan untuk bertunang Januari lepas. Perkahwinan mereka akan berlangsung pada 17 Mac 2019.

Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan sehingga tarikh perkahwinan. – beautifulnara.com

Sumber: Atikah Suhaime

March 16th, 2018

Kisah putus tunang Sufian Suhaimi dengan Elfira Loy masih belum reda lagi dan masih diperkatakan Netizen. Sebelum ini, terdapat pihak mengatakan ikatan pertunangan Elfira dan Sufian terlerai kerana Sufian tidak mampu menyediakan hantaran tinggi yang diminta oleh ibu bapa Elfira dalam masa yang ditetapkan.

Sufian pula dikatakan masih belum move on dari perpisahan itu, malah sering memperkatakannya kepada pihak media sehinga menimbulkan rasa kurang senang ibu bapa Elfira. Terbaru, bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin, telah memberitahu Rojak Daily kisah sebenar yang berlaku:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sejak cincin dipulangkan pada 18 Februari lalu kepada keluarga Sufian, di Muar Johor, saya fikir hal ini tidak akan berpanjangan. Malah pakcik yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan isu ini. Namun yang sebaliknya pula terjadi kerana Sufian terus-terusan bercerita dan anak saya hanya beberapa kali saja memberikan kenyataannya. Kenapa dia perlu main isu itu lagi?
Anak saya sendiri pun tak mahu panjangkan hal ini. Bagi saya bapa atau pak cik Sufian seelok-eloknya menasihati kepadanya supaya tidak terus memanjangkan hal ini. Benda ini sudah tamat. Saya faham tugas wartawan untuk mengorek cerita dan Sufian juga boleh cakap tidak dan jangan lagi memberi komen. Saya kurang pasti apakah ini semua strategi Sufian dan pihak pengurusannya mahu mempromosikan single terbarunya Di Matamu itu. Ahmad Sabri  menambah, ibu Elfira, Filzah Yusoff, terkesan dengan tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya mata duitan.Selepas memulangkan cincin itu, saya yakin dan percaya kedua belah keluarga menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Hal jodoh dan pertemuan itu milik Allah.

Kenapa ada yang beranggapan wang jumlah hantaran yang tinggi menjadi punca mereka putus tunang. Percayalah masa majlis merisik mahupun bertunang tak ada pun perkara ini dibangkitkan. Masa dua majlis berkenaan pihak keluarga saya sendiri tak ada minta yang minta-minta. Jadi kenapa perlu ada andaian itu dan ini.

Setahu saya, bekas isteri hanya meminta Sufian menghafal surah Al Mukh saja dan membuat tabungan sebelum tiba hari mereka berkahwin. Saya dapat tahu Januari lalu pun dia belum hafal sepenuhnya surah itu. Ada juga yang tuduh keluarga kami mahukan lelaki yang kaya untuk jadi suami Elfira.

Tak hanya disitu, istilah perampas juga terus dimainkan menuduh Elfira merosakkan kebahagiaan hubungan cintanya sebelum ini. Saya yakin Sufian ada jawapan konkrit dan perlu jujur dengan hal sebenar.

Ikutkan dari awal lagi saya dan bekas isteri yang mencadangkan anak kami untuk mempertimbangkan Sufian sebagai calon menantu. Cuma jodoh mereka tak panjang. Saya percaya baik Sufian dan Elfira kini sedang menerima hakikat Qada dan Qadar ini.

Ahmad Sabri menambah, dia rasa tawar hati sejak majlis pertunangan mereka berdua lagi:

Jujurnya ketika majlis bertunang bulan Oktober lalu pun saya sudah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil. Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut. Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu cepat buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri.

Kira-kira dua bulan selepas bertunang iaitu pada November tahun lalu saya berbincang dengan ibu Elfira bagaimana untuk tidak meneruskan hubungan mereka. Kita orang Melayu ada cara, budaya dan adat sekalipun nak putuskan tali pertunangan. Jujur langkah saya berat tapi mahu atau tidak kena teruskan.

Saya cari waktu yang sesuai untuk pulangkan cincin selain Elfira, abangnya dan bekas isteri turut mengerjakan umrah pada awal Februari lalu. Hinggalah terjadi juga detik itu pada 18 Februari lalu.

Ahmad Sabri juga mendakwa tarikh pertunangan mereka juga sebenarnya dipercepatkan dari perancangan asal.

Selepas majlis merisik Jun tahun lalu, keluarga Sufian bercadang mengadakan majlis tunang pada bulan Februari atau Mac tahun ini. Jadi ikut pertimbangan majlis kahwin mungkin akan berlangsung Jun tahun ini. Jadi dalam hati saya bercita-cita nak taja bulan madu mereka di Makkah seperti yang diingini Elfira.

Malah jarak setahun itu saya lihat sedang elok untuk mereka kenal hati budi selain membuat persiapan kahwin. Tapi yang jadi sebaliknya apabila apabila majlis pertunangan dipercepatkan Oktober tahun lalu. Saya percaya benda yang baik wajar dipercepatkan. Namun daripada sudut lain, nampak macam ia tergesa-gesa sangat hingga majlis kahwin diberi bayangan pada bulan ini.

 

Malah, Elfira sebagai anak yang baik hanya mnegikut kata ibu bapanya:

Saya kenal anak sendiri dan jika ibu bapanya tak restu termasuk soal pilihan hidup, dia tak akan sewenang-wenangnya membantah.

Untuk makluman, Elfira dan Sufian sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan ini setelah melangsungkan pertunangan Oktober lepas. – beautifulnara.com



December 14th, 2015

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Aliff Aziz dan pasangan Bella Astillah yang telah selamat bertunang pada hari Sabtu lepas di Cyristal Hall, Plaza Jelutong, Shah Alam.

Pada majlis pertunangan tersebut, pihak lelaki telah menyerahkan lima dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, iphone 5s, coklat, Al-Quran dan tepak sirih.

Pihak perempuan pula membalas dengan tujuh dulang hantaran terdiri daripada sirih junjung, coklat, kek, minyak wangi, sepasang kasut, manisan serta buah-buahan.

Kemudian majlis diteruskan dengat adat menyarung cincin  yang disempurnakan oleh S Hafiza Basharahil iaitu ibu kandung Aliff.

Alif ketika ditemui pihak media pada majlis tersebut merasa syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.

Alhamdulillah, walaupun hanya bertunang tapi gemuruh saya hanya Allah yang tahu. Saya bersyukur semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Hari ini kami menghantar rombongan meminang Bella dan dalam perancangannya tempoh setahun. Namun jika ada rezeki lebih mungkin juga kami mempercepatkan majlis perkahwinan nanti

Selepas perbincangan dibuat oleh kedua-kedua belah keluarga, pasangan Alif dan Bella bakal bernikah sekitar tahun hadapan. Walaubagaimanapun, buat masa ini tiada lagi sebarang tarikh yang ditetapkan untuk mereka bersatu sebagai suami dan isteri.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis pertunangan Alif Aziz dan Bella Astillah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Berita: mStar Online

Sumber Foto: Republic Of Memories